23 April 2015

Cara Meneran Dengan Betul Ketika Bersalin

Assalamualaikum

Ya ALLAH risaunya sekarang ni .. tanda-tanda macam nak bersalin tu da rasa sikit-sikit .. tapi baru 38 week ..

Sekarang ni duk rasa macam memulas nak membuang tapi bila gi tandas .. takde pulak .. pastu macam perit-perit .. cakar-cakar kat dalam perot ni ... menangis jugak menahannya .. manja betolla .. adeh .. 

Terus GUGEL cara-cara nak meneran dengan betol . risau kot malam ni keluar my baby ni . hehe . jemput baca . kot korung pun preggy dan nak tahu cara-cara meneran ..
  • Angkat kepala sehingga mencecah dada
  • Mata pandang ke perut
  • Tangan pegang pergelangan kaki
  • Elakkan mengeluarkan suara ketika meneran. Simpan tenaga untuk meneran
  • Jangan sesekali angkat punggung agar luka koyakan tidak menjadi besar pada vagina
  • Tarik nafas dalam – dalam dan teran seperti keadaan membuang air besar. Pastikan anda tidak keluarkan nafas dengan kuat.
  • Teran sekuat – kuatnya selama yang boleh.
  • Curi nafas dan sambung teran disetiap kontraksi
  • Dengar arahan jurujawat dan doktor
  • Elakkan menjerit – jerit dan ingat pada Tuhan sehingga semuanya selesai.

moga bermanfaat untuk semua .. AMIN


3 comments:

Noraihan Qusyairi said...

salam dik, tahniah bakal menimang anak.
dik, jemput baca pengalaman kak rehan bersalin anak kedua.
anak pertama dulu tak sempat nak share pengalaman bersalin. hihi.
yg kedua pun boleh la.

sHaRiNa eLyaNa said...

semoga dipermudahkan bersalin nnti, sekarnag ni dah moden, boleh google ja semua..insyallah..:)

Mar Mansor said...

in sha Allah..akan dipermudahkan..38 minggu dah tunggu masa je tu