Apa itu ANTIBIOTIK ?
Antibiotik hanya membunuh atau merencat pertumbuhan kuman bakteria. Ia tidak membunuh kuman lain seperti virus dan kulat.
Mengapa ANTIBIOTIK diperlukan ?
Antibiotik hanya berkesan terhadap jangkitan bakteria. Antibiotik yang berbeza diperlukan untuk merawat jangkitan bakteria yang berlainan. Doktor akan menentukan jenis antibiotik yang sesuai untuk anda.
Tahukah anda ?
- Batuk dan selesema biasanya TIDAK MEMERLUKAN antibiotik dan biasanya akan pulih dengan pengambilan air dan rehat secukupnya.
- Sekiranya disalahguna , kerintangan antibiotik mungkin berlaku dan boleh menyebabkan hilang keberkesanan.
- Bakteria yang telah mengalami kerintangan antibiotik akan menyebabkan jangkitan yang lebih serius dimasa akan datang.
Peranan anda untuk mengurangkan kerintangan ANTIBIOTIK
- Ambil antibiotik mengikut arahan.
- Elakkan meminta antibiotik daripada doktor. Doktor akan menentukan jika anda memerlukan antibiotik.
- Jangan guna semula antibiotik untuk penyakit dikemudian hari.
- Berjumpa dengan doktor sekiranya anda demam dan sakit lebih daripada 2 hari.
GUNAKAN ANTIBIOTIK SECARA BIJAK DEMI KESIHATAN ANDA DAN GENERASI AKAN DATANG
No comments:
Post a Comment