Showing posts with label RENUNG DALAM-DALAM. Show all posts
Showing posts with label RENUNG DALAM-DALAM. Show all posts

12 February 2014

KUCING DENGAN DAGING

Al-Imam ar-Rafi'e rahimahullah pernah berkata : 

" Kalaulah aku menjadi Qadhi, dan berlaku kes seorang lelaki telah meraba atau melakukan pencabulan terhadap seorang wanita.

Jika aku dapati wanita tersebut adalah seorang yang suka berhias berlebihan dan tidak menutup auratnya ( bertabarruj) ketika di luar rumah.

Maka aku akan menjatuhkan hukuman juga terhadap perempuan tersebut kerana DUA kesalahan yang dia sendiri lakukan :

Pertama : Kerana dia telah menyebabkan seseorang lelaki itu tercalar kekuatan imannya (disebabkan pakaian menjolok mata wanita itu)

Kedua : Kerana wanita itu sendiri adalah seorang yang bodoh .

Daging jika ditayang di depan kucing yang lapar, apa pandanganmu jika daging itu di'curi' oleh 'kucing' tersebut???"


SUMBER - FESBOOK

ISLAM ITU INDAH

Seorg gadis yg terlalu cantik hendak bernikah tp dia xnak couple-couple nih, tambahan lak dia mahukan sorg suami yg ultra warak. so dia pun buat hebahan yg dia sudi menerima sesiapa je yg ingin menikahinya dgn syarat

1) lelaki tu kena puasa sepanjang tahun
2) lelaki itu kena khatam al Quran setiap hari
3) lelaki itu kena beribadah sepanjang malam setiap hari

Takda sorg pun laki sanggup nak terima ketiga2 syarat tu kecuali seorg jejaka yang sederhana perwatakan dan penampilannya. Akhirnya bernikahlah si jelita itu dgn lelaki tersebut.

Sepanjang perkahwinan depa, pempuan tu perati jejaka tu.

"Eh...x puasa pulak laki aku hari ni. Camne nak puasa setahun?"
"Hmm..aku x nampak pun dia baca Quran hari ni..."
"X nampak pun laki aku bangun malam pagi ni. Dia x solat malam ke?"

Selepas sebulan akhirnya pempuan tu x tahan dah. Dia bajet jejaka tu menipu dia. Dia pun memohon cerai kat mahkamah sambil menyatakan alasan "ditipu oleh suaminya"

"Masa nak nikah dulu dia poyo je setuju syarat yg saya letak. Dah kawin langsung x tunaikan. Penipu!" Rungut si pempuan pada hakim.
Hakim pun tanya kpd jejaka tu, "kamu ingat apa syarat2 nikah yg isteri kamu letakkan?"

"Ingat, yang arif. Puasa sepanjang tahun, solat malam non stop setiap hari, khatam Quran setiap hari.." Jawab jejaka muda dengan nada lembut.
Hakim bertanya lagi. "Habis tu kamu buat x?"

pemuda tu selamba jawab, "buat."

Hakim menjerkah, "Isteri kamu kata kamu x buat. Mcm mana ni?"
Pemuda itu xnak mengalah. "Sungguh sy buat yang arif. Takkan la saya nak tulis report card kot bgtau saya buat apa hari ni? Kang riak la pulak."
Hakim x puas hati, "baik. Hari ni kamu puasa x?"

"Tak."

Hakim terus potong ayat, "hah! Kamu x puasa hari ni, habis mcm mana kamu kata kamu puasa sepanjang tahun?"

Pemuda itu selamba menjawab, " Rasulullah telah bersabda sekiranya seorg itu menunaikan puasa ramadhan sebulan dan kemudiannya menyambung dgn puasa sunat syawal 6 hari, maka seolah2 dia telah berpuasa sepanjang tahun. Saya puasa ramadhan dan puasa 6 setiap tahun, jd saya seolah2 berpuasa sepanjang tahun."

Hakim tu tersentak. "Habis tu mcm mana kamu khatam al Quran setiap hari? Saya nak baca 3 mukasurat sehari pun susah nak cari masa.
Pemuda itu terus menjawab, "saya baca Surah al ikhlas 3 kali setiap kali saya ingin tidur. Rasulullah bersabda sesiapa yg membaca surah al ikhlas 3 kali maka seolah2nya dia telah membaca keseluruhan al Quran." sambil buat senyuman lebar kpd hakim.

