29 December 2013

CHURP-CHURP | CASHOUT PERTAMA (RM114.20)

Assalamualaikum ..

Selamat pagi semua .. 

Pagi ni takde kerja .. so .. gatal tangan nak chek EARNING CHURP-CHURP .. tengok-tengok ada .................. .. hehe . jeng jeng jeng





SIKIT je kan .. ihik .. malas share punyer pasal . kuikuikui ..

tapi takpe lah .. memandangkan ni kali pertama nak try CASHOUT CHURP-CHURP .. kita cashout je banyak-banyak .. sebab ada BLOGGER yang da pernah cashout cakap .. amik masa dalam sebulan jugak .. hehehe ..

Jumlah RM114.20 menjadi angka yang pirst time tuk aku cashout .. cantik kan angka tu ? kihkih .. Padahal .. hahaha


CARA BAYARAN BR1M 3.0 2014 : MASUK KE AKAUN BANK PENERIMA

Assalamualaikum

Selamat pagi ahad .. fuh . pagi-pagi dah redah hujan .. hihi .. kat SETIU dah nak banjir .. ngee .. Ingat lagi tahun lepas .. ambil BR1M dalam banjir .. hikhik .. sonok pulak .. 

Tadi blogwalking dan singgah kat blog KAK MIA .. dan nampak ENTRY CARA BAYARAN BR1M 3.0 2014 : MASUK KE AKAUN BANK PENERIMA .. dan macam berguna lak maklumat ni .. untuk yang baru nak mohon atau yang perlu kemaskini .. 

Jom baca 

Bagusnya cara kaedah pembayaran BR1M 3.0 2014 kali ini yang dijangka akan mula dibayar / dimasukkan terus dalam akaun bank penerima pada bulan Februari 2014. Maklumlah sekarang ini semua urusan sudah melalui online. Jadi, tidak perlulah beratur panjang-panjang seperti tahun ini, 2013 dan tahun lepas, 2012. Amat memudahkan dan menyenangkan rakyat.

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan dan sumber di SINI, ia akan dimasukkan ke akaun bank penerima bagi mereka yang memberikan maklumat akaun bank dalam borang permohonan.

Dimaklumkan bahawa penerima BR1M yang sedia ada tidak perlu  mendaftar untuk kali kedua. Penerima boleh membuat pengemaskinian maklumat bagi memasukkan data peribadi terkini merangkumi alamat, ahli keluarga dan maklumat akaun bank secara online.

Jika ingin bayaran dibuat terus ke dalam akaun bank, sila kemaskini / masukkan maklumat akaun bank anda secara online dengan betul di https://ebr1m.hasil.gov.my.

Sebarang soalan juga boleh diajukan kepada Pasukan Bajet 2014 melalui 03-88829089 atau email di bajet2014@treasury.gov.my

Kepada yang belum lagi berbuat demikian, disarankan agar kemaskini / masukkan butiran akaun bank dengan kadar segera bagi memudahkan urusan pembayaran.


Read more: http://www.mialiana.com/2013/12/cara-bayaran-br1m-30-2014-masuk-ke.html#ixzz2op0Xljx0

KREDIT TO KAK MIALIANA


28 December 2013

NIAGA | TOPUP RELOAD

Assalamualaikum

Selamat petang ..

Lalala~ .. nak promot kejap .. haha


DEDEQ ada jual topup RELOAD CELCOM , DIGI DAN MAXIS dari RM5-RM100

Blogger-blogger dan kawan-kawan yang disayangg .. 
Kalau korung semua perlukan topup ergent .. nak keluar malam malas .. 
Boleh je contact saya saya dan saya kat FB DEDEQ DE WISHES @ kat WHATSSUP : 0133458296 @ kat WECHAT : DEDEQDEWISHES

Pembayaran dibuat melalui online banking .. 

