Showing posts with label GAMBAR. Show all posts
Showing posts with label GAMBAR. Show all posts

3 December 2013

kanak-kanak suriah di bom

Paul walker mati kecoh sedunia.. walaupon dia mati dalam kekafiran..masing2 umat islam sebut RIP .. apa kelebihan menyebut RIP terhadap org kafir ?? 

ini gambar kanak-kanak suriah di bom

umat islam di tindas masing2 berdiamkan diri

Allahumma sholli a'la sayyidina Muhammad.



AL-FATIHAH

8 November 2013

TRAGEDI HIGHLAND TOWER

Sebelum kejadian 
Highland Tower merupakan apartment 3 blok yang dibina sekitar 1975 hingga 1978 yang terletak di Taman Hillview, Ulu Klang, Selangor. Pembinaan apartmen ini sendiri merupakan satu pencabulan terhadap Akta Pemuliharaan Tanah dan Akta Kualiti Alam Sekeliling kerana pembinaan bangunan di kawasan lereng bukit dengan kecerunan lebih 18 darjah yang merupakan kawasan sensitif alam sekitar. 

Walau bagaimanapun, mungkin Highland Tower tidak akan roboh menyembah bumi sekiranya pembinaan perumahan Bukit Antarabangsa di belakangnya tidak berlaku. Bukit Antarabangsa dibina pada tahun 1991 sebagai perumahan elit yang mengakibatkan penebangan pokok-pokok di kawasan sekitar yang mendedahkan bukit itu kepada tanah runtuh. 

Tambahan pula, East Creek iaitu sungai yang mengalirkan air dari bukit di Highland Tower telah dikambus dan digantikan dengan paip. Paip tersebut menjadi tersumbat daripada batu dan kayu daripada tapak pembinaan Bukit Antarabangsa mengakibatkannya pecah. 

Hujan lebat selama 10 hari mengakibatkan paip tersebut tidak dapat menampung jumlah air yang melampau disertai lumpur, batu dan tanah. Sebelum kejadian, dikatakan tanda-tanda retakan dan air mengalir daripada tembok penahan di belakang apartment tersebut telahpun diperhatikan, dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya mengeluarkan notis berpindah kepada penghuni Blok 2 dan 3, namun mereka memohon perintah Mahkamah Shah Alam untuk mengenepikan notis tersebut (nampak dak angkuh tak angkuh penduduk dekat situ). Selain itu, jalanraya di sekitar blok tersebut juga telah merekah akibat gelinciran. 

Kandungan air yang melampau dalam tanah menyebabkan tanah bertukar menjadi lumpur, mengakibatkan strukturnya menjadi lemah. 

Lumpur tersebut akhirnya menolak tembok penahan di belakang blok 1 sehingga pecah, dan kemudiannya menolak dasar bangunan blok 1sehingga tumbang. Dikatakan berat lumpur ketika itu bersamaan dengan berat 200 kapal terbang Boeing 747. 

Runtuhnya Highland Tower 
Pada pukul 1.35 pm 11 Disember 1993, blok 1 apartment Highland Tower roboh menyembah bumi. Seorang bekas juruterbang Marin Amerika yang sedang bercuti di Malaysia dan menginap di rumah rakannya di Blok C Highland Tower, Bruce Aaron Mitchell (49), berjaya merakamkan gambar turutan kejadian tersebut daripada mula robohnya blok tersebut sehingga tumbang menimpa bumi. 

HighlandTower05
  
Disebabkan kejadian berlaku pada hari Sabtu, kebanyakan penduduk tidak berada di rumah. Pasukan penyelamat tiba dari unit FRU, Persatuan Palang Merah, DBKL dan dari pasukan polis dan tentera untuk menyelamatkan mangsa. 

Pada mulanya, mereka terlihat batang penyapu yang ditonjol-tonjol keluar membawa kepada penemuan pembantu rumah warga Indonesia, Umi Rashidah Khoruman, 22, dan anaknya Nur Hamidah Najib, 1 tahun 6 bulan. Selepas itu, Shizue Nakajima, 50, seorang penduduk warga Jepun juga berjaya diselamatkan namun malangnya meninggal dunia akibat kecederaannya di hospital pada malam yang sama. 

