Showing posts with label SERAM DAN LAWAK. Show all posts
Showing posts with label SERAM DAN LAWAK. Show all posts

19 November 2013

KISAH PASAL KEHILANGAN IZZAT

COPY PASTE DARI BLOG 
http://www.mazidulakmal.com/2013/11/saya-tidak-percaya-mereka-disorokkan.html

Jika ingin menghasilkan laporan lebih tepat, molek jika wartawan 
atau pelapor media sosial berada di lokasi, bukan hanya sekadar 
meraih maklumat tidak sahih melalui laman sosial.

Saya tiba di Johor Bahru, Johor kira-kira pada jam 7 malam 
semalam dan bertemu  wartawan, Zulhazri Abu Bakar. 
Dalam perjalanan untuk makan malam di Restoran Banafe, 
kami melihat orang ramai masih berkumpul di luar Villa Nabila.

Mereka berhimpun di lokasi itu berikutan dakwaan kononnya 23 remaja 
dilaporkan hilang di Villa terbabit sejak malam Ahad lalu. 
Berita itu disensasikan oleh beberapa laman web, termasuk 
blog kumpulan paranormal, BUKAN Penyingkap Fakta. 

Saya dan Zulhazri berpegang kepada prinsip sama. 
Berita BERKREDIBILITI itu wajib disahkan oleh pihak berkuasa, 
dalam kes ini polis. Maklumat disiarkan di blog ini dalam entri terdahulu 
disahkan oleh Pemangku Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, 
Supt. Abd.Samad Salleh, bukan berbentuk hearsay, khabar angin.

Sewaktu bertemu beberapa kenalan di ibu negeri Johor itu, 
Zulhazri menerima panggilan daripada sumber awam.

"Jom, remaja hilang itu telah dijumpai di Flat Desa Mutiara (Johor Bahru), 
" ajak sahabat saya.

Lalu kami bergegas ke balai terdekat dengan kawasan penempatan itu, 
Balai Polis Bandar Dato' Onn.


Saya dan Zulhazri berdiri di luar balai dan merakamkan gambar dua 
remaja tidak kami ketahui identiti mereka.





Kami percaya, kenyataan Izzat sedang dirakamkan oleh 
Pegawai Penyiasat di dalam pejabat di bahagian belakang balai.

"Selepas ini mereka mungkin akan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah, 
IPD Central," bisik Zulhazri.

Maklumat disalurkan oleh orang awam mengatakan,  Izzat dan 2 rakannya 
dibawa ke balai ini dari flat. Jadi tidak tersasar sewaktu kami menjangkakan, 
dua remaja terbabit, kenalan Izzat. Pada jam 2.33 pagi, 
tiga remaja terbabit dibawa keluar menggunakan laluan belakang balai.
Sebagai wartawan, kami tidak berniat untuk merakamkan kenyataan 
Pegawai Penyiasat atau pegawai lain di situ kerana difahamkan sidang akhar 
akan dibuat oleh Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff hari ini.



Tanpa berlengah kami kemudian bergerak ke IPD Central dan 
menunggu kenderaan sama memasuki kawasan terbabit.

Lama kami berdua duduk di atas simen lalu pejalan kaki di depan IPD itu.



Namun dimaklumkan, 3 remaja terbabit masih belum tiba kerana berada 
di Larkin.

"Cawangan Narkotik sekarang di sana, dulu di sini," ujar Zulhazri.

Tiba-tiba saya telihat kelibat pasangan lelaki dan wanita sedang duduk 
di kerusi di dalam balai.


Sebaik dia memandang ke arah saya, hati tergerak untuk memanggilnya 
keluar dari balai itu. Saya dan Zulhazri berjabat tangan dengannya. 
Mujur dia mengenali saya dan berasa amat selesa berbual.




Abu Hashim Mohd Zain, 48 tahun, berasal dari Sik, Kedah tetapi menetap 
di Taman Ehsan Jaya. 

"Saya tengah menunggu anak perempuan saya. Empat orang polis 
datang ke rumah dan memaklumkan berita, anak saya, 15 tahun, 
dijumpai di Flat Desa Mutiara sekali dengan Izzat dan rakan seorang lagi itu. 
Sebelum itu ibu Izzat menghubungi saya dan meminta saya membuat 
laporan polis. Namun saya memaklumkan dia, sejak pagi Sabtu lalu, 
saya kerap berhubung dengan rakan anak perempuan tunggal saya itu 
menggunakan nombor telefon bimbit dia. Pagi tadipun saya masih 
berhubung lagi. Jam 9.30 malam tadi saya memang hendak membuat 
laporan polis," ujar pemandu lori itu.