Sekian , Wassalam 

25 December 2013

NIAGA | THE POP PHONE RETRO

THE POP PHONE RETRO .. 
RM50 TERMASUK POS
* HIJAU DAH SOLD OUT

BERMINAT LEH PM LAJU2 KAT DEDEQDEWISHES ATAU WHATSSUP KAT NO 0133458296

SAIZ BESAR .. BUKAN YANG MINI 





24 December 2013

NIAGA | HP CLONE DARI KOREA

BERMINAT BOLEH PM DEDEQDEWISHES ATAU WASSAP KAT NO 0133458296

s4 set 4 v6 (air gesture+eye sensor+smile detector) = rm 650 s4 set3 v5 (air gesture+smile detector) = rm 610 s4 set2 v4 (air gesture+smile detector) = rm 620 s4 set1 v3 (air gesture) = rm 530 s4 mini = rm 500
mega = rm 500 mega air swipe = rm 800
note 3 king = rm 650 note 3 super king = rm 700
note 2 v7 = rm 560 note 2 v6 = rm 560 note 2 v4 = rm 560
HTC one = rm 410 HTC one super king = rm 780
s3 king = rm 500 s3 v2 (sim bawah) = rm 500 s3 v1 (sim atas) = rm 500 s3 mini 3G = rm 500 s3 mini 2G = rm 400
grand 3G = rm 410
iphone 5 = rm 530 iphone 5 c = rm 530
note tab : tab 10 = rm 700 tab 8 = rm 550 tab 8 (3g) = rm 640 tab 7 = rm 450
MEMORY CARD 32GB (SANDISK) = RM 45
i) fully gift (charger / earphone / usb cable / battery /box) (XDE WARRANTY)
ii) SPECIAL free gift (diamond screen protection + flipcase + memory card 32gb) (- FREE GIFT . SAPE CEPAT DIE DAPAT)
iii) WARRANTY 1 TAHUN SYARAT WARANTY : 1) jgn ade calar2 pd phone kalau nak mintak warranty 2) kesan jatuh pon xnak ade 3) screen pecah no warranty tu silap sendiri 4) sticker kat belakang2 phone jgn hilang...kalau hilang so warranty TAMAT
P/S : UNTUK BATERI TAHAN LAMA SILA GUNA CHARGER ORIGINAL SAMSUNG
-ADD RM 10 UNTUK KOS POS BAGI SEMENANJUNG DAN RM 20 UNTUK SABAH/SARAWAK

PERBEZAAN HP KOREA DAN ORI

PERTAME ; dari segi pengeluaran,kalau ORI,dekat kotak dier tulis "MADE IN NOKIA" @ sewaktu dengannya..if handphone AP,dier "MADE IN INDIA,CHINA,INDONESIA" atau senang cite..name2 negara laa..

KEDUA ; handphone ORI ni warranty dari kilang, kalo AP ni dari kedai yg menjual nyee..dan warranty handphone ORI ni setahun untuk batery,bahagian dalam dan scrin..Kalo AP plak,dier 1 atau 3 bulan jee warranty ...kalau bahagian dalam warranty setahun (unless masok air @ kerosakan sendiri yang buat)

KETIGA ; IMEI ..
ape itu IMEI?
ok..Imei ni adalah barcode berdigit 15 yang ade dalam handphone anda dan kotak..if original,IMEI kotak dan handphone adalah SAMA!..kalau AP kompem tak same..so,cemane nak check IMEI?
type *#06# dan akan SERIAL NUMBER atau bahase lain dia adalah IMEI..so,korang check no tu..same tak dengan dekat kotak bahagian luar tu..kalau AP takkan same nyee..ORI jee same..

KE EMPAT ; selalu nyee..selalunyee laa..kalau ORI keypad dier takde tulisan bahasa asing..paham?kalau AP ade macam2..arab laa..jepon laa..china laa..depends pada negara yg buat..

KE LIMA ; handphone AP ni sah,just handphone je sah..kotak dan lain2 boleh diragui sumbernyaa..

KE ENAM ; ok..ni paling penting..korang tekan *#0000# untuk tahu bile handphone korang dihasilkan..if korang beli tahun 2010,selalunya dikeluakan setahun sebelum..if tetibe korang tgk,apsal laa lame sangat dah handphone tu dibuat..tu makna nyaa, samaada handphone tu UNDERWATER(SELUDUP) @ recon

KE TUJUH ; UNDERWATER NI SELUDUP, kadang2 HANDPHONE tu da rosak..dier repair,agak2 boleh idop..dier jual macam ORI @ AP..pastu mule laa handphone tu wat hal..
skank ni da jarang ade handphone underwater..sebab dah ade complain dan kedai2 pon tak nak tanggung risiko sangat nak juat handphone macam ni..

