Alhamdulillah, permulaan 2021 diberi kesempatan dan peluang untuk menikmati keunikan tasik terbesar di Asia selama 3 hari 2 malam. Terletak didalamnya 340 buah pulau yang terbentuk dari pembinaan empangan Sultan Mahmud. Itulah Tasik Kenyir. Lebih memberi persona keunikan flora dan fauna disini saya dapat menginap dan berlayar dengan Razna Houseboat.
Razna Houseboat adalah houseboat terbaru yang mula beroperasi pada September 2020 yang lalu dan mempunyai lantai 3 tingkat berkonsepkan VIP serta eksklusif. Pendek kata, trip kali ini bertaraf premium.
Mula-mula naik rasa jugak risaunya, dengan houseboat yang besar macam ni nak berlayar jauh ke tengah tasik yang terbuka luas. Tapi, lega hati apabila sebelum berlepas dari jeti Pengkalan Gawi, Kapten houseboat memberi penerangan dengan baik tentang keselamatan serta semua benda yang berkiatan dengan bot ini. Memang rasa selamat sangat. Kru bot yang lain juga amatlah membantu serta ramah. Memang professional mereka semua ni. Kita bagi 5 bintang.yeayyy
Razna Houseboat ini mempunyai 10 bilik, ini termasuk 1 bilik VVIP dan 2 bilik VIP yang berhawa dingin. Houseboat ini boleh menampung seramai 35 orang penginap dengan selesa.
Antara kemudahan-kemudahan lain yang terdapat di Razna Houseboat adalah seperti bilik karaoke,dapur yang lengkap dengan kelengkapan, ditingkat paling tas pula dijadikan sebagai ruang santai dan ruang makan yang berkonsep terbuka dan yang paling istimewa houseboat ini mempunyai gelongsor yang terus ke tasik serta kolam mandi untuk kanak-kanak di ruang hadapan bot. Ibu bapa tak perlu risau kerana ianya memang selamat.
Razna Houseboat juga menyediakan khidmat katering. Menunya juga sedap-sedap belaka. Penginap tak perlu nak pikir dah nak masak apa dan siapa nak masak . Dengan menu yang menarik dan rasa yang memang buat kita tertarik, insyaAllah rasa lapar tak sempat menyapa.
Terdapat pakej-pakej menarik yang disediakan oleh Razna Houseboat seperti membawa para pelancong melawat ke tempat-tempat menarik di Tasik Kenyir seperti Air Terjun Lasir, Taman Herba, Pulau Orkid, Taman Negara Terengganu dan Santuari Kelah.
Jadi anda tak perlu risau, semua ditanggung beres. Layanan kayangan dengan harga kampung je..hehehe.
Disini saya sertakan sekali harga pakej yang razna houseboat tawarkan ..
Untuk maklumat lanjut boleh hubungi:
Razna Travel & Tours
Laman Web: www.raznatravel.com
Facebook: Razna Travel & Tours
Instagram: razna.travel / kenyirhouseboat.official
Phone No: 09 - 6226565 | 014 - 3296565 | 010 - 9222665 | 011-10609897
HQ: Lot 37756, Tingkat 1, Block A, Rimba Square,
Gong Pak Damat, 21200 Kuala Terengganu.
Wow hebat ni kalau buat family day mesti meriah kan
ReplyDeleteKAN YUNK .. MMG MERIAH NI
DeleteJie bg no hp awk
DeleteBg la hrga sewa utk 1 boat....
ReplyDeleteda d masukkan harga pakej .. sori ye 😁
DeleteHarga package tu siap makan tak. TQ
ReplyDelete