Bukit Antarabangsa Highland Tower 1993

Yang menyedihkan, hanya 3 mangsa saja yang berjaya dibawa keluar hidup-hidup, dan pada hari pertama sahaja. Hari-hari berikutnya, langsung tiada mangsa yang dibawa keluar. 

Tun Mahathir Mohamad yang ketika itu Perdana Menteri Malaysia, merayu kepada masyarakat antarabangsa untuk membantu Malaysia kerana ketiadaan pasukan khas untuk bencana seperti ini. Pasukan keselamatan ketika itu bingung kerana tidak mengetahui apakah prosedur yang perlu mereka lakukan untuk misi menyelamat. 

Pasukan penyelamat dari Singapura, Jepun dan Perancis datang menghulurkan bantuan bersama teknologi mereka yang lebih canggih. Yang menyedihkan, mereka mendengar bunyi ketukan sehingga hari ke-8 kejadian, namun tidak dapat memastikan daripada mana punca bunyi tersebut, menyebabkan mereka tidak dapat berbuat apa-apa. 

Sebaik sahaja bunyi tersebut tdak lagi kedengaran, mereka membuat keputusan tiada mangsa yang masih hidup. Dengan itu, jentera-jentera berat mula menggali dan mengorek runtuhan bangunan untuk mencari mayat. Setiap kali terlihat mayat manusia, mereka berhenti menggunakan jentera dan menggunakan tangan untuk mengangkat mayat tersebut.

Antara mangsa yang meninggal dunia ialah anak Tun Musa Hitam, bekas Timbalan Perdana Menteri iaitu Carlos Abdul Rashid bersama isterinya. Bau busuk mula mencucuk hidung. Terdapat mayat yang dijumpai tangannya, tengkorak yang pecah, cebisan daging berselerakan dan mayat yang berpelukan.

mangsa-tragedi-highland-tower-1
Selepas kejadian 
Kesemua mangsa yang meninggal dunia seramai 49 orang. Penghuni Blok 2 dan Blok 3 memfailkan saman kepada 10 pihak dengan menggunakan bukti bergambar daripada Bruce Aaron Mitchell, dan 10 pihak tersebut termasuk Majlis Perbandaran Ampang Jaya dan pihak pemaju. Berdasarkan keputusan mahkamah, majlis perbandaran dilindungi daripada tindakan undang-undang kerana Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974. Akhirnya, kes ini diselesaikan di luar mahkamah apabila AmFinance (pemilik AmBank, pemilik hartanah) bersetuju membayar RM52 juta kepada plaintiff. 




4 November 2013

ENTRY BERGAMBAR | KL PUNYER CERITA

Assalamualaikum 


28.10.13 adalah hari yang aku tak tidor . hahaha . penat woo .. tapi hepi sebab ? sebab pertama dapat amik diploma yang setahun setengah asyik tertangguh je nak ambil dan yang kedua .. dapat DATE dengan blogger emas putih .. hehe . akhirnya .. dapat jugak jumpa dan bergambar dengan blogger femes .. 

kul 4 lebih pagi sampai kat hentian putra .. lepas je mandi dan setle kan semua .. tak tahu nak pergi tidor kat mana .. last-last pergi tidor kat foodcourt hentian bas tu . haha .. teruk tol .. tapi tak dapat tidor sebab risau orang marah tidor tempat makan . kuikui ..

kul 7 lebih dah gerak datang kolej untuk ambil DIPLOMA .. sampai-sampai je .. madam tak datang lagi .. tanya guard .. kul 9 pagi baru masuk .. amik kau . pusing punya pusing .. naik turun naik turun .. fuh penat oii .. hahah . pengalaman yang tak dapat dilupakan ..

kul 9 lebih .. lepas setle urus pasal diploma .. terus ke TIMESQUARE untuk date dengan blogger EMAS PUTIH a.k.a UZU .. masa nak pergi ke timesquare .. boleh pulak aku sesat nak naik ulat .. huwaaa .. nampak sangat kan da lama tinggal KL . hahaha .. 