KE LAPAN ; recon plak..selalunya dari oversea..dier repair2 gak,pastu jual macam ORI @ AP..
selalunye kedai cakap..ni HP recon..korang leh trace berdasarkan charger, cop2 pada badan HP tu..if cop tu macam cop oversea contoh brand "THREE,TIM",leh agak laa kan?tapi tak selalu nye betol..kene pandai laa..ape ape pon hati2..


KE SEMBILAN ; handphone ORI ni beza harga dengan AP dalam 200-300..banyak tu..contoh,if handphone tu AP,harge dalam RM450,so,ori dalam RM750..dekat sekali ganda..tu sebab banyak kedai jual handphone AP skank.

KE SEPULOH ; jgn lupe,NOKIA ORI dibuat oleh ZITRON,AVAXX dan lain lain laa..even charger dier pon ader stiker ZITRON @ AVAXX,bagi samsung ngan sony,aku lupe laa name dier..tak silap aku, bagi samsung,pengeluar sah dier FMG..

so far,pada pandangan aku..AP ngan ori hampir sama jee..aku da pakai handphone AP 4 taon,so far,alhamdulillah..ok jeee...spoil sket2 tu adat laa..tapi bukan major laaaa..yg penting KENE PANDAI JAGE..

semua diatas .. copy dan paste dari seorang makhluk ALLAH ^_^

* pandangan aku la kan .. hempon ori ke korea je .. sama je .. kalau pandai jaga .. alhamdulillah .. ok

BR1M 2014

•   Syarat kelayakan permohonan BR1M 2014:
       (i)       Warganegara Malaysia 
       (ii)      Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar 
                  bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
       (iii)     Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah
       (iv)     Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah

  •   Sila kemukakan salinan:
       (i)       MyKad bagi pemohon; dan 
       (ii)      MyKad/MyPR/Pasport bagi suami / isteri (jika berkenaan) 
        
  •   Semakan kelayakan dengan agensi / sumber lain adalah tertakluk pada ketetapan Kementerian Kewangan Malaysia.

  •   Penerima Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) tidak layak memohon BR1M 2014
        
  **NOTA

  1. PERMOHONAN BARU - Bagi pemohon yang pertama kali memohon BR1M dan juga bagi pemohon BR1M 1.0 dan 2.0 yang tidak layak. 

  2. KEMAS KINI PERMOHONAN BR1M 2.0 - Bagi penerima BR1M 2.0 mengemaskini maklumat selain daripada Status Perkahwinan dan Maklumat Isi Rumah. 



UNTUK ISI ON9 BOLEH ISI KAT BORANG 0N9 BR1M 2014

23 December 2013

DUIT YANG TERKUMPUL

Assalamualaikum ..

Alhamdulillah .. Bila kira-kira tuk masukkan ke dalam bank .. ada rm6560 semua .. 

Seronok rasa bila tengok duit hasil titik peluh sendiri ..

11 bulan kerja makan gaji dengan orang .. 


22 December 2013

DAPAT DOODLE MUSLIMAH

Assalamualaikum

Hai semua semua semua dan semua .. hehehe .. alhamdulillah .. hari-hari yang aku lalui sekarang makin bahagia .. tapi kalau takde masalah tu tipu la kan sebab semua manusia .. ada masalah yang tersendiri .. cuma cara untuk hadapi masalah tu yang penting .. (cewahhh .. berpalsapah pulak .. kihkih) ..

Sebenarnya entry ni bukan untuk aku berpalsapah tapi entry ni tuk aku berterima kasih dengan seorang blogger kecik , hensem dan lemah lembut baik hati .. ihik ..

Balik je kerja dalam pukul 11 malam semalam .. dapat inbox .. tengok-tengok dari adik IMAN ZAKARIA .. 

BILA tanya hadiah untuk apa .. katanya hadiah saja-saja isi masa lapang .. hehe

NI haa wajah adik IMAN ZAKARIA yang cun hensem ..

single lagi ni .. sapa-sapa nak adjust .. boleh add FB adik cun hensem ni kat SINI SINI DAN SINI ..

Taraaa . ni pulak doodle yang aku dapat dari dia .. 

cantik kan cantik kan .. suka sangat-sangat ..

