Tidakkah kita sedar rokok yang diseludup masuk ke dalam negara mampu menimbulkan kesan yang sangat merbahaya kepada kesihatan?
Kepada perokok yang menjadikan rokok seludup (atau rokok murah) sebagai sumber rokok harian, anda mungkin mahu teruskan membaca artikel ini sehingga penamat
Kita semua tahu bahawa semakin hari semakin ramai perokok membeli rokok seludup. Kenapa? Sebab harganya yang jauh lebih murah berbanding rokok yang sah.
Tetapi hakikatnya...
...rokok yang diseludup masuk ke dalam negara ini adalah 3 kali ganda lebih merbahaya. Selain menjejaskan kesihatan, kandungan bahan kimianya yang terlalu tinggi juga mampu meragut nyawa seseorang.
Buktinya? Universiti Malaya (UM) baru-baru ini telah menjalankan satu kajian terhadap rokok seludup, dan hasil yang mereka dapat sungguh memeranjatkan.
Kajian terkini yang dijalankan oleh Universiti Malaya (UM) telah mengesahkan tiga perkara iaitu:
1. Kandungan bahan kimia dalam rokok seludup melebihi had yang ditetapkan menurut undang-undang Malaysia.
2. Kandungan tar dan nikotin di dalam rokok seludup sebenarnya lebih tinggi.
3. Kandungannya mungkin telah dicemari bahan kimia atau produk bukan tembakau lain.

Tahukah anda kandungan bahan kimia di dalam sebatang rokok seludup juga adalah TIGA KALI GANDA lebih tinggi berbanding rokok yang sah? Ya, itulah kebenarannya!
Ini bermakna, menghisap sebatang rokok seludup adalah sama dengan menghisap 3 batang rokok yang sah!
Lima jenama rokok seludup yang telah dijadikan bahan ujikaji adalah Surya Gudang Garam, Nusantara Gudang Garam, Sampoerna, L.A. Lights dan Nusantara Menthol.
Secara amnya, kandungan tar di dalam kelima-lima jenama ini melebihi had yang dibenarkan, malah sampel rokok Surya Gudang Garam mengandungi lebih daripada 45mg tar di dalam setiap batang rokok.
Paras yang dibenarkan hanyalah 15mg di Malaysia.

3 comments:
macam kitew.hari2 berceramah dekat suami.tapi masuk telinga kiri keluar telinga kanan..tak tau la macam mana nak halang dia....
sha paling xsuka dngn org merokok..bau dia bukan main erk..haha..antara ciri llki idaman sha..yg xmerokok :) Insyallah jumpa :D
rokok membahayakan kesihatan dan nyawa, hehehe...
Post a Comment