JENG JENG JENG .. taraaaa .. setelah sesat beberapa kali .. akhirnya .. dapat gak jumpa dengan blogger femes ni .. segan sebenarnya nak jumpa blogger femes .. 

ini aku dan UZU .. same tinggi je kami .. haha







DAN pukul 5 petang .. lepas penat pusing-pusing timesquare .. uzu ajak pergi rest kat HOTEL dan . aku yang dah memang penat ni . follow la . hoho .. kul 7 malam dah gerak ke HENTIAN putra balik untuk balik .. hehe .. kul 9 lebih bas dah sampai dan gerak BALIK .. sekian KL punyer cerita . kohkoh .

sebenarnya .. sebelum naik KL .. ada jugak aku duk usha-usha baju kat laman Zalora Malaysia sebab nak pakai masa di KL .. semua cantik-cantik tapi tak sempat nak beli .. esok nak naik KL .. harini baru duk kalot nak cari baju .. haha .. jadi .. pakai la baju yang tak berapa nak cantek tu .. in shaa ALLAH .. akan beli dalam minggu depan .. hoho ..

* kepenatan betol bila pergi kl balik hari .. haha . krem kaki-kaki dan habis bengkak-bengkak .. tak sempat nak rehat lepas tawaf timesquare 7 kali .. lepas ni ambil pengajaran .. pergi kl wajib tidor dulu kat sana baru balik kampung balik .. hahahaha .. SEKIAN wassalam

19 October 2013

ENTRY BERGAMBAR | KEBAHAGIAAN MILIK KAMI


Assalamualaikum .. 

Waaa .. lamanya tak luang masa kat DIARI ni .. 
Err .. nak bercerita pun dah rasa janggal .. (ecewah .. poyo) haha
..................................
Semalam aku keluar DATE .. haha .. date untuk gi cari dan intai-intai barang gubahan .. ecewah .. poyo lagi sekali .. haha .. majlisnya banyak bulan lagi tapi dah pergi intai-intai barang kan .. gedik .. haha .. Sambil-sambil tu pergi tengok baby "BECKHAM" .. hencem .. rambut da pacak-pacak bila keluar dari perot ... hoho .. dan lagi .. on the way nak balik dari tengok baby "BECKHAM" tu .. pergi pantai dengan SI MAMAT tapi terserempak dengan pamily aku .. so apa lagi .. JOIN sama la .. haha ..

Tak nak cakap pape .. Tengok gambar kat bawah je la eh .. betapa bahagianya aku dengan mereka-mereka yang tersayang .. Alhamdulillah .. 













thanx a lot SI MAMAT sebab sudi bawak SEMEK keluar .. dan thanx jugak sebab jadi driver tuk pegi situ dan sini .. ikut je gelagat SEMEK dia ni . haha

* THEME tunang kaler grey .. (fuh .. susah nak cari barang kaler grey .. haha)



11 January 2013

ENTRY BERGAMBAR | KUALA TERENGGANU

JUSCO (PIZZA HUT)














GUARDIAN




 TUTTY FRUTY
























pasar payang


ada 12 ekor penyu untuk para blogger .. siapakah yang bertuah itu .. toing toing .. hikhik
p/s : penat woarghhh .. balik dalam hujan .. sobsob

2 January 2013

NAK PANGGIL APA NEH ?


27 October 2012

ENTRY BERGAMBAR | BERAYA DI MASJID TERAPUNG

assalamualaikum .. 

SELAMAT HARI RAYA KORBAN korung ..

banyak dapat daging ? ada yang ambil bahagian ? banyak makan daging ? hehe .. 
yang banyak makan daging tu .. hati-hati tau .. nanti HYPERTENSION pula .. 

raya haji ni selain pergi ikut mama papa ayah mak datuk nenek pergi tengok orang sembelih .. selain pergi ziarah sanak saudara .. apa lagi aktiviti korung ? aku cuma pergi ke MASJID TERAPUNG je .. sambil-sambil pergi ke seberang takirkan .. asalnya nak pergi MASJID KRISTAL .. tapi tutup pula untuk 2 hari .. haha .. 

ni haa picha aku dan pamily .. selamat menengok ok .. hoho ..



















p/s : 8 perempuan dan 2 lelaki .. 1 lelaki arwah masa umur 9 tahun .. sangat rindukan ARWAH WAN MUHAMMAD FIRDAUS WAN MOHD NOOR .. AL-FATIHAH ..