Showing posts with label JENAYAH. Show all posts
Showing posts with label JENAYAH. Show all posts

10 January 2013

MENGUCAP DEMI WANG


Sepang: Lima beranak mualaf disyaki memeluk Islam dengan bermotifkan wang selepas dikesan melafaz kalimah syahadah sebanyak empat kali di masjid serta surau berbeza di daerah ini dan Shah Alam, sebelum mengaut sumbangan orang ramai berjumlah lebih RM11,000.

Keluarga itu terdiri daripada seorang wanita berusia 48 tahun bersama dua anak lelaki dan dua anak perempuan berusia 15 hingga 18 tahun, dikesan melakukan perbuatan itu sejak beberapa bulan lalu.
Setakat ini, kariah di sekurang-kurangnya satu masjid dan tiga surau menjadi mangsa penipuan lima beranak itu yang kebiasaannya datang ketika waktu Maghrib dan menyatakan hasrat mahu memeluk Islam.

Si ibu ‘berlakon’ kononnya mereka sekeluarga mahu memeluk Islam, tetapi terpaksa melarikan diri sehelai sepinggang daripada suami yang tinggal di Mantin, Negeri Sembilan, selepas mendapat ancaman.


 MOHD Rashid menunjukkan laporan polis dibuatnya.


 Satu daripada surau yang dikunjungi lima beranak itu ialah Surau Taman Seroja, Bandar Baru Salak Tinggi, di sini, dan pengerusinya, Mohd Rashid Mohd Arof, 32, berkata, kejadian itu berlaku pada 16 Disember tahun lalu.

* MAINAN NGAN AGAMA SUNGGUH LA .. DA BANYAK PETANDA2 KECIL NAK KIAMAT .. 

5 January 2013

DARA RM5,000

TUNGGU...pelacur menunggu pelanggan di hadapan bilik di pusat pelacuran terbabit. 
KAJANG: Tidak cukup dengan memanipulasi wanita warga asing dengan menjadikan mereka pelacur, satu sindiket pelacuran di bandar ini bertindak lebih berani apabila dengan bangga mempromosikan pelacur yang mereka dakwa masih dara.

Dengan caj dikenakan RM5,000, pelanggan yang melanggan ‘pelacur dara’ itu turut diberi kebebasan membawanya ke mana saja selama tiga hari.

Sindiket itu yang beroperasi di tingkat satu sebuah hotel di sini menawarkan pelacur dari Vietnam yang berusia 17 sehingga 21 tahun.

Aktiviti tidak bermoral sindiket itu terbongkar hasil penyamaran wartawan Harian Metro selepas mendapat maklumat orang awam.



Seperti biasa, sindiket itu berselindung di sebalik perniagaan spa dan refleksologi, namun ada ruangan berasingan disediakan untuk kegiatan pelacuran.


"INI PAKEJ LAIN DARI YANG LAIN ... "kata wong , seorang anggota satu sindiket yang dengan bangganya mempromosikan pelacur didakwa masih perawan pada harga rm5,000 . menurut bapa ayam itu , dengan caj berkenaan pelanggan turut dibenarkan membawa ke mana saja langganannya itu yang berusia antara 17 hingga 21 tahun selama tiga hari ..

4 January 2013

SAMUN TIGA RUMAH DALAM TIGA JAM

KUANTAN 3 Jan. - Sekumpulan lelaki bertopeng dan bersenjatakan parang mengambil masa tiga jam untuk menyamun tiga buah rumah di sekitar bandar ini malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Supritendan Abdul Aziz Ahmad berkata, kes samun pertama berlaku kira-kira pukul 8.30 malam apabila empat penjenayah bertopeng dan membawa parang menceroboh masuk rumah seorang ahli perniagaan di Lorong Pelindung 33 di sini.

Pengadu iaitu Gow Jun Hor, 22, berkata, hanya ibunya berada di rumah ketika kejadian dan bergegas pulang sebaik sahaja dimaklumkan oleh ibunya berusia lingkungan 60-an mengenai kejadian tersebut.

"Suspek menggeledah rumah mangsa dan melarikan barangan kemas serta sejumlah wang tunai kesemuanya dianggarkan kira-kira RM55,000.

"Ibu pengadu tidak mengalami kecederaan namun dia gagal mengecam suspek kerana kesemua mereka bertopeng," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, kumpulan suspek tersebut kemudian menyamun sebuah lagi rumah di Lorong Indera Mahkota 2/90 dekat Bandar Indera Mahkota di sini kira-kira sejam kemudian.

Tambahnya, ketika kejadian pemilik rumah iaitu seorang ahli perniagaan lelaki berusia 46 tahun tiada di kediamannya.

Kata beliau, mangsa juga menerima panggilan telefon daripada ibunya memaklumkan rumah mereka disamun.

"Suspek merampas barang kemas, wang tunai dan jam tangan berjenama dengan nilai kerugian dianggarkan RM20,000. Rumah pengadu mempunyai CCTV (kamera litar tertutup) namun penjenayah turut melarikannya," katanya.

Kira-kira pukul 10.30 malam, Aziz berkata, sebuah rumah di Lorong Tok Sira 4/2 Taman Melor di sini turut disamun sembilan lelaki bersenjatakan parang.

Bagaimanapun katanya, suspek hanya sempat melarikan seutas gelang tangan yang dianggarkan bernilai RM3,000 dan mereka melarikan diri menaiki dua buah kenderaan.

Tambahnya, polis percaya ketiga-tiga kejadian tersebut didalangi penjenayah yang sama namun masih menyiasat kes berkenaan.

Kata beliau, modus operandi kumpulan ini juga sama iaitu mengumpil pintu hadapan sebelum menceroboh rumah mangsa.

"Polis kini giat memburu penjenayah terbabit dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan," katanya.