5 October 2011

: : CaLoN PMR MauT NaHaS JaLaN RaYa : :

KUANTAN – Seorang calon peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabit dalam satu kemalangan jalan raya di Km7.5 Jalan Bentong-Raub, pada Selasa.

Pemangku Ketua Polis Daerah Bentong, DSP Mohd Nor Mansor, berkata mangsa, Muhamad Muhaimin Nordin, 15, pelajar Sekolah Menengah Kuala Lepas, Bentong, maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

“Dalam kejadian pukul 2 petang itu, mangsa dalam perjalanan untuk menduduki peperiksaan bagi sesi sebelah petang, motosikal yang ditunggang mangsa bergesel dengan sebuah lori ketika cuba memotongnya,” katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata selepas bergesel, mangsa terjatuh dan digilis lori terbabit.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Bentong untuk bedah siasat sebelum jenazahnya dituntut keluarganya bagi urusan pengkebumian. – BERNAMA


D COPY FROM mynewshub

2 comments:

dEdEQ dE wIshEs said...

MOGA ARWAH D TEMPATKAN D TEMPAT ORG YG BERIMAN .. AMIN ..

♛I'm Eqa♛ said...

Subahallahh ~ siannyaa ~