Showing posts with label SAMBUTAN. Show all posts
Showing posts with label SAMBUTAN. Show all posts

15 September 2012

SELAMAT HARI MALAYSIA BUAT SAHABATKU ...


 kita bagaikan nasi lemak .. kenapa ? sebab ada antara kita yang semasin ikan bilis .. ada yang selemak telur .. ada yang gebu umpama nasi .. dan ada pula yang sejuk macam timun ..bila ditambah sambal yang manis dan pedas .. cukup lengkap semua rasa .. kita umpama adunan sempurna dalam sebuah negara yang sentosa .. seperti hidangan kegemaran kita .. kan kan .. hehe ..

SELAMAT HARI MALAYSIA ..




30 August 2012

MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA !


Tanggal tiga puluh satu
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka, Merdeka, Tetaplah Merdeka
Ia pasti menjadi sejarah

Tanggal tiga puluh satu

Bulan lapan lima puluh tujuh
Hari yang mulia, Hari yang bahagia
Sambut dengan jiwa yang Merdeka

Mari kita seluruh warganegara

Ramai-ramai menyambut hari Merdeka, MERDEKA!!
Tiga satu bulan lapan, Lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku Merdeka
(2x)
Merdeka, Merdeka, Merdeka....!
MERDEKA!!

* Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu merupakan peristiwa pengumuman kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Tarikh ini dipilih dalam mesyuarat antara Ketua Pemuda UMNO Tun Sardon Jubir dan timbalannya Haji Ahmad Badawi (bapa Perdana Menteri Malaysia ke-5) di Kepala Batas, Pulau Pinang pada 1956. Mufti Pulau Pinang, Haji Abdullah Fahim (bapa Haji Ahmad Badawi) turut ikut serta dalam perbincangan tersebut