Hakim itu makin tergamam. "Solat malam pulak, bagaimana kamu buat?"
Pemuda itu sekali lagi senyum. "Saya solat isyak dan solat subuh berjemaah. Rasulullah bersabda, barangsiapa yg berjemaah pada waktu isyak dan subuh maka seolah2nya dia telah beribadah sepanjang malam"
dia terus menyambung, "islam itu indah, yang arif. Tetapi kita selalu mengukur kewarakan dan kealiman seseorg itu berdasarkan banyaknya amalan seseorg itu yg dizahirkan sedangkan Allah mementingkan kualiti berbanding kuantiti. Kita cuma diberikan Allah 24 jam sehari semalam, maka pandai2lah kita bahagikan masa selaku manusia yg menghidupkan dunia serta mencari akhirat. Bukankah mencapai kejayaan di dunia juga merupakan ibadah, dan apa gunanya jika melakukan ibadah tanpa istiqamah, semua itu hanya sia-sia.
Hakim terangguk2 lalu memerintahkan si isteri bangun. "Awk sepatutnya beruntung. Awk telah dinikahi oleh seorg lelaki yg bukan sahaja amat warak tetapi amat berilmu. Dengan ini saya isytiharkan kes ini dibatalkan..."

Si isteri terus meminta maaf kepada suaminya, dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi. .

SUMBER : FESBOOK


28 November 2013

Statement 'kubur masing-masing'

Statement 'kubur masing-masing' antara alasan tipikal yang kerap diguna pakai oleh mereka yang sangat-sangat ego dan bongkak untuk menerima teguran atas kejahilan yang mereka lakukan. Berikut adalah 10 contoh ayat makan dalam yang boleh dipraktikkan ke atas golongan macam ni. Memanglah Kubur Masing-Masing. 

TAPI.... 

1. Mati nanti, kau mandi sendiri, kafan sendiri, solat jenazah sendiri. Kubur pun kau gali sendiri, tanam sendiri. 

2. Sebab kubur masing-masing la aku nak nasihat kau. Kalau kita sekubur, boleh jugak aku tolong jawab bila Malaikat soal. Kalau nak kena balun, boleh aku tolong cover kau. 

3. Aku takut orang tak nak datang baca Yassin nanti sebab tak tahan bau busuk jenazah kau. Nak ziarah atau cium jenazah kau pun tak sanggup sebab berulat.

4. Aku tak nak dapat dosa sebab tak tegur kau. Tak naklah teman kau kat neraka tu. Takde air-cond. 

5. Pastikan kau tulis wasiat supaya kubur kau ditanam di tanah perkuburan khas untuk kau sorang je. Sebab takut orang lain dalam kubur sebelah rasa terganggu sebab asyik dengar suara kau terpekik terlolong kena siksa. 

6. Bukan setakat kubur. Rumah pun orang duduk asing-asing. Tapi kalau kau buat bising, rumah kau busuk, kotor, kau ingat jiran sebelah suka? 

7. Kau ingat dalam kubur tu macam hotel ke boleh santai-santai walaupun buat dosa? Dengan sempitnya, ular, kala jengking dan macam-macam lagi azab siksa kubur. 

8. Kesianlah kat orang yang nak usung jenazah kau tu. Patah tulang bahu diorang nanti sebab mayat kau berat sangat. Tak pasal-pasal nanti nak kena sewa kereta kebal pulak usung mayat kau. 

9. Kau yakin ke mati nanti kau masuk kubur? Aku takut tanah tak nak terima jenazah kau je. Orang lain jugak susah nak kena ke laut semata-mata nak campak mayat kau tu. 

10. Aku nak tolong kau kat dunia ni sebab bila dah masuk kubur tak boleh nak tolong dah. Sebab semua orang akan buat hal masing-masing. Hinggakan, walau kita semua bertelanjang bulat kat padang mahsyar nanti, takdenye ada orang nak peduli tengok kau punya. 

p/s : Buat golongan yang suka bagi alasan kubur masing-masing tu, insaflah. Jangan dibuat main dengan siksa kubur. Apatah lagi azab neraka kelak. Jangan berlagak tak kena tempat bila ditegur. Memang kubur masing-masing. Tapi jangan menyusahkan orang lain yang nak menguruskan jenazah kau sebelum dibawa masuk ke kubur masing- masing kau tu.
 




26 January 2013

HAKIKAT INSAN

Assalamualaikum..Wbt..

