27 February 2019

PINJAMAN TEKUN

Assalamualaikum .. kawan-kawan ada yang nak buat loan tekun bagi memulakan perniagaan atau nak besarkan perniagaan ?

Meh sini saya nak kongsikan sikit .. tahu la serba sikit ni sebab tengah memohon loan tekun untuk besarkan sikit perniagaan . hehe ..

Okeh .. pertama sekali yang kena buat .. cari 5 orang ahli kumpulan .. cukup 5 orang wakilkan seorang or pergi semua ke pejabat tekun untuk mengambil borang ..

Settlekan borang .. dalam borang tu .. dia perlukan ..

IC sendiri
IC suami / isteri
Ssm untuk 3keping
Gambar kedai / produk yang kita jual
Bil elektrik / air kedai
Gambar pasport 1 keping

lain-lain tu ada semua dalam borang .. cuma lengkapkan je ..

Oh ye .. 1 lagi .. nanti kena pilih salah seorang untuk dijadikan ketua .. ketua ni tugas dia untuk ingatkan ahli-ahli kumpulan untuk payment pada tarikh sekian-sekian 😀 ..

Permohonan akan mengambil masa lama mana untuk lulus ?
Yang saya tahu .. dalam 14 hari waktu berkerja atau sebulan untuk kelulusan sekali dengan menerima duit ..

Untuk permulaan .. tekun akan luluskan pinjaman sebanyak Rm10,000 sahaja .. selepas itu baru boleh naikkan kadar pinjaman.

Dan cara bayaran .. boleh dibuat di kaunter tekun .. online banking dan kutipan oleh pegawai tekun asalkan bagitahu tempat yang nak minta dia ambilkan duit ..

Pembayaran boleh dibuat seminggu sekali atau sebulan sekali ..

Jelas tak ? hehehe . ni yang pemahaman saya sendiri la ..

Senang je .. cuma pastikan borang semua ahli kumpulan tu lengkap .. baru proses tu boleh cepat ..



No comments: