9 March 2015

SUSPEK ADA MASALAH KAT BUAH PINGGANG

Assalamualaikum

Tadi pergi ke KLINIK untuk c/up kandungan .. dan ALHAMDULILLAH .. sekarang kandungan dah masuk 31 minggu .. bakal baby pun sihat dan aktif .. berat pulak 1.7 kg .. doktor cakap .. sesuai sangat berat bakal baby dengan usia kandungan aku sekarang ni .. SYUKUR sangat .. bakal baby takde masalah pape .. dan .. paling penting .. masa scan tu .. doktor cakap bakal baby aku nanti .. PEREMPUAN .. hahaha .. siap-siap dah aku carik nama .. (NUR HANAN IZARA binti AHMAD FAHMI) .. kihkih .. comel tak .. comel tak .. hoho ..

hurm TAPI .. 

Bila sampai giliran aku .. doktor cakap HB low (anemia) dan tak naik-naik .. makin turun adalah .. dan bila dia tengok komplen aku .. ada muntah lagi sampai sekarang .. (31 minggu) .. dia cakap kena amik darah .. sebab risau ada masalah dengan buah pinggang .. masa tu punya la takut .. tapi disebabkan aku dengar berita bakal baby sihat dan takde masalah .. LEGA .. tu yang penting .. masalah aku .. pindah jauh-jauh .. 

Amik DARAH dah .. hantar ke MAKMAL pun sudah .. cuma sekarang tunggu masa untuk RESULT keluar 23.3.2015 .. mudah-mudahan aku takde la masalah kat buah pinggang .. AMIN .. 

Aku ada jugak search gugel pasal tanda-tanda masalah kat buah pinggang ni haa .. ada la yang sama dengan aku sikit .. haish .. tapi mintak jauh la .. 

Jom tengok tanda-tanda jugak .. kot korang pun ada yang kena suspek macam aku .. 

Cuba periksa tanda-tanda seperti di bawah. Mungkin tanpa sedar kita juga mempunyai simptom-simptom yang dinyatakan..
  • Perhatikan samaada terdapat perubahan dalam pembuangan air kencing. Perhatikan samaada pembuangan air kencing adalah kerap atau kurang kerap dari kebiasaan. Perhatikan juga jika terdapatnya darah di dalam air kencing anda. Jika anda mengalami kencing terlalu kerap atau terdapat darah di dalam air kencing terutamanya pada waktu malam, dan lama kelamaan air kencing semakin berkurang, boleh jadi anda mempunyai masalah pada buah pinggang. Perhatikan jika terdapat buih pada air kencing yang ditadah. Adanya buih-buih pada air kencing menunjukkan terdapat kehadiran protein dalam air kencing. Protein ini tidak dapat ditapis jika buah pinggang kita bermasalah.
  • Adakah anda letih sepanjang masa? Kegagalan buah pinggang tidak dapat menghasilkan hormon yang mencukupi untuk tubuh menghasilkan sel darah merah. Apabila tubuh tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang mencukupi, anda akan mengalami anemia, dan ini menyebabkan tubuh anda terlalu letih.
  • Adakah anda mengalami bengkak pada mana-mana bahagian anggota tubuh badan seperti kaki atau tangan? Buah pinggang yang sihat akan berfungsi untuk mengeluarkan bendalir yang berlebihan dari badan anda. Sekiranya terdapat pembengkakan pada anggota badan, boleh jadi buah pinggang anda tidak dapat berfungsi dengan baik. Retensi iaitu penakungan air kencing boleh menyebabkan kaki, buku lali serta mata bengkak.
  • Adakah anda mengalami ruam dan kegatalan? Kegagalan buah pinggang untuk mengeluarkan sisa-sisa buangan dari tubuh anda boleh menyebabkan anda mengalami kegatalan yang teruk pada anggota badan.
  • Bagaimana pula dengan selera makan anda? Adakah anda terasa seperti logam di dalam mulut atau tidak dapat menelan makanan? Ini adalah salah satu tanda-tanda awal kegagalan buah pinggang. Ianya juga berlaku disebabkan oleh terkumpulnya sisa buangan di dalam darah.
  • Adakah anda mengalami loya dan muntah-muntah?  ini juga mungkin disebabkan oleh pengumpulan sisa-sisa buangan di dalam darah.
  • Adakah anda berasa sejuk sepanjang masa? Mereka yang mengalami anemia mungkin akan berasa kesejukan sepanjang masa walaupun dalam cuaca yang panas.
  • Adakah anda merasa sukar untuk bernafas? Ini juga adalah tanda awal penyakit buah pinggang yang mungkin disebabkan oleh anemia atau pengumpulan bendalir di dalam paru-paru.
  • Adakah anda merasa sakit di bahagian belakang atau tepi sebelah bawah pinggang anda? Ini adalah tempat terletaknya buah pinggang anda. Boleh jadi terdapat ketumbuhan yang akan mewujudkan rasa sakit pada buah pinggang.
  • Adakah anda kerap berasa pening kepala? Ini mungkin disebabkan oleh anemia yang berlaku telah mengakibatkan kekurangan oksigen di dalam otak. 
Kebanyakan dari tanda-tanda awal penyakit buah pinggang juga merupakan tanda kepada penyakit-penyakit lain. Sekiranya anda merasakan anda mengalami masalah buah pinggang dan mempunyai kebanyakan daripada simptom yang disebutkan tadi, segeralah berjumpa dengan doktor untuk melakukan pemeriksaan.



9 comments:

Unknown said...

harap2 semuanya ok nanti...
jangan pk sgt bnda nie..
takut kang bawa efect kt baby pulak..
congrat both of u :)

Nonny said...

semoga dijauhkan :)

Mrs Velentine said...

semoga semuanya baik2 saja..kak MV ni dah 4 kali mengandung mmg morning sickness teruk smpi 8 bulan..syukur takde apa2

dEdEQ dE wIshEs said...

@SHARK .. MEKASIH .. MMG XKAN PIKIR .. WALOPUN TKUT .. HEHE .. TGGU RESULT JE LA TGOK CAMNE ..

dEdEQ dE wIshEs said...

@AZNEY : AMIN AMIN YA RABBAL ALAMIN

dEdEQ dE wIshEs said...

@KAK MV .. TU LA .. ADE YG KTE NORMAL GAK CMTU .. TP DAH DOKTOR SUSPEK CMTU .. KITE TGOK JELA NNTI RESULT DRAH CMNE .. HIHI .. MINTAK JAUH LA

saleha said...

InsyaAllah, akan dipermudahkan segala urusan. jgn stress gak nanti baby pun stress.

dEdEQ dE wIshEs said...

INSHA ALLAH .. AMIN .. MEKASIH :)

Cik Ash said...

Semoga keputusan nanti xde pape yang serius. Harap deq xde pape nanti