Showing posts with label PIKIR-PIKIRKAN. Show all posts
Showing posts with label PIKIR-PIKIRKAN. Show all posts

24 January 2014

Simbol 666 dan All Seeing Eye

Entry yang deq publish ni .. deq tak pasti betol tak tapi kena beringat-ingat ye ..

Terima kasih kat BLOGGER budu bilis sebab bagi tahu maksud simbol 666 tu . sebab deq pun pernah buat untuk suka-suka bila bergambar ..

Tahukah anda apa maksud disebaliknya?

The Mysterious "666"

Although it's not entirely clear, yet, what the "666" itself means, the Bible does provide many Scriptures relating to the "beast" that the number represents:

  • A "new" world economic and military superpower that will represent the final prophesied revival of the ancient "Holy Roman Empire", which has actually existed in Europe for many centuries.
  • A Satan-possessed human who will eventually become its absolute ruler, while claiming divine status (Revelation). The "beast" is a term used to describe both this human, and the great political/religious superpower that he will lead (Emperor and The Antichrist).-Antichrist disini bermaksud DAJJAL.
  • A great religious leader who will support the beast. He will perform spectacular Satan-powered "miracles" that will deceive a majority of the citizens of every nation on earth into obeying and actuallyworshiping the "beast." ( Emperors and Popes). Because of this worldwide deception, undeceived Christians in even the most strongly-defended countries will not escape persecution because, in most cases, it will not come from foreign invaders, but from fanatically-deceived "Christians" of their own nation. The deceived masses will think that they serving God while they are actually martyring His people.
  • The right and ability to buy, sell and work.
  • The personal acceptance or refusal of the "mark" of the beast.
sedarkah diantara kalian yang mengambil gambar seperti ini?


inilah contoh All Seeing Eye atau yang lebih tepat Antichrist(DAJJAL) gaya seperti ini banyak kita lihat dalam gambar-gambar atau video-video artis barat seperti contoh utama aku ialahLADY GAGA yang kini lagu-lagunya menjadi kegilaan remaja2


gaya ni bersepah- sepah aku jumpa dlm facebook. bile tengok memang mcm comel, tp LADY GAGA buat ni  ada maksud yang tersirat. simbol 6 yang diletakkan di mata adalahSATANIC SIGN.
kebanyakan video-video LADY GAGA menutup sebelah mata. ia melambangkan ANTICHRIST (dibutakan sebelah matanya)


dia seorang ILLUMINATI kepada SYAITAN. menyampaikan mesej melalui LAGU-LAGU 
 Duit Amerika yang mempunyai lambangANTICHRIST di atas PYRAMID

inilah preview ANTICHRIST di American Dollar 
inilah lambang tangan, di antara lambang-lambang mempunyai maksudya yang tersirat. aku selalu tengok penyanyiROCK  yang suke sangat wat lambang-lambang cam ni lepas tu kita yang pergi menonton konsert tu pun ikut juga seperti apa yang mereka lakukan.

+ beringat-ingat la ye .. kalau deq salah .. mohon beri teguran ..

SUMBER : http://idapassadena.blogspot.com/2010/11/simbol-666-dan-all-seeing-eye-tahukah.html

28 May 2013

MANA YANG PATUT DI MALUKAN ?

◆ Malu kerana berbaju kurung, berpakaian muslimah,
◆ Atau malu berpakaian tidak menutup aurat?

◆ Malu kerana tiada kekasih,
◆ Atau malu ke hulu kehilir dengan yang tidak halal untukmu?

◆ Malu kerana dikatakan alim,
◆ Atau malu kerana dikatakan teruk?
...
◆ Malu kerana dikatakan kuno disebabkan mengikut syariat Islam,
◆ Atau malu kerana dikatakan lupa agama Allah?

◆ Malu kerana menasihati ke arah kebaikan,
◆ Atau malu mengajak kearah kemungkaran?

◆ Malu kerana melakukan apa yang manusia tidak suka,
◆ Atau malu melakukan apa yang Allah tidak suka?

MALU itu perlu.. Tetapi letakkan malu itu DITEMPAT YANG SEBENARNYA.. Malulah di hadapan Allah andai kita TIDAK MELAKSANAKAN apa yang diperintahnya, sedangkan kita MENIKMATI segala pemberianNya.. Jadilah kita hambaNya yang tahu BERSYUKUR, insyaAllah..

13 October 2012

MEMBERI ITU SAHAM KE SYURGA

Apabila timbul keinginan untuk memberi menjadikan seorang itu lebih kuat berusaha untuk mencari rezeki .. 

Kejayaan dalam hidup ini tidak mampu dan tidak boleh diraih seorang diri .. orang paling berjaya didunia ini ialah mereka yang membawa orang lain untuk berkongsi kejayaan bersamanya ..

Ramai diantara kita hanya memikirkan untuk memuaskan diri sendiri .. padahal tindakan itu tidak bertepatan dengan ajaran Islam .. maka , mula tingkatkan usaha kita menjadi golongan pemberi yang mampu menggembirakan hati orang lain ..

Keluarkan diri dari menjadi golongan "penadah" atau hanya menerima pemberian orang .. hakikatnya .. sifat memberi dan menerima itu bukan saja diukur dari sudut harta benda semata-mata tetapi termasuk juga ilmu , iman dan takwa ..

Sifat pemurah memberikan ketenangan kepada diri selain turut disayangi orang lain .. kita perlu sentiasa ingat .. apa yang kita miliki terdapat hak orang lain yang wajib ditunaikan ..

Ramai menganggap kejayaan yang dinikmati membuatkan mereka lebih berbahagia .. namun kehidupan yang bahagia sebenarnya bertitik tolak dengan apa yang sedang dan akan terus kita berikan ..

Sifat memberi tidak akan mengurangkan sedikit pun .. Saidina Ali berkata : "Rezeki kamu adalah apa yang kamu gunakan dan apa yang kamu belanjakan ke jalan ALLAH ..

Abu Hurairah melaporkan , Nabi Muhammad s.a.w menerangkan .. " Setiap awal pagi , dua malaikat turun ke bumi .. malaikat pertama berdoa " YA ALLAH , gantilah harta yang sudah dibelanjakan oleh orang ini ."
malaikat kedua berdoa " YA ALLAH , hancurkan harta orang yang kedekut ini ." (diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)

Pemberian kita itu pastinya akan menjadi "saham" besar buat kita di akhirat kelak .. apabila timbul keinginan untuk memberi .. menjadikan seorang itu lebih kuat berusaha untuk mencari rezeki ..

"wang ringgit , kemewahan , kesihatan , pangkat , keuntungan perniagaan , kecantikan , anak , kecerdikan dan kemahiran , kekuatan adalah rezeki daripada ALLAH s.w.t .. 

 sumber dari pakcik dan makcik google

p/s : aku ingin mencintaimu dengan sederhana .. erk ? haha .. takde kena mengena dengan ayat kat atas tu ..

* tangan memberi lebih baik daripada tangan yang menerima ..

1 October 2012

RENUNGKANLAH WAHAI KAWAN-KAWANKU SEKALIAN ..

Lidah kelu si SAAT KEMATIAN .. 


KEMATIAN pasti menjelma .. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui .. Cuba kita amati .. mengapa kebanyakan orang yang nazak , hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa , lidahya kelu , keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan melalui SAKARATUL MAUT .. 

Diriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud :
" HENDAKLAH KAMU MENDIAMKAN DIRI KETIKA AZAN , JIKA TIDAK ALLAH AKAN KELUKAN LIDAHNYA KETIKA MAUT MENGHAMPIRINYA."

Ini jelas menunjukkan , kita disarankan agar mendiamkan diri , jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang .. 

Sebagai orang islam kita wajib menghormati azan .. Banyak fadhilatnya ..

Jika lagu kebangsaan kita diajar adar berdiri tegak dan diamkan diri ... mengapa azan kita tidak boleh mendiamkan diri ? !!!!

Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan , ALLAH akan kelukan lidahnya ketika nazak ..

Kita takut dengan kelunya lidah ketika nazak .. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba ... maka kita tidak dapat mengucapkan kalimah LAILLAHAILLALLAH yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya dicabut .. ALLAH menjanjikan syurga untuknya ..

p/s : dari itu , marilah kita sama-sama menghormati azan .. dan mohon kepada ALLAH supaya lidah ini tidak kelu walaupun sedang dicabut ..
"YA ALLAH menganugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia , lancarkan lidah kami mengucap kalimah LAILLAHAILLALLAH .... semasa sakaratul maut menghampiri kami .."

AMIN AMIN AMIN YA RABBAL A'LAMIEN ..

24 September 2012

akulah HARAPAN ..


seorang budak perempuan menyalakan empat batang lilin di dalam sebuah bilik yang gelap .. Lalu , terdengarlah lilin yang pertama bersuara : "Namaku DAMAI .. sayangnya manusia tidak mahu menjagaku .. mereka lebih suka huru-hara , mengganggu kedamaian . Lebih baik aku mati daripada terus memberikan sinar ". Lalu padamlah lilin pertama itu ..

Kemudian lilin kedua pula menyambung .. "Namaku IMAN .. sayangnya tidak ramai manusia mahu mengenaliku .. hiburan duniawi lebih berguna daripadaku .. apalah gunanya aku terus menyala". dan padamlah lilin kedua itu ..

Lilin ketiga pula menyambung perbualan .. "Namaku CINTA .. tapi manusia tidak mengganggapku berguna .. mereka saling membenci walaupun darah daging sendiri .. tiada gunanya aku terusmenyala". padamlah lilin ketiga itu ..

budak perempuan itu menangis ketakutan ..

"apakah yang telah terjadi ? mengapa hanya satu yang menyala ? aku tidak mahu begini .. aku takut kegelapan .. sebatang lilin tidak cukup untuk menerangi bilik gelap ini", ujarnya tersedu-sedu ..

melihat budak kecil itu ketakutan .. lilin keempat pun bersuara : jangan takut .. selama aku ada , kau tetap mampu menyalakan ketiga-tiga lilin tadi walaupun banyak mana ia terpadam ".

"siapakah engkau ?" tanya budak kecil itu ..

"Akulah HARAPAN .." jawab lilin keempat ..

budak itu berhenti menangis . diambilnya lilin keempat lalu di cucuhkan untuk menyalakan ketiga-tiga lilin yang mati tadi ..

bilik itu terang-benderang semula .. budak itu tersenyum ..

p/s : HARAPAN tidak pernah mati .. sebaliknya ia mengembalikan semula cahaya yang telah hilang ..

26 August 2012

: : PeRBeZaaN aNTaRa KuBuR LeLaKi DaN PeReMPuaN : :

Isteri : “Abang… Boleh sayang tanya?

Suami: Yer sayang nak tanya apa?

Isteri : “Sayang pelik la abang.. Kenapa syarat dalam Islam.. Bila lelaki meninggal dunia.. Kuburnya digali sedalam 5 kaki… Tapi kubur wanita.. Berlainan digali sedalam 7 kaki?”

Suami : oOoo.. InsyaAllah senang ja jawapannya tue.. (sambil tersenyum).. Kalau nak tau Islam nie agama

yang sangat prihatin dan bijaksana. Sebenarnya sebab kubur wanita digali lebih dalam dari lelaki kerana jika berlaku banjir.. Jenazah wanita tersebut tak akan terapung ke atas dan akhirnya akan membuka aurat jenazah.. Islam sangat menjaga aurat kaum wanita.. Sampaikan hingga nyawa dah melayang dari jasad pun, Islam masih melindungi aurat kaum wanita.

Isteri : “SubhanaAllah.. Besarnya kuasa Allah ya abang.”

Suami : (hanya tersenyum) ^_^

#Allah tak buat sesuatu tanpa sebab..=)

22 August 2012

: : aMBiLLaH TuBuH Ku SaYaNG .. RaSaLaH SeMua .. iNi uNTuK aWaK SaYaNG .... ! : :


“Nah!. Ambillah tubuhku!Rasalah Semua! Ini untuk 
awak sayang. Awak mintak apa saja I akan kasi. Tapi please dont leave me honey”..
Wah best!.

Terus lah teman lelakinya melahab dan meratah tubuh teman wanitanya. Yummy sedap betul!.
Esok abang nak lagi boleh?.

“No problem dear. Asalkan U tak cari awek lain. I sanggup”.
Wah!. Tersenyum lebarlah si teman lelakinya!. Best ni. Ada can.

Beraksilah pasangan tersebut dengan aksi yang penuh dengan kasih sayang yang berpaksikan kasih sayang syaitan.
Ada yang beraksi dengan bertudung tanpa baju (fewwiit).
Ada yang beraksi dalam bilik terus (cayyalah wei).

Ada yang beraksi kat taman-taman (cuba try tengok kat tempat korang ).
Ada yang beraksi kat depan masjid! (agak-agak sikit wei!).

Wah happy betul pasangan ni. Siap rakam-rakam guna phone sebab nak buat kenangan.
2-3 minggu selepas itu. Si awek call teman lelakinya. ‘Abang!. I ngandung ni!. Mcm mana ni?. U kenelah jadi suami I. U kena tanggungjawab!. U kena ingat janji U dulu!.”..

“One switch at a time”. Apa maksudnya?

Si teman lelaki “……………….”.
Kenapa u tak jawab honey?. Tanya si awek.

Apa yang dijawab si teman lelaki? “…..Tut….Tut….Tut…”..Handphone ditutupkan!.
Bukan main terkejut si awek!. Call lagi si teman lelaki. Kali ni dia angkat. Tapi suara orang perempuan. Kata perempuan tersebut

“..Please try later..”. Jeng jeng jeng!!!…hampa nak buat apa time tu?.
Nangis air mata darah?. Sudah tentu tidak berguna lagi. 4 Bulan selepas itu. Ambik kau. Perut sikit punya besar. Mak ayah ingat anak dah jadi gemuk sebab makan banyak (orang gemuk jangan terasa huhu). Selama ni badan kecik je.

Oh! rupa2nya dia mengandung!. “Keluar kau dari rumah ni!. Kau bukan anak aku!. Aku tak pernah ada anak kotor macam kau!.”..
Maka keluarlah wanita tersebut dengan penuh hina dan kesedihan yang tidak terhingga. Ke mana nak pergi?. Ok lah rumah kawan.

“Eh asal awak gemuk semacam ni?. Kenapa awak nangis ni?. Ada problem”?. Tanya si kawan.
Dia menjawab. “I baru kena halau dari rumah. Actually I hamil anak bf I. Tapi dia dah lari.”…
Betapa terkejutnya si kawan.

“Eh pergilah kau dari sini!. Aku tak pernah ada kawan yang perangai buruk macam kau ni!.”
Kedegang bunyi pintu ditutup. Apa kes?. Ha nangislah kat situ. Ibu bapa dah halau. Sekarang ni kawan pun dah halau. Mereka masih lupa untuk bertemu dengan Allah yang Maha Pengampun dan Maha Penyayang..

Sampai masa yang cukup. Anak yang dikandungnya pun keluar. Oh!. Ingatkan nak peluk cium anak tu dengan penuh kasih sayang!. Dia pergi tikam pulak anak tu!. eh-eh dia pi sumbat si bayi comel tu ke dalam lubang tandas!.

Tak boleh juga. Dia buang dalam tong sampah. Diabiarkan anaknya dirobek-robek anjing!. Celakalah kau perempuan!.
Sudahlah berzina, kemudian membunuh pula?!.
Last-last. Hidup dah tertekan.

Maka dia ambil keputusan naik atas bangunan paling tinggi.
Kemudian, menjadi ala-ala superman. Nak buat apa?.
OH TIDAK!!. DIA BUNUH DIRI!.

Maka melayanglah tubuh wanita itu menghempas ke tanah. Terburai isi perut, otak dan segala-galanya. Maka tamatlah riwayat hidup wanita itu yang akan mendapat azab Allah di akhirat.
Ingat sudah selesai selepas membunuh diri?.

No way!. U tunggu azab Allah!.

SUMBER : penpatah