THANX A LOT sekali lagi dik 

21 December 2013

Cepat kahwin sebelum kerajaan laksana GST


KUALA LUMPUR - Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli menasihatkan mereka-mereka yang masih belum berkahwin supaya menamatkan zaman bujang sebelum cukai barangan dan perkhidmatan (GST)  dilaksanakan pada 1 April 2015.

Jelas Rafizi yang juga merupakan ahli Parlimen Pandan, pelaksanaan GST akan memberi bebanan kepada bakal pengantin kerana terpaksa membayar lebih kepada katerer.

"Sekiranya GST dilaksanakan, semuanya turut akan terkesan, semua barang akan naik harga," katanya ketika majlis pelancaran kempen Faham GST - Tolak GST di Kelab Sulaiman, di sini, malam tadi.

Sementara itu, Rafizi menjelaskan hanya beberapa perkara sahaja dikecualikan GST sebaliknya hampir keseluruhan barang dan perkhidmatan akan dikenakan cukai tersebut, sekali gus akan menambah penderitaan rakyat.

"Hanya belacan, cencaluk, kacang dhal, beras, sektor pendidikan dan kesihatan sahaja yang akan dikecualikan GST, namun hampir keseluruhan barang dan perkhidmatan selain perkara itu akan dikenakan GST.

"Oleh itu, saya sarankan rakyat tolak GST kerana GST akan memberi bebanan kepada kita," katanya.


SUMBER : SINAR HARIAN

NUFFNANG | BE KE 19 , 20 , 21 DAN 22 (Xaxis - Women Channels dan INTI Cycle 1 Degree)

Assalamualaikum

Alhamdulillah .. Terima kasih CIK / INCIK NUFFNANG sebab masih sudi bagi BE ke 19 , 20 , 21 dan 22 kat blog CERITA TENTANG KITA yang tak seberapa ni ..

Terkejut tadi bukak akaun NUFFNANG .. tengok-tengok ada 4 iklan baru .. hehe .. 

BE ke 19 dan 20 tu yang lama dan dah credit pun .. cuma tak perasan .. kuikui

BE ke 21 dan 22 pulak baru je dapat harini ..

Alhamdulillah .. masih diberi rezeki dari pihak CIK / ENCIK NUFFNANG sejak sekian lama tak dapat BE 



20 December 2013

JOM BANTU SEORANG BLOGGER NI

Assalamualaikum..

YA ALLAH .. pilu rasa hati bila baca ENTRY dari seorang BLOGGER dari blog PENSEL ALAM MAYA .. sekarang dia mengalami masalah kewangan untuk mengubati sakit nenek dia .. jom .. sapa-sapa yang mampu dan nak beri sumbangan .. boleh banking kat dia .. walaupun rm10 .. dah cukup membantu .. dan kalau tak mampu dari segi kewangan .. jom pakat-pakat share entry ni .. mana tahu .. kot ada yang mampu nak menolong ^_^

Sedih. Hati tak keruan.Walaupun pada mulanya exited dan gembira datang semenanjung ni.Dengan niat berhijrah dan mencuba nasib.Kalau-kalau ada rezeki lebih kami sekeluarga disini.Namun 2 3 hari ni, ima rasa hati ima dah takde kat sini.Hati meronta-ronta untuk balik ke sarawak. Namun terpaksa dipendam sebab harga tiket hujung tahun ni sangat mahal.  

Nenek ima sakit. beberapa minggu selepas kami sekeluarga berhijrah ke semenanjung, nenek slalu sakit-sakit. Dia rindukan anak ima. Bukan niat untuk meninggalkan mereka.Tapi ima harus untuk mencuba nasib. Dan beberapa minggu lalu nenek terkena penyakit kayap di bahagian kepala dan muka. habis bernanah.Tapi sekarang nanah tu dah kering dan dah boleh kopek pun. Ingatkan bila kering nenek dah sembuh, Tapi masalah lain pulak timbul bila nenek sering meracau dan mengadu kesakitan kepala yang sangat sakit dari dalam.

Ya Allah, Tuhan je tau perasaan ima. Dari jauh je dengar khabar nenek sebab nak balik memang tak mampu.Tiket hujung tahun memang mahal. Harga tiket nak sampai rm600 lebih.Ima kerja pun tak keruan.Ada aunty ima je yang jaga nenek sekarang.Hampir setiap petang nenek kesakitan dan terpaksa dibawa ke hospital. Dan bila sampai hospital, nenek just diberi injection dan ubat. Terluka hati ima bila dengar dari jauh je. 

Semalam aunty kata nak bawa nenek jumpa doktor pakar.Tapi kat sana takde doktor pakar. Terpaksa ke Kota KInabalu sabah untuk berjumpa doktor pakar.Perlukan kos yang banyak sebab kena pergi jauh. So dengan rendah hati dan perasaan segan ima nak minta bantuan kat rakan-rakan blogger dan sesiapa yang membaca ni untuk bantu ima. Ima nak kutip derma untuk  kos hantar nenek ke doktor pakar.Ini je yang mampu ima buat untuk nenek dari jauh. Bantulah ima untuk kumpul derma seberapa yang korang sudi.Kalau tak sekalipun, tolong sebarkan entri ni. Semoga Allah sahaja yang dapat membalas budi korang semua..

Sekiranya korang sudi membantu walau rm10, boleh bankin ke akaun ima.
Maybank
Salsuzaima bte selamat
161042165320
no.hp: 0128706289
putri_malu89@hotmail.com 

P/s: Ima tahu ima tak sepatutnya meminta-minta.Tapi ni je cara yang ima boleh buat untuk nenek.sekurang-kurangnya ima tak menyesal nanti.Nenek ima adalah orang yang menjaga ima dari kecil hinggalah ima berkahwin.. :'( Korang tolong doakan juga agar dikurangkan kesakitan nenek ima.
 Nenek ima yag sakit
Datuk ima.Yang jaga ima, keluarkan duit utk sekolah ima,dari kecik sampai sambung sekolah.

Ima nak sangat balik.. Y a Allah.. Tuhan je tau perasaan sekarang ni. hibanya tengok gambar je. :'(
Semalam hantar gambar anak ima kat wechat sepupu ima.Suruh bagi nenek tengok.Sepupu ima cakap, nenek cium gambar anak ima dan menangis.
Ya Allah. Apa patut ima buat?? Nak sangat balik :'(

* copy n paste dan tambah2 ayat kat atas 

HYPOTENSION a.k.a TEKANAN DARAH RENDAH

Assalamualaikum ..

Sejak kebelakangan ni .. aku selalu je pening-pening .. bila tidor .. mata rasa macam pusing-pusing .. haish .. selalu je lelah datang berdamping tambahan pulak muntah .. grrr .. MENGANDUNG ? oh . mesti lah tak . nikah pun tak lagi nih .. hihihi .. hmmm .. tadi masa pening , pergi bilik air dan GEDEBUK .. jatuh .. sakit .. uhuk .. then sekarang ni demam . alahai antiodi .. low sesangat .. so .. kejap tadi pegi buat date dengan doktor .. di temani oleh ayah .. cek punye cek .. RUPA-RUPANYA HYPOTENSION .. (T_T) .. tekanan darah aku 85/60 .. memang selama ni tak pernah-pernah .. hihi .. tekanan darah yang normal 120/80 (random) .. 

Ni ada sikit-sikit yang dicari kat google tentang gejala , penyebab dan banyak-banyak lagi .

Gejala Tekanan Darah Rendah
Bagi penghidap tekanan darah rendah, mereka tidak akan menunjukkan tanda mereka mempunyai penyakit tekanan darah rendah. Mereka akan menunjukkan gejala atau tanda-tanda awal seperti:-
  • cepat lelah
  • pening kepala ketika posisi badan berubah
  • sukar untuk berkonsentrasi
  • mata berkunang-kunang
  • mual
  • kulit berasa dingin, pucat dan lembap
  • pernafasan cepat dan pendek
  • defresi
  • cepat haus
Sekiranya seseorang itu hendak hamil, mereka digalakkan untuk membuat pemeriksaan terlebih dahulu sebelum hamil. Ini kerana ia adalah untuk mengelakkan berlaku komplikasi pada bayi itu nanti.
 
Penyebab Tekanan Darah Rendah
Tekanan darah ditentukan oleh dua pekara, iaitu jumlah darah yang dipompakan oleh jantung dan tahanan (resistensi) pembuluh darah yang kecil-kecil pada tubuh. Terdapat beberapa penyebab yang boleh tekanan darah rendah terjadi iaitu:-
  • Kekurangan volum darah - cecair mengalir dalam saluran darah seperti pendarahan yang tidak boleh terkawal
  • Dehidrasi - dehidrasi yang mengurangkan kandungan cecair dalam badan seperti kes muntah yang teruk dan cirit-birit.
  • masalah jantung - deyutan jantung yang agak cepat mahupun sebaliknya yang terlalu lambat.
  • Keadaan otot yang lemah.


Akaun FB gambar gadis ghairah

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) semalam membuat laporan polis terhadap sebuah akaun Facebook memaparkan  puluhan gambar  gadis tempatan dalam keadaan mengghairahkan yang mula  dikesan sejak lebih sebulan lalu.  

Presiden MJMM, Abdul Rani Kulup berkata, kewujudan akaun lucah seperti itu harus disekat bagi mengelak ia terus berkembang serta membawa budaya yang buruk dalam masyarakat di negara ini.

Menurutnya, MJMM  juga menggesa pihak berkuasa menyiasat dalang yang terlibat kerana khuatir sekiranya gadis-gadis berkenaan diperguna atau diperdagangkan oleh pihak-pihak tertentu.

“Kita tidak tahu sama ada mereka dengan rela atau dipaksa melakukan aksi berkenaan, jadi kita minta pihak polis, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menyiasat perkara ini,” katanya selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, semalam.

Sementara itu hasil carian Sinar Harian mendapati laman sosial berkenaan aktif memuat naik gambar-gambar sejak seminggu yang lalu.

Namun selepas laporan polis ini dibuat pagi semalam,   tinjauan semula mendapati pengendali  akaun lucah berkenaan telah bertindak menutup akaun  tersebut.


SUMBER : SINAR HARIAN

19 December 2013

'Salji turun di Mesir bukan petanda kiamat'

SHAH ALAM - Bekas Mufti Perlis, Profesor Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini menegaskan kejadian turun salji di Mesir bukanlah satu petanda kiamat.

Menurutnya, ada pihak mendakwa bahawa turunnya salji di Mesir sebagai satu tanda Kiamat berdasarkan hadis riwayat Muslim, Ibn Hibban dan lain-lain bahawa Nabi SAW bersabda: "Tidak berlaku kiamat sehingga Tanah Arab kembali menjadi bumi yang menghijau dan sungai-sungai".

“…sebenarnya perkataan 'Tanah Arab' itu lebih merujuk kepada Jazirah Arab (Hijaz) dan boleh merangkumi Iraq, Yaman, Sham (Jordan Palestin dan Syria). Adapun Mesir ia bumi Afrika.

“Kemudian salji memang saban tahun turun di Jordan, Palestin dan Syria sejak sekian lama, maka itu bukan tanda kiamat.

“Hadis itu sebut Tanah Arab kembali menjadi hijau dan sungai bererti dahulu telah pun demikian keadaannya. Apabila Jazirah Arab (Saudi), Iraq, Yemen, Syria, Jordan, Palestin dan sekitar menghijau dan banyak sungai maka itu itu tanda kiamat.. oleh itu  hati-hati dalam memberi maksud hadis,” katanya yang dipetik menerusi laman Facebooknya.

Baru-baru ini, Mesir sebuah negara yang beriklim panas, dituruni salji buat kali pertama dalam 112 tahun.

18 December 2013

8SHARE | CASHOUT KE 2 (akaun ke 2)

Assalamualaikum

Alhamdulillah .. 

Duit 8SHARE dah masuk ke dalam akaun .. CEPAT DAN LIGAT .. hehehe .. 12 cashout (sebab takut lupa tarikh .. nyanyuk .. mihmihmih) --> 17 haribulan dah masuk AKAUN .. 

Dah 2 kali cashout .. RM120 duit dalam akaun barang hantaran . ihik .. sonok .. bulan 2 keluar shoping .. maknanya .. bulan 1 nak simpan sebanyak mungkin ..





NAK DAPAT DUIT CAM DEQ GAK ? MEH JOIN 8SHARE  

17 December 2013

THANX A LOT SIS TENGKUBUTANG MEOW MEOW MEOW

Assalamualaikum

Meow meow meow .. 

THANX A LOT SIS sebab susah-susah buatkan PHOTO yang SOMEL dan CUTE sangat ..
Terharu sangat .. sebab .. susah taw orang nak kasi artwork dorang kat "orang" tak femes macam DEDEQ ni . hohoho ..

Jom tengok gambar . (CANTIK taw .. nanti nak printkan dan tampal kat bilik) hikhik

 TARAAAAA .. SUKE SANGAT-SANGAT HASIL TANGAN DARI KAK MEOW MEOW .. HEHE

TENGOK SINI LAK .. SAMA KAN .. 

GUD JOB KAKAK ..

TRIMASS SKALIK LAGIK ..

16 December 2013

WEDDING AKMA & AZRUL

Assalamualaikum ..

Harini .. eh silap .. malam ni .. aku nak ceritakan wedding my BFF daripada kecik sampai aku kecik tak besar-besar .. hikhik .. 

Alhamdulillah .. my BFF melangsungkan perkahwinan mereka pada 11.12.13 .. (auuwwww .. sweet sangat-sangat kan tarikh tu) .. Sebenarnya .. aku nak gak ada something2 dengan tarikh tu .. tapi tak dapet den nak tunaikan . hakhak .. no money no majlis ma .. uhuk .. (SIAN)

Tahniah shima .. long tumpang hepi meloncat-loncat atas kebahagiaan kamu berdua .. akhirnya .. salah sorang dari BFF aku dari kecik sampai aku masih kecik dan disunting orang ..

Aku ? aku ? aku ? errrr .. bialah blog sahaja yang menyampaikan .. mihmihmih ..

Ni haaa . ada sedikit santapan gambar untuk kalian2 semua makan tengok .. Sila tengok dalam keadaan teruja dan gumbira atas kegembiraan orang lain .. 




























MA .. SEMOGA BAHAGIA HINGGA KE AKHIR HAYAT .. IN SHA ALLAH .. AMIN 
AKU SAYANG KO SAMPAI BEBILE BEBILE .. IHIK .. TOUCHING .. BILE KAWAN DAH DI AMBIL ORANG ..

CANTIK SANGAT2 KAWAN AKU NI .. 


JOM JADI FOLLOWER KE 1988 DAN 1990

Assalamualaikum ..

Uit uit .. ni bukan SEGMEN atau GA taw taw .. tapi ni saja nak bagi GIFT untuk follower ke 1988 dan 1990 .. 

Eh .. kenapa pulak mesti FOLLOWER ke 1988 dan 1990 je ? sebab .. 

Haaa .. sebabnye .. 1988 tu tahun lahirnya AHMAD FAHMI dan 1990 tu tahun lahirnya WAN NAJIHAH KARIMAH .. 

Eh ? sapa pulak tuan punya nama-nama tu ? 

Hikhik .. nama-nama tu adalah owners BLOG SETIAP DETIK CERITA TENTANG KITA .. 

So .. untuk sesiapa yang jadi atau follow atau terfollow atau terpaksa follow blog ni .. dan no dia adalah 1988 dan 1990 .. sila snap-snap pic untuk tuntut adiah .. hikhik .. 

SEKIAN 

detail .. hantar ke DEDEQ DE WISHES ... (Nama , Alamat , No tel) 

15 December 2013

Mayat pelajar PSMZA timbul di permukaan air

Mayat Muhammad Hanif timbul jam 7.40 pagi semalam selepas hampir 24 jam dia dilaporkan hilang ketika mandi bersama rakan di Pantai Teluk Bidara pagi kelmarin.

DUNGUN – “Hanif, mak datang, timbul Hanif, timbul Hanif,” seru Tuminah Taib, 54, sebelum mayat anak lelakinya, Muhammad Hanif Jainuri, 18, timbul di permukaan laut selepas hilang dalam tragedi lemas berdekatan Gua Teluk Bidara, dekat sini pagi kelmarin.


Usaha mencari mangsa oleh pasukan penyelamat sejak jam 9.30 pagi kelmarin menemui jalan buntu susulan ombak besar dan arus kuat di pantai berdekatan gua itu, namun mangsa seolah-olah 'menunggu' kehadiran ibunya apabila ia tiba-tiba timbul jam 7.50 pagi semalam sebaik ibunya tiba di lokasi kejadian.

Menurut Tuminah, dia menerima berita sedih itu ketika berada di tempat kerjanya di Senggerang Johor, kira-kira jam 2 petang pada hari kejadian dan bertolak ke Dungun pada sebelah malamnya.

Katanya, pada malam Jumaat, sebelum kejadian menimpa mangsa, dia bermimpi jatuh dalam gaung yang dalam berdekatan sebuah bukit, namun tidak mengesyaki apa-apa petanda buruk dan beranggapan ia hanya mainan tidur.

Terima ketentuan Tuhan

Menurutnya, ketika dalam perjalanan sebelum tiba di Dungun, dia hanya berdoa agar mayat anaknya segera ditemui dan sebaik sampai di bandar Dungun kira-kira jam 4.30 pagi semalam, Tuminah terus pergi ke tempat kejadian bagi mengetahui nasib anaknya.

“Mak cik berdiri di tepi pantai, jerit namanya beberapa kali, naluri ibu dapat rasa dia ada di sini nak jumpa makcik.

“Ia benar-benar berlaku, doa makcik dimakbulkan tuhan. Seketika kemudian, mayat Hanif timbul dan berjaya ditemui,” katanya.

Tuminah menganggap kejadian itu adalah ketentuan Tuhan. Hanif timbul selepas hampir 24 jam di tempat dia hilang ketika mandi bersama tiga rakan baiknya termasuk seorang daripadanya, Ahmad Shukrie Eiman Romainor yang turut menjadi korban dalam tragedi hujung minggu itu.

Kakak arwah, Hasnah Ahmad Apandi, 31 yang ditemui di Unit Forensik Hospital Dungun berkata, beberapa hari sebelum tragedi, adik lelakinya itu menghubungi ibunya dan sempat bercakap dengan seorang lagi adik lelaki bongsu.

Dalam perbualan itu, arwah sempat meminta maaf kerana dia akan bertolak ke Tanah Suci Makkah untuk menunaikan umrah.

“Saya tak sangka dia akan pergi begitu cepat. Saya redha dan mendoakan kesejahteraan rohnya,” katanya.

Jenazah pelajar semester dua diploma kejuruteraan automatif PSMZA itu dibawa pulang ke kampung halamannya di Kampung Parit Sri Dalam, Senggerang Johor.

Dalam kejadian di Pantai Teluk Bidara kira-kira jam 9.30 pagi semalam, Muhammad Hanif Jainuri, 18 dan Ahmad Shukrie Eiman Romainor, 18, menjadi korban pantai selepas dibawa arus ombak ketika mandi bersama 11 lagi rakan sekolej.

Seorang lagi mangsa, Muammar Farhan Beig Shamsuri, 18, terselamat selepas berhempas pulas mengheret Shukrie ke tepi, namun Hanif yang turut lemas bersamanya gagal diselamatkan berikutan arus ombak terlalu deras.

14 December 2013

USTAZ , MU TUNGGU AKU DATANG FULL MOVIE


Assalamualaikum 

Fuh fuh .. akhirnya dapat jugak cari cerita USTAZ , MU TUNGGU AKU DATANG .. 

Nak gi tengok kat wayang .. jauh .. alahai .. nasib nasib ..


SINOPSIS

Dadu adalah seorang lelaki muda yang tidak mempunyai hala tuju dalam kehidupan, sering dibuang kerja kerana sikap puas hati beliau. Dadu tinggal bersama Muiz, yang menganggur dan bergantung sepenuhnya pada Dadu untuk hidup. Mereka berdua akhirnya menganggur, usik dan dilemparkan keluar dari rumah mereka kerana mereka tidak dapat membayar sewa. Hamzah, sepupu Dadu tiba-tiba muncul dan panduan kepada kedua-dua mereka untuk kembali kepada Allah. Hamzah menunjukkan mereka CD Ustaz Azhar Idrus ceramah. Dadu dan Muiz kagum dengan Ustaz Azhar Idrus. Mereka percaya mereka juga boleh berubah kerana Hamzah adalah jumpelang sebelum dia menjadi setia kepada Islam dan Allah. Kemudian, Dadu dan Muiz berazam untuk berubah dan menjadi lelaki yang lebih baik. Mereka juga memutuskan untuk melihat Ustaz Azhar Idrus sendiri dan mendengar ceramah tersebut hidup. Sepanjang perjalanan, Dadu dan Muiz menghadapi banyak masalah dan musibah sehingga kedua-dua mereka ditahan oleh pihak polis, dua kali!

Sapa-sapa yang belom tengok lagi .. ada link kat bawah ..

JOM tengok cerita