Zulhazri pantas merakamkan kenyataannya untuk disiarkan di berita TV9, 
In Sha Allah, pada tengahari ini.


"Apabila anak encik Hashim hilang dan berlaku kekecohan kononnya 
23 remaja tidak ditemui di Villa Nabila, adakah encik percaya dia 
disembunyikan oleh makhluk halus?," soal saya.



"Mereka pergi beramai-ramai. Saya juga telah pergi ke Villa Nabila semalam.
Memang tidak ada apapun di sana. Musykil juga kalau pergi ramai, 
mustahil seorang sahaja hilang. Jadi saya memang tidak percaya, 
tidak yakin langsung dia disembunyikan oleh makhluk halus. 
Bukan hendak bercakap besar tidak, tetapi kalau melihatkan 
keadaan di dalam Villa Nabila, In Sha Allah, saya berani tidur seorang diri 
di situ. Malang, bila berita kononnya 23 remaja hilang di villa itu disebarkan 
di internet, suasana menjadi kelam-kabut sekaligus menyusahkan banyak 
pihak. Jadi nasihat saya, berhentilah menyebarkan berita tidak sahih di 
laman sosial," balasnya yakin.




"Polis BELUM lagi mengesahkan berita tetapi maklumat awal kami terima, 
disalurkan oleh sumber awam, amat menarik. Izzat dan rakan, 
dikatakan menonton filem Highland Tower. Mereka kemudian membuat 
keputusan mencari tempat 'keras' untuk dikunjungi secara 
berkumpulan barangkali termasuk anak encik sekali. Dalam kumpulan 
kira-kira 20 orang itu mereka ke Villa Nabila pada lebih kurang 
jam 4 pagi. Setelah berada di situ, SEMUA keluar melalui jalan belakang, 
Straits View dan terus berhenti rehat di Masjid Kolam Air. 
Sewaktu azan berkumandang, sebelum bersurai," kata saya.

Izzat membuat keputusan tidak pulang ke rumah dan tinggal di rumah 
rakannya. Selepas Buletin Utama menyiarkan berita kehilangannya, 
orang awam menetap di flat terbabit, mengenali identiti Izzat 
kemudian bertindak menyalurkan maklumat tepat kepada polis.

"Apapun, kita tunggu sahaja perincian lebih tepat akan 
disahkan oleh pihak polis akan dikongsikan bersama semua media cetak dan 
elektronik," sampuk Zulhazri.

Akhrinya kami difahamkan, anak perempuan Abu Hashim, teman wanita Izzat.

Kira-kira jam 3.48 pagi, kenderaan membawa 3 remaja terbabit dipandu laju, 
masuk ke IPD Central.









18 November 2013

KECOH VILLA NABILA

Serius semangat aku nak tahu cerita pasal kehilangan nih .. hehe .. sape-sape tahu .. gitau la ..

BERITA NI DARI ASTRO AWANI

jOM tengok gambar-gambar yang aku ambil dari laman sosial ..









yang mana betol ni ? 23 orang ke 1 orang je yang hilang ? hehe ..


