8 November 2013

TRAGEDI HIGHLAND TOWER

Sebelum kejadian 
Highland Tower merupakan apartment 3 blok yang dibina sekitar 1975 hingga 1978 yang terletak di Taman Hillview, Ulu Klang, Selangor. Pembinaan apartmen ini sendiri merupakan satu pencabulan terhadap Akta Pemuliharaan Tanah dan Akta Kualiti Alam Sekeliling kerana pembinaan bangunan di kawasan lereng bukit dengan kecerunan lebih 18 darjah yang merupakan kawasan sensitif alam sekitar. 

Walau bagaimanapun, mungkin Highland Tower tidak akan roboh menyembah bumi sekiranya pembinaan perumahan Bukit Antarabangsa di belakangnya tidak berlaku. Bukit Antarabangsa dibina pada tahun 1991 sebagai perumahan elit yang mengakibatkan penebangan pokok-pokok di kawasan sekitar yang mendedahkan bukit itu kepada tanah runtuh. 

Tambahan pula, East Creek iaitu sungai yang mengalirkan air dari bukit di Highland Tower telah dikambus dan digantikan dengan paip. Paip tersebut menjadi tersumbat daripada batu dan kayu daripada tapak pembinaan Bukit Antarabangsa mengakibatkannya pecah. 

Hujan lebat selama 10 hari mengakibatkan paip tersebut tidak dapat menampung jumlah air yang melampau disertai lumpur, batu dan tanah. Sebelum kejadian, dikatakan tanda-tanda retakan dan air mengalir daripada tembok penahan di belakang apartment tersebut telahpun diperhatikan, dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya mengeluarkan notis berpindah kepada penghuni Blok 2 dan 3, namun mereka memohon perintah Mahkamah Shah Alam untuk mengenepikan notis tersebut (nampak dak angkuh tak angkuh penduduk dekat situ). Selain itu, jalanraya di sekitar blok tersebut juga telah merekah akibat gelinciran. 

Kandungan air yang melampau dalam tanah menyebabkan tanah bertukar menjadi lumpur, mengakibatkan strukturnya menjadi lemah. 

Lumpur tersebut akhirnya menolak tembok penahan di belakang blok 1 sehingga pecah, dan kemudiannya menolak dasar bangunan blok 1sehingga tumbang. Dikatakan berat lumpur ketika itu bersamaan dengan berat 200 kapal terbang Boeing 747. 

Runtuhnya Highland Tower 
Pada pukul 1.35 pm 11 Disember 1993, blok 1 apartment Highland Tower roboh menyembah bumi. Seorang bekas juruterbang Marin Amerika yang sedang bercuti di Malaysia dan menginap di rumah rakannya di Blok C Highland Tower, Bruce Aaron Mitchell (49), berjaya merakamkan gambar turutan kejadian tersebut daripada mula robohnya blok tersebut sehingga tumbang menimpa bumi. 

HighlandTower05
  
Disebabkan kejadian berlaku pada hari Sabtu, kebanyakan penduduk tidak berada di rumah. Pasukan penyelamat tiba dari unit FRU, Persatuan Palang Merah, DBKL dan dari pasukan polis dan tentera untuk menyelamatkan mangsa. 

Pada mulanya, mereka terlihat batang penyapu yang ditonjol-tonjol keluar membawa kepada penemuan pembantu rumah warga Indonesia, Umi Rashidah Khoruman, 22, dan anaknya Nur Hamidah Najib, 1 tahun 6 bulan. Selepas itu, Shizue Nakajima, 50, seorang penduduk warga Jepun juga berjaya diselamatkan namun malangnya meninggal dunia akibat kecederaannya di hospital pada malam yang sama. 

Bukit Antarabangsa Highland Tower 1993

Yang menyedihkan, hanya 3 mangsa saja yang berjaya dibawa keluar hidup-hidup, dan pada hari pertama sahaja. Hari-hari berikutnya, langsung tiada mangsa yang dibawa keluar. 

