Alhamdulillah .. syukur diberi peluang untuk mengikuti eksplorasi ni .. first time tido atas house bot .. first time jugak pergi kenyir untuk belayar macam naik kapal star crush 😅 . Seronok
Hari pertama kami ke Pulau aman herba ..
Pulau herba merupakan salah satu pulau yang terdapat di tasik kenyir. Pulau herba mempunyai kira2 26 ribu pokok herba. Di sana kami juga boleh mencuba minum air herba dan melihat sendiri herba direneh dengan dapur kayu.
Lepas tu terus ke Kelebu ..
House bot pusat penyelidikan UMT turut dibawa untuk kami melihat dan merasa sendiri pengalaman pelajar2 yang buat penyelidikan dengan lebih dekat. Usaha berterusan martabatkan Kenyir sebagai GeoPark.
Oh ya ..
Tahukah anda bahawa UMT adalah hanya satu-satunya universiti di Malaysia yang menawarkan program dalam bidang Sains Marin dan bidang Maritim. Kemudahan yang disediakan juga adalah bertaraf antarabangsa. Menarik lagi ia mempunyai 4 pusat penyelidikan alam semulajadi di pulau, tasik dan pesisir pantai Terengganu serta pusat simulator navigasi kapal yang pertama di Pantai Timur.
Kelebu juga salah satu port memancing dan house bot yang kami naiki berhenti kat sana untuk bermalam .. kaki2 pancing tak lepaskan peluang . Turut masuk pertandingan memancing . Ada yang dapat ikan kecil,ada yang dapat ikan besar .. hehe .. atas nasib .. dan ada jugak yang tak dapat langsung .. tapi untuk yang bukan kaki pancing .. mereka ambil peluang untuk berborak kenal2 .. berkaroke .. dan masing2 ada aktiviti yang nak dilakukan ..
Hari kedua kami bergerak ke Gua bewah dan air terjun Lasir ..
Gua bewah adalah ketinggian 578 meter dari aras laut adalah sebuah bukit batu kapur yang terletak dikawasan Taman Negara di Tasik Kenyir. Perkataan bewah dikatakan merujuk kepada aktiviti penduduknya pada zaman dahulu yang suka melakukan kenduri kendara.
Dalam Gua bewah juga terdapat kehidupan lain seperti .. kelawar .. ketam dan lipas2 ..
Air terjun Lasir menjadi sebutan ramai dek kehebatan air terjunnya yang tinggi kira2 500 kaki dan membentuk kolam di setiap tingkatnya. Manakala bagi penggemar fotografi,air terjun lasir merupakan tempat yang menjanjikan pelbagai landskap serta flora dan fauna yang indah untuk dirakam . Air terjun yang terdapat di sekitar tasik kenyir ini juga merupakan tarikan utama perlancongan.
Hari ketiga pula kami ke air terjun Sauk .
Jika air terjun lasir mempunyai tingkat 7 aras untuk mandi manda .. saok ni hanya mempunyai 1 sahaja .. keistimewaan setiap tempat air terjun ni adalah keadaan air terjun tu sendiri.
Sayangg sungguh trip kali ni tak boleh nak lasak .. 2 hari sebelum pergi .. ASMA menyerang .. tak dapat jugak nak mandi manda lama2 sebab risau sejuk2 boleh sebabkan asma balik .. hehe ..
Terima kasih tak terhingga pada pihak UMT sebab sudi menjemput untuk menyertai eksplorasi ni .. semoga ukhuwah yang terjalin ni berpanjangan ..
UMT di media sosial
Facebook: @OfficialUMT
Instagram: @OfficialUMT
YouTube: OfficialUMT
Twitter: @UMT_Official