Showing posts with label BAKAL SUAMI. Show all posts
Showing posts with label BAKAL SUAMI. Show all posts

7 June 2014

DIA TUNANG AKU

Assalamualaikum ..

ALHAMDULILLAH .. perkenalan yang tak disengajakan .. melahirkan perasaan sayang dan sekarang DIA TUNANG AKU .. syukur kehadrat illahi .. serius .. tak pernah aku sangka yang 2014 ni akan memberikan seribu makna dalam hidup aku .. 

Entry DIA TUNANG AKU ni sebenarnya .. aku nak bercerita serba sedikit pasal perangai INCIK TUNANG .. hahaha ..


Ok .. dia adalah seorang lelaki yang cukup cukup cukup MEMAHAMI yang pernah aku jumpa .. walaupun aku sibuk niaga .. belajar dan BER"ENJOY" hahaha .. dan kami jarang msj .. DIA olweys ada time aku memerlukan dia .. YA ALLAH .. ALHAMDULILLAH .. aku bersyukur sebab dapat memiliki dia ..

DIA jugak adalah seorang PENYABAR .. seriusly .. perangai aku ni susah untuk orang paham sebenarnya .. dan perangai yang susah ni .. aku akan tunjuk bila dengan orang yang betol3 dapat menerima aku dengan seadanya .. hahaha .. aku ni CEMBURU , PANAS BARAN , BUKAN SEORANG YANG PENYABAR , SUKA CARI PASAL .. ye aku tahu tu .. aku tahu jika aku teruskan perangai tu .. aku mungkin akan kehilangan dia .. dan aku pernah menguji kesabaran dia .. aku ingatkan dia akan hilang rasa sabar tu .. tapi TIDAK .. dia tak pernah tak SABAR dengan aku .. YA ALLAH .. ALHAMDULILLAH .. aku bersyukur sebab dapat memiliki dia ..

Selain tu .. DIA suka suka suka MEMBEBEL .. hahaha .. sebenarnya jarang aku jumpa lelaki yang suka MEMBEBEL .. tapi perangai yang suka BEBEL dia tu lah wat aku SUKA mengusik .. hahaha .. DIA ni kan .. kalau aku buat salah atau aku tak dengar kata .. start dari pagi .. sampai petang bebelnya baru abis .. eh betol ke ? hahaha . tipu je .. dalam 1 msj je dia akan bebel . sebab kalau kol .. dia membebel .. aku akan MERAJUK . lalalala ~ YA ALLAH .. ALHAMDULILLAH .. aku bersyukur sebab dapat memiliki dia ..

DIA ROMANTIK .. hahaha .. ROMANTIK ke ? Aku tak tahu kenapa aku boleh cakap DIA ROMANTIK .. tapi melalui percakapan tu .. aku leh rasa dia romantik .. tapi 1 je .. DIA tak pernah cakap DIA sayang aku .. tapi aku tahu dia SAYANG aku .. sebab perbuatan dia tu dah cukup MEMBUKTIKAN .. I LAP U LA AHMAD FAHMI ABDUL MAJID . YA ALLAH .. ALHAMDULILLAH .. aku bersyukur sebab dapat memiliki dia ..

CUKUP CUKUP sudah .. hahaa.. selebih-lebihnya .. nanti aku cerita kan ye .. sebab dalam proses mengenal lagi .. hikhik ..


5 November 2013

TIPS | Kriteria Bakal Suami Yang Dicari


Sebaiknya sebelum berkahwin setiap wanita meneliti pelbagai aspek diri lelaki yang diputuskan untuk menjadi pasangan hidupnya. Baik daripada sifat, tingkah laku dan juga kebiasaan dirinya.

Anda tidak tahu mungkin ada ciri pada lelaki pilihan anda ini yang sangat bertentangan dengan diri anda. Walaupun hanya perkara kecil namun mungkin akan memberi kesan sesudah anda melangkah ke alam perkahwinan.

Perhatikan beberapa kriteria berikut pada teman lelaki anda sebelum anda memutuskan untuk naik ke jinjang pelamin bersamanya. Teruskan perkahwinan jika bakal suami anda mempunyai sikap: 

Banyak persamaan
Persamaan baik dari segi minat mahupun pendapat. Hubungan akan lebih tenang jika anda berdua memiliki komunikasi yang seiringan. Anda takkan sukar untuk
menyesuaikan diri.

Gentlemen sejati
Tutur katanya sopan dan dia tidak ‘double standard’ dalam melayani orang lain. Daripada tukang jaga parking sehinggalah anak majikannya semua dilayani dengan ramah. Dia juga sentiasa memberi perhatian penuh pada anda ketika bersamanya dan selalu berusaha menghargai keinginan anda.

Tidak takut pada komitmen
Sebelum meletakkan harapan yang tinggi pada dirinya tak salah jika anda terus terang bertanya pendapatnya tentang komitmen perkahwinan. Kalau jawapannya sekadar ‘Saya rasa mahu enjoy dulu la” atau ‘saya tak suka terikat’ sebaiknya berfikir dulu sebelum meneruskan hubungan.

Kelakar
Lelaki yang memang punya humor akan melontarkan lawak atau jenaka tanpa memburukkan pihak lain. Dia juga tidak akan malu mentertawakan kekurangan dirinya untuk menghidupkan suasana. Biasanya lelaki jenis ini memiliki visi yang jelas akan masa depannya dan hidupnya seimbang kerana dia menikmatinya kehidupan dengan relaks dan tanpa beban.

Ingin mengenal diri lebih dekat
Sekiranya dia menunjukkan keprihatinan terhadap kehidupan peribadi anda seperti bertanyakan minat dan perkara-perkara yang membuatkan anda gembira bermakna dia ingin mengenal anda dengan lebih serius. Baginya anda bukan sekadar penglipur lara yang mengisi harinya yang sepi sebaliknya ingin menjadikan anda teman hidupnya.

Memberi semangat
Adahari-harinya anda akan terus menerus mengalami peristiwa buruk dalam hidup hingga membuatkan diri begitu tertekan. Pada waktu ini anda memerlukan pendorong yang boleh diharapkan.
Jika teman lelaki anda mahu menjadi pendengar setia, berusaha menggembirakan anda dengan humor atau kejutan yang menyenangkan, inilah pasangan yang boleh diharapkan untuk tetap setia baik dalam ketawa mahupun tangis.


sumber : mingguan wanita