Showing posts with label BABY GIRL. Show all posts
Showing posts with label BABY GIRL. Show all posts

14 March 2015

ANAK KEMBAR SEPASANG

Assalamualaikum

Fuh .. anak sapa la tu kan kembar sepasang ? EH .. anak aku la .. hahaha .. 

Acegini cerite dia .. 

Entah kenapa semalam lena giler tido lepas incik suami tunaikan selera aku yang mengidam nak makan buah pauh kuning , buah jambu dan buah kemiyo .. (kemiyo camtu ke eja ? haha . tibai jela labu) .. mengidam pulak pukul 11 malam .. nasibla masa tu di kedai lagi . kalau da balik rumah .. kesian lak incik suami nak kena keluar ke bandar balik kan .. ekeke .. maaf ye incik suami .. cik isteri ni banyak ragam ..

Haaa .. berbalik pada anak kembar sepasang ni .. emm .. sebelum subuh .. aku ada mimpi yang aku da beranak .. memula tu rasa sakit perot macam nak terbirak .. pastu kejutkan incik suami dan cakap nak birak .. tapi entah macam mana dah ada dalam kereta .. hahahaha .. pastu tetiba baby tu da besar .. yang lelaki macam muka incik suami .. yang perempuan macam muka aku .. aiyoyo .. penangan mimpi memang hebat kan ?

Seronoknya kalau dapat kembar sepasang kan ? hehe .. 

Tapi aku syukur sangat-sangat diberi peluang untuk rasa pengalaman mengandung ni .. dan harap sangat bila tiba waktu bersalin nanti .. semua lancar dan selamat .. 

AMIN ..

* mimpi je tu anak kembar sepasang .. haha .. scan ada sorang je .. tapi kalau rezeki kembar .. terima je dengan 2 belah tangan . ihik

SEKIAN



9 March 2015

SUSPEK ADA MASALAH KAT BUAH PINGGANG

Assalamualaikum

Tadi pergi ke KLINIK untuk c/up kandungan .. dan ALHAMDULILLAH .. sekarang kandungan dah masuk 31 minggu .. bakal baby pun sihat dan aktif .. berat pulak 1.7 kg .. doktor cakap .. sesuai sangat berat bakal baby dengan usia kandungan aku sekarang ni .. SYUKUR sangat .. bakal baby takde masalah pape .. dan .. paling penting .. masa scan tu .. doktor cakap bakal baby aku nanti .. PEREMPUAN .. hahaha .. siap-siap dah aku carik nama .. (NUR HANAN IZARA binti AHMAD FAHMI) .. kihkih .. comel tak .. comel tak .. hoho ..

hurm TAPI .. 

Bila sampai giliran aku .. doktor cakap HB low (anemia) dan tak naik-naik .. makin turun adalah .. dan bila dia tengok komplen aku .. ada muntah lagi sampai sekarang .. (31 minggu) .. dia cakap kena amik darah .. sebab risau ada masalah dengan buah pinggang .. masa tu punya la takut .. tapi disebabkan aku dengar berita bakal baby sihat dan takde masalah .. LEGA .. tu yang penting .. masalah aku .. pindah jauh-jauh .. 

Amik DARAH dah .. hantar ke MAKMAL pun sudah .. cuma sekarang tunggu masa untuk RESULT keluar 23.3.2015 .. mudah-mudahan aku takde la masalah kat buah pinggang .. AMIN .. 

Aku ada jugak search gugel pasal tanda-tanda masalah kat buah pinggang ni haa .. ada la yang sama dengan aku sikit .. haish .. tapi mintak jauh la .. 

Jom tengok tanda-tanda jugak .. kot korang pun ada yang kena suspek macam aku .. 

Cuba periksa tanda-tanda seperti di bawah. Mungkin tanpa sedar kita juga mempunyai simptom-simptom yang dinyatakan..
  • Perhatikan samaada terdapat perubahan dalam pembuangan air kencing. Perhatikan samaada pembuangan air kencing adalah kerap atau kurang kerap dari kebiasaan. Perhatikan juga jika terdapatnya darah di dalam air kencing anda. Jika anda mengalami kencing terlalu kerap atau terdapat darah di dalam air kencing terutamanya pada waktu malam, dan lama kelamaan air kencing semakin berkurang, boleh jadi anda mempunyai masalah pada buah pinggang. Perhatikan jika terdapat buih pada air kencing yang ditadah. Adanya buih-buih pada air kencing menunjukkan terdapat kehadiran protein dalam air kencing. Protein ini tidak dapat ditapis jika buah pinggang kita bermasalah.
  • Adakah anda letih sepanjang masa? Kegagalan buah pinggang tidak dapat menghasilkan hormon yang mencukupi untuk tubuh menghasilkan sel darah merah. Apabila tubuh tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang mencukupi, anda akan mengalami anemia, dan ini menyebabkan tubuh anda terlalu letih.
  • Adakah anda mengalami bengkak pada mana-mana bahagian anggota tubuh badan seperti kaki atau tangan? Buah pinggang yang sihat akan berfungsi untuk mengeluarkan bendalir yang berlebihan dari badan anda. Sekiranya terdapat pembengkakan pada anggota badan, boleh jadi buah pinggang anda tidak dapat berfungsi dengan baik. Retensi iaitu penakungan air kencing boleh menyebabkan kaki, buku lali serta mata bengkak.
  • Adakah anda mengalami ruam dan kegatalan? Kegagalan buah pinggang untuk mengeluarkan sisa-sisa buangan dari tubuh anda boleh menyebabkan anda mengalami kegatalan yang teruk pada anggota badan.
  • Bagaimana pula dengan selera makan anda? Adakah anda terasa seperti logam di dalam mulut atau tidak dapat menelan makanan? Ini adalah salah satu tanda-tanda awal kegagalan buah pinggang. Ianya juga berlaku disebabkan oleh terkumpulnya sisa buangan di dalam darah.
  • Adakah anda mengalami loya dan muntah-muntah?  ini juga mungkin disebabkan oleh pengumpulan sisa-sisa buangan di dalam darah.
  • Adakah anda berasa sejuk sepanjang masa? Mereka yang mengalami anemia mungkin akan berasa kesejukan sepanjang masa walaupun dalam cuaca yang panas.
  • Adakah anda merasa sukar untuk bernafas? Ini juga adalah tanda awal penyakit buah pinggang yang mungkin disebabkan oleh anemia atau pengumpulan bendalir di dalam paru-paru.
  • Adakah anda merasa sakit di bahagian belakang atau tepi sebelah bawah pinggang anda? Ini adalah tempat terletaknya buah pinggang anda. Boleh jadi terdapat ketumbuhan yang akan mewujudkan rasa sakit pada buah pinggang.
  • Adakah anda kerap berasa pening kepala? Ini mungkin disebabkan oleh anemia yang berlaku telah mengakibatkan kekurangan oksigen di dalam otak. 
Kebanyakan dari tanda-tanda awal penyakit buah pinggang juga merupakan tanda kepada penyakit-penyakit lain. Sekiranya anda merasakan anda mengalami masalah buah pinggang dan mempunyai kebanyakan daripada simptom yang disebutkan tadi, segeralah berjumpa dengan doktor untuk melakukan pemeriksaan.