Sebut sahaja tentang “ Hakikat Insan” berapa ramai pula diantara kita pada hari ini yang mengetahui tentang hakikat insan..? Begitu banyak tulisan-tulisan menarik dan hebat-hebat di blog-blog dan tak kurang juga website peribadi menulis atau membicarakan tentang hakikat insan…tetapi berapa ramai pula orang-orang yang hebat yang mengambil pelajaran atau erti hakikat insan ini..? Sesungguhnya yang menulis tetap terus menulis dan yang membaca tetap juga terus membaca..namun jika hanya sekadar baca sahaja tidak pula mengambil erti, itu hanya perbuatan sia-sia sahaja.
Pada membicarakan tentang hakikat insan ini marilah kita kaji atau renungi sedikit untuk apakah kita ini daripada tiada kemudian diadakan..? Apakah hanya sia-sia..?  Lihat pula pada firman Allahu Ta’ala ini yang berbunyi :-

( Afa hasibhtum annama kholaqnaakum ‘abasha, wa annakum ilaina la turjau’un, Maka apakah patut kamu mengira Kami hanya menciptakan kamu ( dari tiada kepada ada ) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu..? Dan kamu ( Menyangka pula ) tidak akan di kembalikan kepada Kami )

Ayat diatas cukup menerangkan kepada kita bahawa kita ini bukan dijadikan hanya sia-sia, sudah tentu ada tujuan dan maksudnya, apakah maksudnya dan tujuannya..? Sudah tentu untuk memperkenalkan diriNya. Sepert firman Allahu Ta’ala yang berbunyi:- ( Aku suka untuk memperkenalkan diriKu ). Siapakah yang bertanggungjawab mengenalnya..? Sudah tentu kitalah yang bertanggungjawab mengenalnya, tapi bagaimana..? Bolehkah kita mengenalinya..? ( Man arofa nafsahu faqod arofa robbahu, barangsiapa kenal diri maka kenal lah Tuhannya ).

( Al insanul sirruhu wa ana sirruhu, manusia itu adalah rahsiaKu dan Aku adalah rahsianya ). Sesungguhnya kita semua ini adalah rahsia ke”Wujudan “ Allah, dan bagi untuk menyatakan kewujudannya maka terlebih dahulu di tajallikan dirinya kepada “ Nur Muhammad “ yakni sifat bagi Zat, ( untuk membincangkan tentang Hakikat Muhammad ini memerlukan penjelasan yang agak panjang ), tapi disini saya tidak berhasrat untuk menjelaskan kesemuanya kerana sudah banyak  penjelasan tentang hakikat Muhammad ini di blog-blog yang lain terutama di blog Jalan Akhirat.  Kemudian di tajallikan pula ke alam “ Ruh “ seterusnya sampailah ke alam insan ( Manusia ). Nah! Inilah tanggungjawab yang dipikul oleh makhluk yang bernama insan ( Insan Kamil )untuk mengenali penciptanya, tetapi..ada tapinya..apakah makhluk yang bernama insan ini benar-benar boleh mengenal penciptanya..? Apakah bisa sampai kepada Tuhannya..? Tapi bagaimana..?

Bagaimana pula dengan firman Allahu Ta’ala ini..? ( Man ‘arofa nafsahu faqod ‘arofa Robbahu, barangsiapa kenal dirinya maka kenal-lah Tuhan-nya ). Kenal diri sebenar diri, bukan diri yang fana’ atau yang hancur binasa, kenal asal muasal dari mana kita datang maka ke situlah tempat kembali kita. Kenal diri yang mana..? Adanya kita sudah tentu adanya pencipta, berdirinya kita sudah tentu ada yang mendirikan,  melihatnya kita sudah tentu ada yang memberi penglihatan, tapi siapakah dia..? Adakah Allah..? Kalau Allah..mana dia..? Ada nama sudah tentu ada tuan-nya, tapi adakah dengan menyebut Allah itu sudah bererti itu tuan-nya..? Tidak..itu hanya nama yakni (makna ) pada Zat-nya, apakah manusia boleh mengenal  Zat-nya..? Jawapan-nya tidak..hanya Allah yang boleh mengenal Allah yakni dirinya sendirilah yang boleh mengenal  dirinya.

Tetapi mengapa manusia di per tanggungjawab kan untuk memikul rahsianya..? Kerana manusialah yang sanggup menjadi khalifah di muka bumi ini dan menanggung rahsia Allah S.W.T. Demi untuk memperkenalkan dirinya maka di tajallikan dirinya kepada sifatnya..yakni ”  Nur Muhammad “, nur Muhammad ( Sifatullah )inilah yang menanggung perbuatan Zat, tetapi itu tidak bereti perilaku zat Allah, janganlah terus di anggap bahawa apakah Allah seperti kita..?  Tidak, maksud menanggung perbuatan zat itu ialah setiap perilaku sifat muhammad itu adalah kekuasaan Allah semata-mata, kemudian di tajallikan pula ke alam insan yakni  alam zahir, Adam a.s ( afa’alullah ), diri yang zahir ini pula menanggung perbuatan qodim iaitu sifatullah ( Nur Muhammad ) semata-mata hanya untuk menyatakan dirinya wujud yang hakiki. Perilaku diri yang zahir inilah yang banyak  menampakkan kekuasaan Allah, wajah Allah.

Sabda baginda S.A.W yang berbunyi: “ Kemana sahaja kamu hadapkan mukamu disitu kamu akan lihat wajah Allah “, apakah dengan melihat wajah orang lain itu sudah bererti nampak wajah Allah..? Tidak..” Syuhudun wahid fi kasrath, lihatlah diri yang satu (Esa) kedalam yang banyak “, kemudian “ Syuhudun kasrath fi wahid, lihatlah diri yang banyak itu kedalam diri yang satu (Esa). Inilah yang dikatakan wajah-wajah Allah, melihat kebesaran dan keagungan Allah disebalik wajah-wajah yang mulia lagi suci.

Maka inilah yang dikatakan “ Al insanul sirruhu wa ana sirruhu, manusia itu adalah rahsiaKu dan Aku adalah rahsianya “   rahsia kewujudan-nya dengan maujudnya manusia yang zahir ini lagi bakal hancur dan binasa, yang kekal hanya Allah semata-mata. Hakikat manusia yang sebenar ialah diri yang qodim itu ( batin ), barangsiapa sudah mencapai martabat ini maka ia sudah menjelajahi alam Akhirat yakni ( Kekal ) dalam baqa’ billah. Tetapi, apakah ini yang di cari..?

Bukan ini yang kita mahukan..akan tetapi diri empunya diri yang tiada binasa tiada hancur dan tiada, tiada, tiada…bahkan ia bersembunyi di dalam nyata, bahkan rahsia yang di pikul tiada terbeban rasa di pikul, rahsia yang di kandung tiada rasa ia di kandung. Untuk mencapai martabat ini carilah guru “ Mursyid “ lagi ‘alim dengan pengetahuan-nya, kemudian carilah pula guru sebenar “ Guru “ baru bisa sampai kepadanya. Sekian wassalam…..

21 January 2013

Sejenak merenung sifat-sifat Rasulullah SAW menjelang Maulidur Rasul

MINGGU ini umat Islam akan menyambut Maulidur Rasul, hari memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW. 

Sekali lagi, meriahlah seluruh surau dan masjid dengan sambutan yang pelbagai termasuk ceramah, forum dan perarakan. Sambutan ini bukan sekadar untuk mengingati keputeraan baginda semata-mata sebaliknya apa yang lebih penting ialah mengingatkan kembali umat Islam kepada ajaran Rasulullah dan perjuangannya. Pada masa yang sama berusaha mengikuti segala akhlak dan ajaran Nabi Muhammad SAW. 

Sama-samalah kita menghayati sambutan kali ini yang jatuh pada hari Khamis, 24 Januari 2013 bersamaan 12 Rabiulawal 1434

19 January 2013

LA ILA-HA ILLALLAH

Kenapa ke dua-dua bibir kita (atas dan bawah) tidak bergerak sewaktu kita mengucapkan Kalimah Syahadah LA ILA-HA ILLALLAH?

Ha, cuba try sebut LA ILA-HA ILLALLAH...Kedua-dua bibir kita tak bergerakan? betul tak? ^^

Kenapa dan mengapa??

Jawapannya: Itulah Rahmat Allah yang amat besar ke atas hamba-hambaNya...

Ini kerana seseorang yang didatangi Sakaratul Maut (Nazak), dia sudah tidak berdaya lagi menggerakkan seluruhnya tubuhnya kecuali LIDAH nya sahaja.. Maha Suci Allah..

3 January 2013

MANUSIA YANG BERAKAL

manusia yang berakal adalah manusia yang suka menerima dan meminta nasihat ..

- saidina umar bin al-khatab -

23 December 2012

INGAT INI

Bila dirundung duka .. ingat pesan Allah .. LA TAHZAN (Jangan bersedih Dia ada) Bila kembali ceria .. ingat kata-kata ini 'LA TAGHTAR' (Jangan terbuai, Dia mungkin masih menduga) ..

11 November 2012

SIRAT MUSTAQIM


[pesanan awal - Gambar di atas adalah bukan sama sekali dengan gambaran sebenar syurga dan neraka l ianya adalah bertujuan untuk menampakan gambaran kasar buat yang kurang faham terhadap penjelasan ] waallahualam

Perihal Sirat Mustaqim.


Perjalanan semua manusia di atas Sirat Mustaqim adalah berbagai diantaranya ialah :

1) Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat sepantas kilat.

2)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti tiupan angin.

3)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti burung terbang.

4)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti kelajuan kuda lumba.

5)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat sepantas lelaki perkasa.

6)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat sepantas binatang peliharaan.

7)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat dalam tempoh sehari semalam.

8)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama satu bulan.

9)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama bertahun-tahun.

10)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama 25 ribu tahun.

Semua kiraan masa adalah mengikut kiraan masa dunia.

p/s : sama-sama kite renungkan ..

SUMBER : FESBOOOK

21 October 2012

WORDLESS SUNDAY (21 OCTOBER 2012)

♥ Semuanya BERMULA DARI HATI, kerana itulah betapa pentingnya BERSANGKA BAIK pada insan yang lain..kita TIDAK SELAMANYA BETUL dan dia TIDAK SELAMANYA SALAH..♥

p/s : renung-renungkan 

13 October 2012

MEMBERI ITU SAHAM KE SYURGA

Apabila timbul keinginan untuk memberi menjadikan seorang itu lebih kuat berusaha untuk mencari rezeki .. 

Kejayaan dalam hidup ini tidak mampu dan tidak boleh diraih seorang diri .. orang paling berjaya didunia ini ialah mereka yang membawa orang lain untuk berkongsi kejayaan bersamanya ..

Ramai diantara kita hanya memikirkan untuk memuaskan diri sendiri .. padahal tindakan itu tidak bertepatan dengan ajaran Islam .. maka , mula tingkatkan usaha kita menjadi golongan pemberi yang mampu menggembirakan hati orang lain ..

Keluarkan diri dari menjadi golongan "penadah" atau hanya menerima pemberian orang .. hakikatnya .. sifat memberi dan menerima itu bukan saja diukur dari sudut harta benda semata-mata tetapi termasuk juga ilmu , iman dan takwa ..

Sifat pemurah memberikan ketenangan kepada diri selain turut disayangi orang lain .. kita perlu sentiasa ingat .. apa yang kita miliki terdapat hak orang lain yang wajib ditunaikan ..

Ramai menganggap kejayaan yang dinikmati membuatkan mereka lebih berbahagia .. namun kehidupan yang bahagia sebenarnya bertitik tolak dengan apa yang sedang dan akan terus kita berikan ..

Sifat memberi tidak akan mengurangkan sedikit pun .. Saidina Ali berkata : "Rezeki kamu adalah apa yang kamu gunakan dan apa yang kamu belanjakan ke jalan ALLAH ..

Abu Hurairah melaporkan , Nabi Muhammad s.a.w menerangkan .. " Setiap awal pagi , dua malaikat turun ke bumi .. malaikat pertama berdoa " YA ALLAH , gantilah harta yang sudah dibelanjakan oleh orang ini ."
malaikat kedua berdoa " YA ALLAH , hancurkan harta orang yang kedekut ini ." (diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)

Pemberian kita itu pastinya akan menjadi "saham" besar buat kita di akhirat kelak .. apabila timbul keinginan untuk memberi .. menjadikan seorang itu lebih kuat berusaha untuk mencari rezeki ..

"wang ringgit , kemewahan , kesihatan , pangkat , keuntungan perniagaan , kecantikan , anak , kecerdikan dan kemahiran , kekuatan adalah rezeki daripada ALLAH s.w.t .. 

 sumber dari pakcik dan makcik google

p/s : aku ingin mencintaimu dengan sederhana .. erk ? haha .. takde kena mengena dengan ayat kat atas tu ..

* tangan memberi lebih baik daripada tangan yang menerima ..

