10 January 2013

MENGUCAP DEMI WANG


Sepang: Lima beranak mualaf disyaki memeluk Islam dengan bermotifkan wang selepas dikesan melafaz kalimah syahadah sebanyak empat kali di masjid serta surau berbeza di daerah ini dan Shah Alam, sebelum mengaut sumbangan orang ramai berjumlah lebih RM11,000.

Keluarga itu terdiri daripada seorang wanita berusia 48 tahun bersama dua anak lelaki dan dua anak perempuan berusia 15 hingga 18 tahun, dikesan melakukan perbuatan itu sejak beberapa bulan lalu.
Setakat ini, kariah di sekurang-kurangnya satu masjid dan tiga surau menjadi mangsa penipuan lima beranak itu yang kebiasaannya datang ketika waktu Maghrib dan menyatakan hasrat mahu memeluk Islam.

Si ibu ‘berlakon’ kononnya mereka sekeluarga mahu memeluk Islam, tetapi terpaksa melarikan diri sehelai sepinggang daripada suami yang tinggal di Mantin, Negeri Sembilan, selepas mendapat ancaman.


 MOHD Rashid menunjukkan laporan polis dibuatnya.


 Satu daripada surau yang dikunjungi lima beranak itu ialah Surau Taman Seroja, Bandar Baru Salak Tinggi, di sini, dan pengerusinya, Mohd Rashid Mohd Arof, 32, berkata, kejadian itu berlaku pada 16 Disember tahun lalu.

* MAINAN NGAN AGAMA SUNGGUH LA .. DA BANYAK PETANDA2 KECIL NAK KIAMAT .. 

14 comments:

fifie said...

Macam macam dunia sekarang hal agama pun dibawak main.

Unknown said...

bangsa memang jenis tak de rasa hormat

Unknown said...

dapat info ni...

Delimasari said...

dasat mereka ni

OKje said...

Hish.... nak duit punya pasal... apa kira bagi dia...

nursuriani said...

hurm mcm2 kan dunia sekang??? apa ke jadahnya semua neh?? eh? hehehehhe

Yanty Lee said...

Ya Allah , macam ni pun sanggup?

Nik said...

mcm2 perangai manusia skarang ni kan.teruk tol.semua sebab duit

BERT said...

ambik ksmpatan plak diorg ni dgn menipu.. ish!!

Pykaa Pdott said...

hmmmm . alahaiii .

Bunda_nora said...

macam2 cara kotor orang nak dapat duit..

Jna marcello said...

haishh tataw nak ckp apa..sepatut bangsa lain2 kena la hormat agama masing2 ni dah melampau laaaa

Miss Zahirah said...

sakit rsa hati bla tgk manusia x sedar dri ni..

Shida Radzuan said...

memalukan betul lah dorg ni ingt agama kita mcm agama dorg blh dprsendakan..