Bagan Serai: “Saya sanggup serahkan semua wang tunai, komputer riba dan telefon bimbit asalkan anak perempuan saya tidak dirogol perompak,” kata Siti Aishah Abdullah @ Hun Ban, 44, yang menjadi mangsa samun empat lelaki di Kampung Matang Merbau, di sini, awal pagi, semalam.
Dalam kejadian jam 2.30 pagi itu, dia dan suaminya, Mohd Ishak Din, 55, ditumbuk dan dipukul beramai-ramai oleh penjenayah menggunakan sebatang kayu.
Aishah berkata, kejadian berlaku ketika dia dan ahli keluarganya sedang tidur sebaik pulang dari berniaga di pasar malam berhampiran.
Menurutnya, dia hanya menyedari kehadiran sekurang-kurangnya empat penyamun menceroboh rumahnya selepas dikejutkan daripada tidur oleh seorang daripada suspek yang mengacukan pisau ke lehernya.
Menurutnya, dia hanya menyedari kehadiran sekurang-kurangnya empat penyamun menceroboh rumahnya selepas dikejutkan daripada tidur oleh seorang daripada suspek yang mengacukan pisau ke lehernya.
MOHD Ishak cedera teruk selepas dibelasah.
“Terkejut dengan tindakan itu, saya menjerit sekuat hati meminta tolong daripada jiran berhampiran.
4 comments:
kesiannye..blk meniaga kn pnt pastu tdo..jadi ape pon xsedar..dunia skg mcm barat da...semuanye penuh jenayah hurmmm
kuajaq punya penjenayah.. ish x aman la dunia skang!
siapa pun sanggup demi mahkota anak gadis mereka...
tanggungjawab ibu bapa tu kan.mohon kita semua dilindungi Allah SWT dan dijauhkan dari kejadian yang tak di ingini macam ni.
Post a Comment