MISTERI VILLA NABILLA

ok..nak share tntg haunted banglo kat strait view (dpn danga bay)sbnarnya bnyk version cite ni..so x thula mne 1 yg btul @ yg palsu. Kalau korang nak tahu, Villa Nabila nie kira tempat paling top kot kat Johor Bahru nie mengenai cerita seramnya.aku pon jdi pelik kenapa tempat tu jadik famous sangat dengan cerita misteri.
Bagi penduduk yang berasal dari Johor Bahru, pastinya korang tahu kan misteri rumah banglo Villa Nabila nie.Menurut cerita apa yang aku tahu, kalau masuk genap kat dalam rumah banglo tu, jadi ganjil. Macam mana tu? Hurm. Masuk 8 orang, tapi sampai dalam ada 9 pulak. Sorang lagi tu siapa? Peristiwa nie terjadi kepada seorang bekas mat rempit yang bernama Tyes Hades(bukan nama sebenar tapi boleh search kat facebook kalau korang nak tahu). Kisah ni berlaku ketika masa zaman rempitnya dulu. Mat rempit biasa lah, hati cekal dan kering. Dieorang akan cuba membuat sesuatu yang orang lain tak berani nak buat. Kalau korang dah pergi ke Villa Nabila tapi tak jumpa apa-apa tu Alhamdulillah la kan. Kadang-kadang ada  yang nak balik dari tempat tu, enjin kenderaan tak boleh nak start. TU MEMANG DAH BIASA TERJADI kat Villa Nabila.
Untuk pengetahuan korang, terdapat 3 buah banglo terbiar di Bukit Serene. Pertama Banglo kerabat sultan, Kedua Villa Nabila dan yg ketiga agak dalam sedikit iaitu sebuah Banglo seorang doktor yang khabarnya mempunyai cerita mistik jugak. Tapi yang paling cerita mistik yang paling top sekali banglo Villa Nabila la. Pasal rumah doktor tu pon ada jugak.Tpi blom smpat lgi nk terjah ksana.
Mengapa Villa Nabila begitu mistik? Apakah punca dari mulut ke mulut yang sering di katakan di kalangan rakyat Johor Bahru? Nabila ni adalah seorang budak kecil, dia di bunuh oleh mak tiri (ada yg kata amah) yang tamakkan harta peninggalan bekas suaminya juga ayah kepada Nabila.
Memang aku perasan di kawasan perumahan elit itu terdapat banyak rumah-rumah jenis lama. Memang ada beberapa buah rumah berhadapan Pantai Lido (Danga Bay) yang sudah lama ditinggalkan dan penuh dengan semak samun.
Jika difikirkan secara logik, sudah tentu rumah-rumah yang terbiar ini sudah lama ada pembelinya kerana mempunyai nilai hartanah yang cukup baik disebabkan lokasinya yang amat strategik. Tidak jauh dari Bandar Johor Bahru dan menghadap Pantai Lido (Danga Bay).
Secara peribadi, jika dikatakan Villa Nabila ini berhantu memang aku tak dapat nak nafikan. Ini kerana villa itu sudah lama ditinggalkan sejak sekian lamanya. Tempat-tempat yang kosong seperti ini biasanya menjadi tempat tinggal mahluk halus yang akan senantiasa mengganggu manusia.

 Korg tau apa itu seni? Kalau korg minat dlm bidang fotografi, dah tentu korg akan tau.. Utk menghasilkan seni dlm sesebuah gmbr, kebanyakkan fotografer akan menjadikan bangunan2 lama & terbiar sebagai 1 monumen penting dlm sesebuah gmbr itu.. Kebanyakkan fotografer dah serik utk ke Villa Nabila biarpun pada waktu siang.. Ini kerana gmbr yg dorg snap termasuk sekali benda yg tak di undang.. 



Banyak cerita yang membabitkan kisah villa ni. Ada 6 versi semuanya. Tak dapat nak dipastikan mana satu yang betul tapi aku lebih suka ambik kisah yang paling last sekali. Apa-apa pun kita ikuti kisah-kisahnya satu per satu.

Versi #1 – Terdapat satu keluarga yang kaya yang hidup dengan bahagia kat villa ni. Ditakdirkan si ibu dan ayah meninggal dunia, lalu tinggallah anak diorang yang bernama Nabila bersama orang gajinya. Nabila bakal mewarisi segala harta ibu bapanya tapi dibunuh oleh orang gajinya lalu mayatnya disimen di satu kawasan rumah tersebut. Kisah ni paling lemah untuk kita percaya sebab tak dinyatakan atas sebab apa Nabila dibunuh dengan kejam oleh orang gajinya.

Versi #2 – Nabila mempunyai sebuah keluarga yang sangat kaya. Satu hari, banglonya dirompak dan semuanya dibunuh kejam. Banglo tersebut dibiarkan tanpa penghuni hingga tumbuh semak-samun.

Versi #3 – Keluarga Nabila telah dirompak. Nabila dirogol lalu dibunuh dengan kejam, kemudian mayatnya ditanam di dalam dinding rumah tersebut.

Versi #4 – Keluarga Nabila adalah keluarga yang bahagia pada asalnya. Tapi pada satu hari bapa Nabila mengamuk lalu menembak semua penghuni yang ada dalam rumah tersebut sebelum membunuh dirinya sendiri.
Pendek kata, keempat-empat versi cerita ni agak lemah tanpa ayat-ayat fakta yang dapat menyokong kesahihan kisah Villa Nabila. Kita baca pula versi yang seterusnya.

Versi #5 – Villa ni sebenarnya dinamakan Christine Palace sempena nama isteri seorang ahli perniagaan dari Barat. Dikatakan sebelum membina villa tersebut, si suami berjanji untuk bagikan tanah tersebut dengan 6 orang adik-beradiknya yang berada di negara asalnya. Tapi bila si suami dah dapat tanah tu, dia mungkir janji lalu mengundang kemarahan adik-beradiknya yang lain. Kemudian, adik-beradiknya yang berasa marah mengutuskan dua orang sebagai wakil untuk berurusan dengan si suami tersebut. Entah apa yang berlaku, dua orang wakil tersebut berang lalu mengugut si suami untuk membahagikan tanah tersebut kepada yang lain selepas membunuh anaknya. Si suami tetap berkeras, lalu dua orang samseng tersebut membunuh isterinya pula namun si suami tetap dengan sifat tamaknya. Akhir sekali, si suami juga dibunuh. Villa tersebut dibiarkan tanpa penghuni sehingga 70 tahun lebih kurang.

Berdasarkan versi ke-5 ni adalah juga logiknya sikit. Menurut orang yang pernah ke jalan Strait View di mana lokasi villa ni berada, terdapat pintu gerbang yang tertulis Christine Palace yang terletak di kaki bukit tersebut. Menurut cerita seorang lelki ni, maknya pernah bagitau yang villa tu dah ada kat situ sejak tahun 60-an lagi. Villa tu sangatlah cantik pada masa tu. Kemudian sekitar tahun 80-an villa tersebut jadi tempat yang happening yang sering dikunjungi ramai orang berada termasuklah mat-mat salleh. Kemudian sekitar tahun 90-an villa tersebut mula kosong. Start dari situlah mulanya kisah-kisah misteri yang diceritakan orang dari mulut ke mulut. Biasalah, bila dah cerita tu mesti ada orang yang akan tambah gula sikit, garam sikit nak bagi cerita lagi best. Itu yang jadi macam-macam versi sekarang ni.

Versi #6 - Versi terakhir ni Macam biasalah rumah yang ditinggal lama mesti ada ‘penghuni’ baru yang menetap. Tak mustahillah ramai yang diganggu bila ke villa ni. Masa aku dengan Adan ke villa ni dulu pun agak meremang jugalah segala bulu yang ada. Ada orang yang pernah masuk ke villa tu beramai-ramai tapi bila kira balik jumlahnya sama ada berkurangan atau terlebih seorang. Kalau kurang sorang aku tak berapa percaya, maknanya sorang kena sorok. Tapi kalau terlebih sorang itu dah biasa berlaku, terutamanya kat kawasan hutan.
Walaupun gambar yang aku simpan ni dah berusia 3 tahun, tapi aku baru terperasan satu lagi gambar yang nampak macam ada ‘sesuatu’ kat dalam gambar tu. Cuba korang tengok gambar dalam bulatan kat bawah ni. Bandingkan dengan gambar kat atas yang pada asalnya tak ada pun kat tingkap tu.

Silap kamera? Mungkin juga tapi macam agak mustahil.
Kawasan yang berhantu semestinya ada gangguan. Ada yang masuk ke kawasan villa tu tapi secara tiba-tiba enjin kereta mati dan ada sesuatu ketuk-ketuk kat bahagian atas kereta. Ada juga yang tetiba dengar lagu lama dari radio. Macam-macam juga pengalaman diorang dapat dek nak menguji tahap keberanian masing-masing.


15 November 2013

HIGHLAND TOWER FULL MOVIE

Assalamualaikum ..

Pernah dengar pasal TRAGEDI HIGHLAND TOWER tak sebelum keluarnya movie dia ? Kalau dah .. takpe .. kalau belum .. jom baca kat sini .. http://najihah90.blogspot.com/2013/11/tragedi-highland-tower.html 

Sedikit sinopsis untuk mengetahui serba sedikit pasal TRAGEDI HIGHLAND TOWER sebelum tengok movia dia .. hehe 
Pada pukul 1.35 pm 11 Disember 1993, blok 1 apartment Highland Tower roboh menyembah bumi. Seorang bekas juruterbang Marin Amerika yang sedang bercuti di Malaysia dan menginap di rumah rakannya di Blok C Highland Tower, Bruce Aaron Mitchell (49), berjaya merakamkan gambar turutan kejadian tersebut daripada mula robohnya blok tersebut sehingga tumbang menimpa bumi. 
MOVIE



SELAMAT MENONTON 

credit to DFM2U

9 November 2013

LAWAK vs GEDIK | Awek Legoland Buat Video Lagi

Kalau minggu lepas ada muncul video macam comel je macam cantik je .. 


sekarang ni muncul pulak video "shasha bosan larh , tak taw nak wat ape" haha 



AMACAM ? PENDAPAT ? HAHAHA

8 November 2013

TRAGEDI HIGHLAND TOWER

Sebelum kejadian 
Highland Tower merupakan apartment 3 blok yang dibina sekitar 1975 hingga 1978 yang terletak di Taman Hillview, Ulu Klang, Selangor. Pembinaan apartmen ini sendiri merupakan satu pencabulan terhadap Akta Pemuliharaan Tanah dan Akta Kualiti Alam Sekeliling kerana pembinaan bangunan di kawasan lereng bukit dengan kecerunan lebih 18 darjah yang merupakan kawasan sensitif alam sekitar. 

Walau bagaimanapun, mungkin Highland Tower tidak akan roboh menyembah bumi sekiranya pembinaan perumahan Bukit Antarabangsa di belakangnya tidak berlaku. Bukit Antarabangsa dibina pada tahun 1991 sebagai perumahan elit yang mengakibatkan penebangan pokok-pokok di kawasan sekitar yang mendedahkan bukit itu kepada tanah runtuh. 

Tambahan pula, East Creek iaitu sungai yang mengalirkan air dari bukit di Highland Tower telah dikambus dan digantikan dengan paip. Paip tersebut menjadi tersumbat daripada batu dan kayu daripada tapak pembinaan Bukit Antarabangsa mengakibatkannya pecah. 

Hujan lebat selama 10 hari mengakibatkan paip tersebut tidak dapat menampung jumlah air yang melampau disertai lumpur, batu dan tanah. Sebelum kejadian, dikatakan tanda-tanda retakan dan air mengalir daripada tembok penahan di belakang apartment tersebut telahpun diperhatikan, dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya mengeluarkan notis berpindah kepada penghuni Blok 2 dan 3, namun mereka memohon perintah Mahkamah Shah Alam untuk mengenepikan notis tersebut (nampak dak angkuh tak angkuh penduduk dekat situ). Selain itu, jalanraya di sekitar blok tersebut juga telah merekah akibat gelinciran. 

Kandungan air yang melampau dalam tanah menyebabkan tanah bertukar menjadi lumpur, mengakibatkan strukturnya menjadi lemah. 

Lumpur tersebut akhirnya menolak tembok penahan di belakang blok 1 sehingga pecah, dan kemudiannya menolak dasar bangunan blok 1sehingga tumbang. Dikatakan berat lumpur ketika itu bersamaan dengan berat 200 kapal terbang Boeing 747. 

Runtuhnya Highland Tower 
Pada pukul 1.35 pm 11 Disember 1993, blok 1 apartment Highland Tower roboh menyembah bumi. Seorang bekas juruterbang Marin Amerika yang sedang bercuti di Malaysia dan menginap di rumah rakannya di Blok C Highland Tower, Bruce Aaron Mitchell (49), berjaya merakamkan gambar turutan kejadian tersebut daripada mula robohnya blok tersebut sehingga tumbang menimpa bumi. 

HighlandTower05
  
Disebabkan kejadian berlaku pada hari Sabtu, kebanyakan penduduk tidak berada di rumah. Pasukan penyelamat tiba dari unit FRU, Persatuan Palang Merah, DBKL dan dari pasukan polis dan tentera untuk menyelamatkan mangsa. 

Pada mulanya, mereka terlihat batang penyapu yang ditonjol-tonjol keluar membawa kepada penemuan pembantu rumah warga Indonesia, Umi Rashidah Khoruman, 22, dan anaknya Nur Hamidah Najib, 1 tahun 6 bulan. Selepas itu, Shizue Nakajima, 50, seorang penduduk warga Jepun juga berjaya diselamatkan namun malangnya meninggal dunia akibat kecederaannya di hospital pada malam yang sama. 

Bukit Antarabangsa Highland Tower 1993

Yang menyedihkan, hanya 3 mangsa saja yang berjaya dibawa keluar hidup-hidup, dan pada hari pertama sahaja. Hari-hari berikutnya, langsung tiada mangsa yang dibawa keluar. 

Tun Mahathir Mohamad yang ketika itu Perdana Menteri Malaysia, merayu kepada masyarakat antarabangsa untuk membantu Malaysia kerana ketiadaan pasukan khas untuk bencana seperti ini. Pasukan keselamatan ketika itu bingung kerana tidak mengetahui apakah prosedur yang perlu mereka lakukan untuk misi menyelamat. 

Pasukan penyelamat dari Singapura, Jepun dan Perancis datang menghulurkan bantuan bersama teknologi mereka yang lebih canggih. Yang menyedihkan, mereka mendengar bunyi ketukan sehingga hari ke-8 kejadian, namun tidak dapat memastikan daripada mana punca bunyi tersebut, menyebabkan mereka tidak dapat berbuat apa-apa. 

Sebaik sahaja bunyi tersebut tdak lagi kedengaran, mereka membuat keputusan tiada mangsa yang masih hidup. Dengan itu, jentera-jentera berat mula menggali dan mengorek runtuhan bangunan untuk mencari mayat. Setiap kali terlihat mayat manusia, mereka berhenti menggunakan jentera dan menggunakan tangan untuk mengangkat mayat tersebut.

Antara mangsa yang meninggal dunia ialah anak Tun Musa Hitam, bekas Timbalan Perdana Menteri iaitu Carlos Abdul Rashid bersama isterinya. Bau busuk mula mencucuk hidung. Terdapat mayat yang dijumpai tangannya, tengkorak yang pecah, cebisan daging berselerakan dan mayat yang berpelukan.

mangsa-tragedi-highland-tower-1
Selepas kejadian 
Kesemua mangsa yang meninggal dunia seramai 49 orang. Penghuni Blok 2 dan Blok 3 memfailkan saman kepada 10 pihak dengan menggunakan bukti bergambar daripada Bruce Aaron Mitchell, dan 10 pihak tersebut termasuk Majlis Perbandaran Ampang Jaya dan pihak pemaju. Berdasarkan keputusan mahkamah, majlis perbandaran dilindungi daripada tindakan undang-undang kerana Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974. Akhirnya, kes ini diselesaikan di luar mahkamah apabila AmFinance (pemilik AmBank, pemilik hartanah) bersetuju membayar RM52 juta kepada plaintiff. 




19 October 2013

SERAM | BAS TANPA PEMANDU

Kisah bermula pada suatu malam... Lebih kurang pukul 12:00 tengah malam. Mamat sorang nie Bersama rakannya nama terpaksa dirahsiakan) dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuala Selangor melalui jalan Kepong. Setibanya dia di Ijok, di kawasan perkuburan Cina dan kawasan pembakaran mayat India ... tiba-tiba kereta yang dipandunya mengalami kerosakkan. 

Mamat nie tak dapat nak menghidupkan enjin keretanya, walaupun dicuba berulang kali. Walhal kereta tersebut baru sebulan pakai. Mamat nie dan rakannya pun menolak kereta mereka ke bahu jalan dan mereka cuba mencari bantuan jika ada kenderaan yang lalu. Malam dah gelap sapa nak tolong, kereta rosak tepi jalan.

Tiba-tiba mereka terlihat sebuah bas sekolah yang datang dari arah Kuala Selangor. Bas tersebut bergerak terlalu perlahan walhal jarak bas tersebut dengan mereka tidaklah jauh, tetapi bas tersebut tidak jugak sampai-sampai. Mereka menggigil ketakutan, aper taknye, bas tak ada pemandu, tak der orang langsung, camane boleh gerak sendiri. Kaki mula tak boleh bergerak, mamat tu dah mula terkencing kat seluar, nak lari pun tak boleh, mulut kawan dia mula terkomat kamit membaca jampi serapah nak halau hantu, nak cuba lari tapi tak mampu, mamat tu mula tercium bau macam-macam! Waktu tu Tuhan aje yang tau betapa takutnye mereka.