1 October 2012

RENUNGKANLAH WAHAI KAWAN-KAWANKU SEKALIAN ..

Lidah kelu si SAAT KEMATIAN .. 


KEMATIAN pasti menjelma .. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui .. Cuba kita amati .. mengapa kebanyakan orang yang nazak , hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa , lidahya kelu , keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan melalui SAKARATUL MAUT .. 

Diriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud :
" HENDAKLAH KAMU MENDIAMKAN DIRI KETIKA AZAN , JIKA TIDAK ALLAH AKAN KELUKAN LIDAHNYA KETIKA MAUT MENGHAMPIRINYA."

Ini jelas menunjukkan , kita disarankan agar mendiamkan diri , jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang .. 

Sebagai orang islam kita wajib menghormati azan .. Banyak fadhilatnya ..

Jika lagu kebangsaan kita diajar adar berdiri tegak dan diamkan diri ... mengapa azan kita tidak boleh mendiamkan diri ? !!!!

Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan , ALLAH akan kelukan lidahnya ketika nazak ..

Kita takut dengan kelunya lidah ketika nazak .. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba ... maka kita tidak dapat mengucapkan kalimah LAILLAHAILLALLAH yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya dicabut .. ALLAH menjanjikan syurga untuknya ..

p/s : dari itu , marilah kita sama-sama menghormati azan .. dan mohon kepada ALLAH supaya lidah ini tidak kelu walaupun sedang dicabut ..
"YA ALLAH menganugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia , lancarkan lidah kami mengucap kalimah LAILLAHAILLALLAH .... semasa sakaratul maut menghampiri kami .."

AMIN AMIN AMIN YA RABBAL A'LAMIEN ..

27 September 2012

BAIK

► Kita tulis benda2 baik..Tak semestinya kita baik..
»» tapi sekurang kurangnya kita tak tulis sesuatu tak baik kan? ✔

► Kita cakap benda baik, tak semestinya kita baik..
»» tapi sekurang-kurangnya kita tak cakap perkara2 tak baik kan? ✔

► Kita buat baik, tak semestinya baik..
»» tapi sekurang-kurangnye kita tak buat benda yang tak baik kan? ✔

••► Kita bukanlah bagus sangat..tapi InsyaAllah, tak salah kita menuju dan berusaha untuk menjadi baik..Amin Ya robbal 'alamin

24 September 2012

akulah HARAPAN ..


seorang budak perempuan menyalakan empat batang lilin di dalam sebuah bilik yang gelap .. Lalu , terdengarlah lilin yang pertama bersuara : "Namaku DAMAI .. sayangnya manusia tidak mahu menjagaku .. mereka lebih suka huru-hara , mengganggu kedamaian . Lebih baik aku mati daripada terus memberikan sinar ". Lalu padamlah lilin pertama itu ..

Kemudian lilin kedua pula menyambung .. "Namaku IMAN .. sayangnya tidak ramai manusia mahu mengenaliku .. hiburan duniawi lebih berguna daripadaku .. apalah gunanya aku terus menyala". dan padamlah lilin kedua itu ..

Lilin ketiga pula menyambung perbualan .. "Namaku CINTA .. tapi manusia tidak mengganggapku berguna .. mereka saling membenci walaupun darah daging sendiri .. tiada gunanya aku terusmenyala". padamlah lilin ketiga itu ..

budak perempuan itu menangis ketakutan ..

"apakah yang telah terjadi ? mengapa hanya satu yang menyala ? aku tidak mahu begini .. aku takut kegelapan .. sebatang lilin tidak cukup untuk menerangi bilik gelap ini", ujarnya tersedu-sedu ..

melihat budak kecil itu ketakutan .. lilin keempat pun bersuara : jangan takut .. selama aku ada , kau tetap mampu menyalakan ketiga-tiga lilin tadi walaupun banyak mana ia terpadam ".

"siapakah engkau ?" tanya budak kecil itu ..

"Akulah HARAPAN .." jawab lilin keempat ..

budak itu berhenti menangis . diambilnya lilin keempat lalu di cucuhkan untuk menyalakan ketiga-tiga lilin yang mati tadi ..

bilik itu terang-benderang semula .. budak itu tersenyum ..

p/s : HARAPAN tidak pernah mati .. sebaliknya ia mengembalikan semula cahaya yang telah hilang ..

31 August 2012

: : ReNuNGaN 31 oGoS 2012 : :


adalah anda tahu ? ?