Tun Mahathir Mohamad yang ketika itu Perdana Menteri Malaysia, merayu kepada masyarakat antarabangsa untuk membantu Malaysia kerana ketiadaan pasukan khas untuk bencana seperti ini. Pasukan keselamatan ketika itu bingung kerana tidak mengetahui apakah prosedur yang perlu mereka lakukan untuk misi menyelamat. 

Pasukan penyelamat dari Singapura, Jepun dan Perancis datang menghulurkan bantuan bersama teknologi mereka yang lebih canggih. Yang menyedihkan, mereka mendengar bunyi ketukan sehingga hari ke-8 kejadian, namun tidak dapat memastikan daripada mana punca bunyi tersebut, menyebabkan mereka tidak dapat berbuat apa-apa. 

Sebaik sahaja bunyi tersebut tdak lagi kedengaran, mereka membuat keputusan tiada mangsa yang masih hidup. Dengan itu, jentera-jentera berat mula menggali dan mengorek runtuhan bangunan untuk mencari mayat. Setiap kali terlihat mayat manusia, mereka berhenti menggunakan jentera dan menggunakan tangan untuk mengangkat mayat tersebut.

Antara mangsa yang meninggal dunia ialah anak Tun Musa Hitam, bekas Timbalan Perdana Menteri iaitu Carlos Abdul Rashid bersama isterinya. Bau busuk mula mencucuk hidung. Terdapat mayat yang dijumpai tangannya, tengkorak yang pecah, cebisan daging berselerakan dan mayat yang berpelukan.

mangsa-tragedi-highland-tower-1
Selepas kejadian 
Kesemua mangsa yang meninggal dunia seramai 49 orang. Penghuni Blok 2 dan Blok 3 memfailkan saman kepada 10 pihak dengan menggunakan bukti bergambar daripada Bruce Aaron Mitchell, dan 10 pihak tersebut termasuk Majlis Perbandaran Ampang Jaya dan pihak pemaju. Berdasarkan keputusan mahkamah, majlis perbandaran dilindungi daripada tindakan undang-undang kerana Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974. Akhirnya, kes ini diselesaikan di luar mahkamah apabila AmFinance (pemilik AmBank, pemilik hartanah) bersetuju membayar RM52 juta kepada plaintiff. 




15 comments:

Nur Madihah said...

kisah yang menyayat hati..
patutlah sekarang banyak gangguan kat situ

Unknown said...

mmg gempar kisah highland tower ni dulu kan.. sekrg ni seram nak lalu area situ.. kalo ada berani cuba dedeq dok sorg2 kat sna tgh2 mlm... hihi

Unknown said...

1993 shark umur 7 tahun,
time tu memang tak tahu apa pn.

Fi said...

Innalillah .. Kesian sangat kat diorang.. Baru tahu pasal kejadian ni .. Thanks for sharing

Unknown said...

Al- fatihah buat yang tkorban.. Smoga roh mereka dcucuri rahmat. 3 ari lepas g tgk highlnd tower Kat panggung..sgt seram !

kakitravelkhairuddin.blogspot.com said...

alfatihah buat yang terkorban.

Anonymous said...

saya baru tau pasal kisah ni...sedihnya...tq coz share...

Anonymous said...

saya dah masukkan url blog saya dlm list excange link awk..:)..

Pykaa Pdott said...

Time kjdian nie adik bru umo sthun . Ptot la org ckp highland tower berhantu .

CXopportunities said...

cx baru umo 4thn. ptt la cx tk tau pape hal ni. huhu nice sharing dear.

Miss Nana said...

1993,tahun kelahiran saya

Miss Nana said...

1993 tahun kelahiran sy

Miss Arrogant said...

Sy dri Brunei nk tnya... sbnarnya Highland Tower ne roboh dh kn? Tapi kenapa pelakon2 tu ada kt bngunan tu sdngkan bngunan tu dh roboh? Sorry, sy x faham sbnarnya. :)

Anonymous said...

BANGUNAN HIGHLAND TOWER TU MASIH ADA DAN BELUM DIROBOHKAN..

aznie said...

Bangunan highland tower ada 3 blok, yg runtuh cuma 1 blok.pelakon2 tu wat rakaman kt blok yg x runtuh...arap dpt membantu ya miss arrogant