20 December 2013

Akaun FB gambar gadis ghairah

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) semalam membuat laporan polis terhadap sebuah akaun Facebook memaparkan  puluhan gambar  gadis tempatan dalam keadaan mengghairahkan yang mula  dikesan sejak lebih sebulan lalu.  

Presiden MJMM, Abdul Rani Kulup berkata, kewujudan akaun lucah seperti itu harus disekat bagi mengelak ia terus berkembang serta membawa budaya yang buruk dalam masyarakat di negara ini.

Menurutnya, MJMM  juga menggesa pihak berkuasa menyiasat dalang yang terlibat kerana khuatir sekiranya gadis-gadis berkenaan diperguna atau diperdagangkan oleh pihak-pihak tertentu.

“Kita tidak tahu sama ada mereka dengan rela atau dipaksa melakukan aksi berkenaan, jadi kita minta pihak polis, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menyiasat perkara ini,” katanya selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, semalam.

Sementara itu hasil carian Sinar Harian mendapati laman sosial berkenaan aktif memuat naik gambar-gambar sejak seminggu yang lalu.

Namun selepas laporan polis ini dibuat pagi semalam,   tinjauan semula mendapati pengendali  akaun lucah berkenaan telah bertindak menutup akaun  tersebut.


SUMBER : SINAR HARIAN

7 comments:

  1. baguslah kalau dah buat siasatan. membanters! yeah!

    ReplyDelete
  2. haisshh mcm2 betul zmn skrg..takut..

    ReplyDelete
  3. kena alerts ngan benda2 mcm ni.. pguna laman sosial pon kena sma2 mbantu banteras gejala lucah cmni.. mroskkn akhlak btol.. huhu

    ReplyDelete
  4. ish ! mcam-mcam betol la skrang ni . .patotnye facebook dikenekan bayaran .. macam yang dorang cadang tu .. baru la tak banyak masalah kat malaysia ni .. : ) kah kah ..

    ReplyDelete
  5. Ntah apa je la mereka dpt bila buat bnda mcm tu...alahai...dunia..dunia..

    ReplyDelete