FIRST TIME aku tengok movie ni .. aku NANGIS .. hahaha .. buuu sama aku .. giler .. aku menghayati terus watak DIAN yang di lakonkan oleh LISA SURIHANI .. beshhh .. masuk dengan cerita .. hehe ..
ni sinopsis dia
Dian adalah seorang gadis yang periang dan manja.
Keinginannya cuma satu – untuk berkahwin dengan teman lelakinya, Azad.
Masalahnya, Azad kini sedang mengikuti kursus perubatan di Istanbul, dan
kursus ini tempohnya enam tahun! Tempoh itu nyata terlalu lama, lalu
Dian berazam untuk ke Istanbul dan mendapat lamaran perkahwinan dari
Azad, supaya mereka boleh segera berkahwin dan dia boleh tinggal di
Istanbul bersama Azad sementara Azad meneruskan pengajiannya. Malang
sekali, bila tiba di Istanbul Dian disambut tawar oleh Azad. Azad risau
yang kehadiran Dian akan mengganggu konsentrasinya. Dia juga tidak
senang yang Dian menumpang di flatnya, yang dikongsi dengan dua orang
kawan-kawannya yang lain. Mahu tidak mahu, terpaksalah Dian mencari
rumah baru. Namun, ia tidaklah semudah yang disangka. Setelah membayar
sewa tiga bulan untuk pangsapuri pilihannya, dia mendapati yang dia
telah ditipu – rumah itu sudah pun diduduki, oleh seorang lelaki Melayu
bernama Harris! Oleh kerana tuan rumah yang sebenar telah pergi bercuti,
terpaksalah mereka tinggal sebumbung buat sementara waktu kerana
kedua-duanya berkeras bahawa mereka masing-masing berhak tinggal di
situ. Perang dingin pun bermula antara mereka, kerana masing-masing
merasakan yang teman serumahnya begitu menjengkelkan! Pada masa yang
sama, Dian terpaksa merahsiakan situasinya dari Azad, yang pastinya akan
mengamuk jika dia mendapat tahu yang Dian tinggal serumah dengan
seorang lelaki! Bagaimanakah kesudahan perang antara dua teman serumah
ini? Dan berjayakah Dian kembali ke Kuala Lumpur dengan cincin
pertunangan dari Azad?
ISTANBUL cantik gilerr kan .. alahai .. INCIK HUBBY .. nanti bawak kite gi sana erk ? hahaha .. HAMBOI .. ngada-ngada ..
p/s : korung .. camna nak letak pic dan link ? bila orang klik pic tu .. terus ke link yang nak tu ? ajarkan boleh ? hehe
12 comments:
taw punn best gilaaa kannn???
Na nakk tgkk lagi 100x rasa nyaa
hi deq sorry Na lately bz xdpt nk catch up smua new entry deq tp Na janji Na akn bace kesmua nya okay!
Upload gmbr mcm biasa, and then hoverkan dia... errr, yg bagi jadi biru tu, lepas tu tekan dekat link icon atas tu and tempak url yg nak. Link icon tu ada dekat yg create a new post tuu. Sorry la kalau tak faham.
Anyway, will you go to my blog and click dekat iklan iklan yg ada kat situ? Thank you
http://blalalableh.blogspot.com
akak tgk kat panggung aritu.sedih gak tapi kena cover la.dalam panggung kan..huhu
sedih ek..huhu
Dah tengok jugak.... tapi tak nangis hehe...he sebab tak sedih punnn...
nk tengok cite ni..
wah mcm best nda sabar mau tengok...done tourism australia
cam cite korea la skit jln cite die....okla...cuma xsedih sgt pun...sbb mcm mana pun ttp happy ending :)
pasni sume2 awek, bini mntk kt husband, bf msing2 bwk honeymoon gi istanbul.. hihihi
macam best ceritany.belum tengok lg
adehh, nak tengok nak tengok ;D macam best je :/
tengok cinematography nya sangat2 cantik
Post a Comment