14 March 2022

MYLEA APPRECIATION NIGHT 2020 & 2021

Kuala Terengganu, 13 Mac 2022- Amyle Group Sdn Bhd atau dikenali MYLEA telah mengadakan Mylea Appreciation Night 2020 & 2021 bagi meraikan para fighter (business partner), ejen-ejen dan kakitangan Amylea Group Sdn Bhd untuk pencapaian tahun 2020 dan 2021. 

Majlis ini telah diadakan di Hotel Paya Bunga Kuala Terengganu. Majlis ini sepatutnya diadakan pada tahun 2020 lagi tetapi terpaksa ditunda disebabkan wabak covid-19.


Turut sama dalam pelancaran ini adalah pengasas Mylea iaitu Pn. Amylia Farhana dan En. Mohd fakhrulrazi.



Pada majlis makan malam ini juga, turut diadakan perlancaran New Packaging Dream Curve. Dream Curve merupakan minuman campuran berperisa Hazelnut Latte. Minuman ini menfokuskan penyelesaian masalah berat badan yang mana telah diberi nafas baru dengan kombinasi jus minuman detox dan meal replacement didalam satu kotak. Dirasmikan oleh Pengasas Mylea itu sendiri iaitu Pn. Amylia Farhana dan En. Mohd fakhrulrazi.



Malam ini juga, seramai lapan (8) orang telah mendapat pakej umrah bagi pencapaian jualan mereka bagi tahun 2021. Empat daripadanya kategori fighter, dua orang dari kategori ejen dan manakala dua orang lagi adalah kategori kakitangan Mylea.


Bagi kategori fighter, penerima adalah seperti dibawah:

1. Pn. Azliza Binti Ibrahim 2020- RM 1,889,639.00, 2021- RM 2,559,529.00.

2. En. Ahmad Firdaus Bin Mohamad 2020- RM 1,044,848.00, 2021- RM 
1,672,030.00

3. Hf Stylish Enterprise 2020-RM1, 607,414.80 , 2021- RM 1,430,155.00

4. En. Ahmad Zakhirie Bin Mohamad 2020 - RM 958,602.00, 2021- RM 1,112,543.00.

Manakala bagi kategori ejen, penerima adalah seperti dibawah:

1. Pn Najihah binti Yusof 2020- RM 262,421.40, 2021- RM 419,413.75.

2. Pn Wan Normalini binti Wan Ghani 2020- RM 299,119.30, 2021- RM 
279,986.64

Akhir sekali, bagi kategori kakitangan, penerima adalah seperti dibawah: 

1. Muhammad Danial Firdaus bin Mat Nasir 2020- RM 1,923,343.00, 2021- RM
754,014.00

2. Mohd Aniq Asymawi Bin Mohd Tarmizi 2020- RM 963,453.00, 2021- RM 
562,455.55




Bagi tahun 2020, hadiah pakej umrah telah diberikan berbentuk wang tunai sebelum 
ini memandangkan majlis makan malam tidak dapat diadakan dan pada malam ini
hanya diberikan reward atas pencapaian bagi tahun 2021 sahaja.

Dalam majlis malam ini juga, pada akhir majlis turut disampaikan hadiah cabutan 
bertuah bagi peraduan Gores & Menang sempena pelancaran New Advanced 
Formulation Mylea Freckles Serum yang telah diadakan baru-baru ini. Pemenang 
akan membawa pulang sebuah motosikal MW 110 dan sebuah telefon pintar. 

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada pemenang.



Sebarang pertanyaan boleh hubungi seperti maklumat dibawah.

Cik Mas U’dah Binti Nordin
Amylea Group Sdn Bhd
No.37 (Pt810) Grd Floor, Pusat Komersial Cabang Tiga,
Jalan Hiliran, Kuala Terengganu, Terengganu.
myleaskin@gmail.com
09-6222450/ 016-3744029

No comments: