15 February 2022

Restoran Hentian Rehat My Family 🦐🦀🦑😋😋

Holla . meh nak oyak sikit ni , hok mana dari timur nak ke selatan atau dari selatan nak ke timur lalu kot jalan utama .. dokpun dari ganung nak ke kota bharu .. dari kota bharu nak ke ganung .. perut tu duk bunyi kriuk kriuk .. buleh la brenti makan kat restoren hentian rehat my pamily depan hospital besar setiu .. 

Macam-macam menu ada kat restoren hentian rehat my family ni .. 

Antaranya adalah menu masakan panas ala thai 🍲

“Ikan stim limau Special Masak Hatyai” ‼️‼️ 😋👍🏻

“Ikan 3rasa Meleleh-Leleh Abang Piyang” ‼️‼️😋👍🏻

“Ikan masam manis Mai Singgah Sat Sungai Tarom” ‼️‼️😋👍🏻

“Ikan Masak Dua Musin Pattani ‼️‼️😋👍🏻

“Seafood Goreng Berasap Setiu ‼️‼️😋👍🏻

“Ketam Masak Telur Masin Permaisuri ‼️‼️😋👍🏻

“Udang Celup Tepung  🦐🦐🦐‼️‼️😋👍🏻

Sutong Celup Tepung 🦑🦑🦑 ‼️‼️😋👍🏻


Lokasi : Depan Hospital Setiu

Waktu Operasi : 12.00 pm - 10.00 pm

#jomberasap
#pakatberasap
#Seafoodberasap
#My family restoran

14 February 2022

GAJI


Bila kita sebut berkenaan gaji ni,ia adalah satu topik yang sensitif.

Kadang-kadang,bila kita sudah berduit sedikit,kita seolah-olah lupa daratan dan memandang rendah terhadap pendapatan orang lain.

Kita perlu faham bahawa tidak semua orang rezekinya sama.Struggle mereka,mereka pendam sendiri.

Ada yang punya degree,tetapi memilih untuk bekerja dengan gaji RM1200-RM1500.Berusaha mencari peluang pekerjaan lain tanpa henti.

Mereka pilih untuk keluar dari kampung halaman,asal punya cara untuk dapat rezeki yang halal.

Ada yang bergaji RM1500,tetapi hidup dia terasa cukup.Walaupun tiada simpanan,dia usaha buat 2-3 kerja untuk sara hidup dan keluarga.

Kita jangan terlalu taksub menilai gaji orang lain,kita perlu faham bahawa gaji RM1200 yang datang dari sumber yang halal adalah lebih baik daripada gaji RM12000 yang datang daripada sumber yang haram.

Dan percayalah tidak semua orang yang gajinya besar itu bahagia,kadang-kadang bila sudah terbiasa dengan kesenangan,mereka seolah-olah lupa apa itu erti struggle.

Belanja boros sana sini,kedekut untuk sedekah,melabur di tempat yang haram,berjudi setiap minggu. 

Gaji besar,selera pun besar,simpanan tiada.Ini juga adalah realiti,jangan fokus kepada gaji RM1200 sahaja.

Jika hari ini gaji kita cukup-cukup makan,kita usaha untuk upgrade hidup kita.Bukan untuk kaya-raya,tetapi untuk membantu orang lain yang lebih memerlukan.

Berhentilah menilai kehidupan orang lain,berehat seketika dan berilah penghargaan kepada orang-orang yang sedang berusaha mencari rezeki halal di luar sana.

12 February 2022

TEROKA

Wallaweh .. lamanya tak menulis .. otak dah keras kejung nak perah idea .. haha

Teroka ? Apa yang dimaksudkan teroka ?

Teroka
1. membuka kawasan baru untuk dijadikan kampung (sawah, ladang), membuat sawah (ladang dan lain-lain) di kawasan baru:

menetaplah mereka di sana untuk membuka tanah, ~ hutan belantara untuk dijadikan kampung;

2. [kiasan] menyelidiki (untuk mengetahui sesuatu, biasanya yang belum diketahui lagi), menjelajah:
perasaan ~ dan mengembara tidak hidup lagi dalam jiwa pemuda kita;

Kat sini bukan nak cakap pasal yang no 1 .. haha . tapi nak cakap pasal no 2 .. 

Teroka perasaan sendiri untuk tahu kehendak diri .. nak bahagia tapi perlu buat apa .. nak berjaya tapi perlu buat apa .. bab ni yang bermasalah sikit .. sebab tak pernah nak tetap dengan keputusan .. 

Contoh 

Nak berjaya tapi masih ada penyakit MALAS .. haishhh . kadang2 tu nak gi kerja pun lemau je . hahaha . itu yang susah .. nak teroka perasaan sendiri untuk tetap dengan keputusan nak berjaya tanpa ada penyakit MALAS tu susah 😫

I lagi bab perasaan .. nak bahagia tapi perasaan NEGETIF tu memang tak boleh buang .. jadi .. memang akan ada pergaduhan dalam perhubungan akibat cemburu .. 

Sekarang ni dalam proses teroka perasaan taknak MALAS dan taknak NEGETIF .. harap2 berjaya lah nanti .. 

Chaiyorkkk