TIPS MEMILIH BARANG HANTARAN
1.
Anda perlu bincang dengan pasangan berapa dulang yang perlu anda
sediakan dan senaraikan barang-barang hantaran kedua-dua belah pihak
seelok-eloknya berbincang bersama keluarga sekali.Jangan sesekali anda
bercadang untuk buat kejutan untuk si dia, takut nanti anda pula yang
terkejut! Hantaran yang datang sama warna dengan hantaran yang anda
sediakan untuk si dia, ataupun jumlah hantaran lelaki jauh lebih banyak
dari pihak perempuan! Dari sinilah orang menilai muafakat dan sepakat si
mempelai..
2.
Tetapkan kombinasi dulang hantaran yang sedikit pihak lelaki dan lebih
pihak perempuan, sebaiknya biarlah mengikut adat dengan angka ganjil.
Jika lelaki bagi 11 dulang hantaran..pihak perempuan kena balas 13
dulang.Jika boleh elakkan jumlah dulang hantaran yang terlalu banyak.
Jumlah yang terlalu banyak menjadikan hantaran anda kelihatan tidak
eksklusif lagi.. jika anda bercadang ingin memberi barangan yang banyak
dan melebihi jumlah dulang yang dirancang, gandingkanlah barangan yang
sesuai diletakkan dalam satu dulang. (cth: Al-Quran+sejadah, Buah
+coklat, Kasut+bag tangan).
3.
Dalam senarai barang perlu ada kelengkapan pakaian, set penjagaan diri,
makanan, buah tangan (contoh pihak lelaki bagi sepasang baju kurung,
kasut, beg tangan, set perfume, kek, buah, coklat) setidak-tidaknya ada
juga manisan atau buah tangan untuk ahli keluarga pengantin.. nak
memikat si anak perlulah ambil hati keluarganya..
4.
Semasa pemilihan barang anda kena sesuaikan dengan tray yang anda guna.
pastikan anda tau saiz tray jika tidak semua barang tak muat untuk
digubah.Lebih menarik jika anda memilih tray dari jenis yang sama untuk
kesemua dulang hantaran.
5.
Elakkan dari membeli barang-barang hantaran yang terlalu besar pasti
sukar nak mengubahnya kebanyakkan tray dalam saiz yang sederhana dan
kecil.Contohnya pilihlah saiz bag tangan bersaiz sederhana atau kecil.
6.
Boleh juga sesuaikan pemilihan barang mengikut kerjaya pasangan jika
kerja di pejabat bolehlah beri kasut formal, klu kerja yang tak
memerlukan kasut yg formal anda bolehlah memilih kasut yang lebih kasual
n santai. Pastikan anda tidak memilih kasut but untuk dijadikan sebagai
hantaran utk si dia kerana bentuknya kurang manis dan tak sesuai untuk
diletakkan atas dulang hantaran, apatah lagi jika dihiasi bunga dan
riben! Tentu anda dapat bayangkan bukan?
7.
Sireh junjung merupakan hantaran yang wajib bagi set hantaran
pertunangan, anda juga boleh menggantikannya dengan tepak sireh. Utk
hantaran perkahwinan sireh junjung bukan lagi kemestian, terpulang pada
anda tapi jika ada lebih baik.
8.
Pilih warna barang hantaran anda mengikut tema warna hantaran. Ini
penting untuk menampakkan keserasian warna dengan barang hantaran.
9. Boleh juga anda pilih warna-warna natural atau warna-warna selamat untuk barang hantaran contoh warna hitam, kelabu, coklat atau putih agar mudah disesuaikan dengan warna tema hantaran anda. akak bagi contoh kasut warna hitam atau tuala berwarna krim.
10. Anda boleh kombinasikan 1 - 3 warna barang hantaran dan tema warna hantaran, so jangan terlalu banyak warna yer..nanti nampak berkecamuk pulak hantaran anda.
11. Sekiranya anda bercadang ingin memberi buah sebagai salah satu hantaran, pilihlah jenis dan warna buah yang sesuai dengan tema warna hantaran anda. Memadai jika anda memilih 1 hingga 3 jenis buah saja. Jumlah buah biarlah tidak terlalu bnyk bagi mengelakkan dulang hantaran menjadi terlalu berat.
COPY FROM http://www.seri-sentuhan.com/2011/06/tip-memilih-barang-hantaran.html
CONTOH BARANG HANTARAN
Berikut disenaraikan antaran barang-barang yang biasa dan sesuai dijadikan hantaran pertunangan bagi pihak perempuan:
- Sirih junjung
- Baju Melayu / baju kemeja / t-shirt
- Tali pinggang dan wallet (pilih yang dijual satu set – siap dengan kotaknya sekali)
- Kain songket (kain pelekat pun bleh gak..:-))
- Sejadah
6. Tuala
7. Kuih-muih / pulut kuning / halwa / bahulu / puding dsb
8. Coklat atau manisan lain
9. Kek
10. Potpourri
11. Buah-buahan
Di bawah ini pula senarai barang hantaran bagi pihak lelaki:
- Cincin bertunang (biasanya cincin belah rotan)
- Tepak sirih
- Kain sepersalinan (atau baju yang telah siap dijahit)
- Telekung sembahyang
- Kek
- Buah
- Coklat atau manisan lain
- Kuih-muih / pulut kuning / halwa / bahulu / puding dsb
18 comments:
suka bju ngan tudung blue kaler :)
Salam kenal..
jalan-jalan cuci mata :)
lagi 1.. nih berdasarkan exp sendiri laa.. beli berangan yang memang kita guna sahaja.. contohnya laa kalo jarang bermekap.. xperlu laa hantaran set mekap.. kalo x guna nanti sayang
take note ye bakal2 pengantin sekalian.....hihi...
tips yg berguna buat bakal pengantin
Kalau dah keluar barang hantaran cenggini memang dah dekat no ni!hehe
tips bagus ni. tak lama agaknya majlis ni yea.hehe
wow wow. tips yg bagus untuk pasangan yg nak bertunang atau kawen
berguna ni... :)
Adoi..masih xtau nk letak tema ape....ermmmm
nk tunang bln hujung bln 11..igt nk knakn tema purple cmpr hijau..tm ksh akk bg tips utk pemberian hntrn ni..sy x tau nk beri ape utk hntrn
Tq tok tips kt atas..cuma pening sbb x tau nk plih warna tema lg..ary ptunangan dah dkt..awal bln November ni...boleh bg suggestion x warna apa yg cntik n nmpk natural hntran phk perempuan. .
Kalo dh bg hantaran bertunang ms kawin kang x pyh dh? Berlenggang je kang?? -Jejaka buntu-
Kalo dh bg hantaran bertunang ms kawin kang x pyh dh? Berlenggang je kang?? -Jejaka buntu-
terima kasih bg info ni ^_^
haha, kasut but !, sape nak cube bleh cipta sejarah ni keke
klau pergi majlis tunang mana2, sirih junjung/tepak sirih tu macam kewajipan laa, mesti ada nyer
singgah sini :p
Stress dgn persiapan.. Sabah+penang=dua adat yg berbeza... Nun jauh..
Post a Comment