28 September 2020

APA ITU COVID 19 ?

COVID 19 atau CORONAVIRUS (cov) adalah nama virus yang menyebabkan pelbagai penyakit dari selesema hingga ke penyakit lebih teruk seperti MERS-Cov dan SARS-Cov

Tanda-tanda orang terkena jangkitan COVID 19

* Demam
* Sakit badan
* Pening kepala
* Batuk
* Sukar bernafas

Pencegahan untuk elakkan COVID 19

* Cuci tangan dengan air dan sabun
* Menutup mulut dan hidung ketika bersin dan batuk
* Masak daging dan telur dengan sempurna
* Elak bersentuh dengan individu yang mempunyai gejala



24 September 2020

Nak Bercuti,Pusing Selangor Dulu

PROGRAM JELAJAH PESONA SELANGOR 2020 Edisi "Nak Bercuti,Pusing Selangor Dulu"


Alhamdulillah berkesempatan untuk menghadirkan diri dalam Perasmian program jelajah promosi Pelancongan Negeri Selangor Bukti Tourism Selangor Komited dalam memperkasa Sektor Pelancongan Domestik Pasca Pandemik Covid-19 .. 


Program semalam turut menglibatkan 9 operator produk pelancongan Negeri Selangor seperti Sunway Lagoon,Sunway Resort Hotel&Spa,Farm in the City,Chocolate Museum,Gm Klang,Sky Mirror Tour&Travel,Persatuan Homestay Selangor,Selangor Fruit Valley dan Jumpstreet Asia.


Teruja giler dapat join .. sebab selama ni dengar je selangor .. terus terpikir pusat shopping mall dan rumah mak angkat je .. hahaha .. Lepas ni .. dah boleh masukkan dalam list la untuk pergi jelajah selangor pulak .. 


Program Jelajah Pesona Selangor ini akan melabuhkan tirai untuk tahun 2020 di 
Pulau Pinang pada 7- 9 Oktober 2020. Program Jelajah yang sarat dengan initipati 
pelancongan ini dilihat mampu memberi manfaat dua hala kepada Kerajaan Negeri 
Selangor dan Kerajaan Negeri tuan rumah bagi memacu industri pelancongan Negeri 
dan meningkatkan bilangan pelancong domestik, khususnya pasca pandemik 
Covid-19.


Tuan Azrul Shah bin Mohamad, Pengurus Besar Tourism Selangor dalam 
sebuah kenyataan berkata, 

“Program Jelajah Pesona Selangor 2020 ini merupakan sebuah landasan terbaik bagi memperkenalkan Negeri Selangor sebagai destinasi percutian unggul yang sarat dengan produk pelancongan menarik sama ada yang baharu mahupun sedia ada”.

“Diharap kerjasama pintar ini dapat memberi manfaat bersama yang akan memakmurkan lagi industri pelancongan ke tahap terulung. Hal ini secara tidak langsung akan membuka peluang yang lebih luas dalam usaha mempergiat Pelan Promosi Pelancongan bagi menggalakkan lebih ramai kemasukan pelancong domestik, khususnya ke Negeri Selangor Darul Ehsan”, tambah Tuan Azrul Shah.

Seiring dengan Kempen Pusing Selangor Dulu yang giat dipromosi di laman media 
sosial rasmi Tourism Selangor seperti di Facebook, Instagram, Twitter dan 
Linked
 
Program Jelajah PesonaS 2020 merupakan sebuah penambahan 
yang signifikan kepada Pelan Promosi Pelancongan Tourism Selangor kerana 
potensi besar yang dimilikinya dalam memperkenalkan Negeri Selangor sebagai 
sebuah destinasi pelancongan pilihan di Malaysia.

Apa yang lebih menarik, penglibatan operator produk pelancongan Negeri Selangor dalam Program Jelajah Pesona Selangor 2020 ini membolehkan sesi promosi dan pengenalan produk dilakukan secara terus kepada penggiat industri pelancongan. 

Hasil perkongsian dijangka dapat disampaikan kepada golongan sasar yang terdiri dari pelancong tempatan yang bermastautin luar dari Negeri Selangor - penyumbang kepada peningkatan ekonomi Negeri menerusi dapatan industri pelancongan.

Untuk informasi lanjut tentang inisiatif Kerajaan Negeri melalui Tourism Selangor dan juga produk pelancongan terbaharu dan sedia-ada di Negeri Selangor, 

Layari  Laman web: www.selangor.travel
                 Facebook: TourismSelangor
                 Instagram: discoverselangor