Bila bas tu dah semakin hampir, memang sah tak ader pemandu, Mamat tu dan kawan dia dah tersandar kat kereta menanti hantu nak cekik.. tiba2?

"Bang, boleh tolong tolak bas ni tak, rosak la bang" Terdengar suara dari belakang bas, mereka ternampak dua orang lelaki India sedang menolak bas tersebut dalam keadaan yang termengah-mengah.

LIKE Senyum sokmo neh

30 April 2013

FAKTA YG MENGEJUTKAN

SEBAB2 KENAPA PENJARA PUDU DITUTUP??!!

Berlaku di Penjara Pudu Kuala Lumpur di suatu ketika dulu. Hanya boleh disebarkan pada orang2 tertentu sahaja... Sebelum Penjara Pudu ditutup dulu pernah diceritakan bahawa terdapat satu bilik dipanggil "Bilik Terakhir". Dibilik inilah seringnya berlaku kejadian pelik sejak Penjara Pudu ditutup.

Dinamakan "BILIK TERAKHIR " adalah kerana dulu ia merupakan bilik kediaman terkahir bagi si pesalah jenayah berat sebelum menjalani hukuman gantung sampai mati pada keesokan harinya dibilik gantung..

Di BILIK TERAKHIR inilah pesalah dikatakan akan meratap, menangis, menjerit, bercakap seorang diri dan berbagai lagi perlakuan kerana menyesali Kesalahan mereka yang lalu. Mereka menjadi begitu kerana dikatakan tidak kuat semangat menghadapi maut keesokan harinya yang telah diketahui mereka.

Menurut kata warden-warden yang masih ada di Penjara Pudu sewaktu proses pengosongan Penjara Pudu dijalankan, mereka sering terdengar suara2 sayu meminta tolong, suara orang menangis dan bermacam-macam lagi dari Bilik Terakhir tesebut.

Tak kurang juga ada diantara warden yang terlihat seekor kambing hitam sering masuk menembusi pintu bilik itu tanpa dibuka dan kemudian tidak pula kelihatan kambing keluar semula.

Ramai bomoh dan pawang yang dipanggil bagi memulihkan bilik tersebut mengatakan bahawa suara2 yang sering kedengaran diwaktu malam dari Bilik Terakhir itu adalah akibat roh-roh pesalah yang mati ditali gantung tersebut tidak tenteram kerana mati mereka ditali gantung.

Nak dijadikan cerita pada suatu malam Jumaat ketika hujan renyai-renyai seorang warden telah ditugaskan mengawal kawasan yang berhampiran dengan "Bilik Terakhir" itu. Ketika sedang berkawal kira-kira lebih kurang pukul 01:00 pagi beliau terdengar seperti tapak kaki sedang berlari-lari berhampiran bilik tersebut.

Ia cuba beranikan diri untuk untuk melihat apakah bendanya itu. Sedang ia mengamat-amati maka terlihatlah dalam kesamaran seekor kambing hitam sedang menuju kearah Bilik Terakhir itu lalu lesap begitu saja. Ia berasa harian bagaimana seekor kambing boleh ada dikawasan itu? Oleh kerana ingin tahu ia beranikan juga diri menghampiri Bilik Terakhir itu.

Alangkah terperanjatnya mendapati pintu bilik itu telah bertukar menjadi pintu gua. Mulalah ia berasa gementar, seram serta menggigil ketakutan namun diberanikan juga diri memasuki pintu gua yang samar-samar itu sambil meninjau-ninjau didalamnya jika terlihat akan kambing tadi. Apabila sampai je ke dalam gua tersebut alangkah terperanjatnya ia bila didapati banyak harta karun dalamnya. Ia cuba mengambil harta itu tetapi tiba-tiba hilang dari pandangan lalu menjelmalah satu lembaga yang mengerikan seraya berkata,

"Heyyyyyy manusiaaa. Jangan awak sentuh harta itu. Hartaaaa itu bukan kauuu yang punyaaaa "

"Ahmad Albab yang punyaaaaaa" Ha Ha Ha Ha Ha "Yaaaaaaa, Ahmad Albab yang punyaaaaaa ... "

Tahniah kerana minat membaca.

p/s:-aku pun terkena