9 October 2011

: : TiDaK CuKuP TiDuR BaHaYaKaN NYaWa : :

48 dan 15 peratus berisiko mati sakit jantung, angin ahmar

LONDON: Kajian terbaru menunjukkan tidur nyenyak dan mencukupi pada waktu malam penting untuk kecergasan fizikal dan mental tetapi kini masalah tidur tidak cukup semakin meningkat, dengan penyelidikan membuktikan seorang daripada setiap lima orang, berasa letih luar biasa dan seorang daripada 10 mengalami keletihan berpanjangan.

Pengarah Pusat Tidur Universiti Glasgow, Profesor Colin Espie, berkata tidur ialah cara semula jadi yang membekalkan rehat, pemulihan dan tenaga kepada manusia dan tiada sesuatu lain yang melakukan perkara sama.
Bagaimanapun, ramai daripada kita menganggap tidur cuma satu komoditi. Kita tidak menghormati pengambilan tidur nyenyak mencukupi, menganggap ia seperti pengacau. Mendapatkan tidur nyenyak pada waktu malam tidak pernah dianggap penting, katanya. 

Peratus menghidap atau meninggal dunia akibat sakit jantung dan 15 peratus risiko menghidap atau mati akibat serangan angin ahmar.

Amalan tidur lewat dan awal pagi sebenarnya umpama bom jangka kepada kesihatan. Jadi, bertindak sekarang untuk mengurangkan risiko menghidap penyakit membahayakan nyawa seperti itu, kata penulis bersama kajian, Profesor Francesco Cappuccio.

Lelaki berusia lebih 65 tahun yang kurang tidur nyenyak yang cukup berisiko tinggi mendapat tekanan darah tinggi, menurut kajian terbaru Fakulti Perubatan Harvard. Kajian ke atas 784 pesakit, yang disiarkan dalam jurnal Hypertension, mendapati mereka yang kurang mendapat tidur nyenyak berisiko 83 peratus mendapat penyakit itu berbanding yang tidur nyenyak yang panjang.

Tekanan darah tinggi meningkatkan risiko serangan jantung, angin ahmar dan masalah kesihatan lain.
Kurang tidur menyebabkan tekanan pada tubuh, memaksa jantung berdegup lebih pantas, kata pakar. Namun tidur yang terlalu panjang, lebih sembilan jam, mungkin juga menjadi petanda kepada penyakit termasuk kardiovaskular.

Satu kajian ke atas 472 pesakit obes, yang disiarkan dalam International Journal of Obesity, membabitkan peserta memakan 500 kurang kalori setiap hari, disertai senaman kebanyakan hari. Mereka yang tidur terlalu pendek atau terlalu lama kurang kehilangan berat badan dalam tempoh enam bulan. 



5 October 2011

: : CaLoN PMR MauT NaHaS JaLaN RaYa : :

KUANTAN – Seorang calon peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabit dalam satu kemalangan jalan raya di Km7.5 Jalan Bentong-Raub, pada Selasa.

Pemangku Ketua Polis Daerah Bentong, DSP Mohd Nor Mansor, berkata mangsa, Muhamad Muhaimin Nordin, 15, pelajar Sekolah Menengah Kuala Lepas, Bentong, maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

“Dalam kejadian pukul 2 petang itu, mangsa dalam perjalanan untuk menduduki peperiksaan bagi sesi sebelah petang, motosikal yang ditunggang mangsa bergesel dengan sebuah lori ketika cuba memotongnya,” katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata selepas bergesel, mangsa terjatuh dan digilis lori terbabit.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Bentong untuk bedah siasat sebelum jenazahnya dituntut keluarganya bagi urusan pengkebumian. – BERNAMA


D COPY FROM mynewshub

8 September 2011

: : MeRDeKa RaYa : :

assalamualaikum sahabat-sahabat sekalian .. entry saya kali ni pasal merdeka raya .. hehehe .. tapi saya tak tahu nak tulis pe sebab niat hanya nak masukkan gambar je kat entry kali ni sebab nak suruh sahabat-sabat sekalian tengok .. kohkohkoh ..

actually saya baru je sampai kat hostel ni .. dan tengah kepenatan .. tapi saya gagahkan gak mata dan jari untuk menaip 1 entry .. hikhik ..

ok .. jom la tengok kat bawah eh .. hehehe .. mekasih .. nak post banyak-banyak , xde modal .. hohoho .. semoga terhibur dan