Saya berusia 21 tahun, dan sudah berkahwin. Masih muda bukan? Suami saya berusia 23 tahun. Juga masih muda. Kami berdua masih belajar. Jadi, mengapa berkahwin? Kalau ikut kata mak ayah, “Nak bagi bini makan apa? Pasir?”
Perjalanan cinta saya tidak mudah. Sebelum berkahwin, saya pernah teruk dikecewakan bekas kekasih. Dia
minta masa 3 tahun dari tarikh kami ‘declare’, untuk bersedia untuk
berkahwin. Hampir 3 tahun, saya ditinggalkan untuk perempuan lain.
Kecewa? Sudah tentu. Jujur, saya hampir bunuh diri. Saya mengalami
tekanan hidup sehingga tidak berhubung dengan dunia luar.
Tapi selepas itu baru saya sedar kehadiran suami saya yang sudah 4
tahun menunggu peluang. Pada mulanya, saya ingat sekadar ‘cinta
rebound’, tetapi selepas 2 bulan berkenalan dan bercintan, suami saya
melamar untuk berkahwin. Pada mulanya, saya ingat satu gurauan. Akhirnya
si dia berani hubungi ayah saya dan minta izin untuk berkahwin kerana
takut kehilangan saya lagi.
Ayah saya pun dahulu berkahwin ketika belajar; ketika beliau tahun 1 peringkat ijazah.
Suami saya pelajar perubatan tahun 3, dan saya cuma tinggal 2 bulan
untuk mengakhiri pengajian. Ayah saya bersetuju memandangkan saya sudah
kecewa, takut juga pisang berbuah dua kali. Akhirnya, kami berkahwin.
Dengan mahar RM 200, sebentuk cincin emas, tiada hantaran, tiada majlis, kami bernikah.
Simple bukan? Kenapa perlu pening?
Kalau anda lelaki, anda mesti ingin berikan segala yang terbaik untuk bakal isteri anda.
Dan, kalau anda perempuan seperti saya, semestinya inginkan hantaran
yang tinggi (lulusan ijazah sekarang, hantaran RM10K ke atas). Perlu
tidak?
Maaf perempuan, kalau terasa. Saya bukan jual
diri, saya tidak perlukan hantaran RM10-20K. Saya tidak letak harga
untuk nilai diri sendiri dan harga cinta saya. Ini masalah kalau kita
kahwin cara Melayu; bukan cara Islam.
Saya perempuan lulusan ijazah, saya ada tulang 4 kerat, dan saya
boleh berusaha, kenapa perlu mengharap dengan lelaki? Suami bukan untuk
dibebani, tapi untuk disenangi. Isteri bukan untuk dibeli, tapi untuk
dikasihi.
Kos kahwin sekarang paling rendah pun RM20K serba serbi. Hantaran,
majlis, belum baju, pelamin. Tapi cuba fikir, perlu tidak? Baju raya kan
masih ada, cantik lagi. Kasut raya pun masih baru.
Kenapa perlu buat majlis di hotel, dewan orang ramai kan ada? Kalau
rasa sangat mahal untuk katering, boleh upah orang masak, tinggal
sediakan bahan dan peralatan. Bersanding tak perlu, buat penat badan
duduk macam tunggul depan orang.
“Seganlah. Nanti orang kata apa.”
“Isk, buat malu belajar tinggi-tinggi, tak dapat hantaran.”
Hai, ni mentaliti Barat. Bagi yang beragama Islam, ingat rukun nikah.
Tanggungjawab selepas kahwin yang penting. Lebih baik duit sewa pelamin jadi duit persiapan untuk anak pertama. Prioritikan penggunaan duit anda. Kos bersalin
bukan murah. Kalau di hospital kerajaan, paling kurang perlu ada
RM400-500. Tapi di hospital swasta, minimum RM2000. Kos ada anak sangat
tinggi sekarang.
Pernah cuba lihat harga setin susu bayi di pasar? Harga lampin pakai
buang? Dan sekarang, anda masih terfikir pelamin itu penting? Ini tak
kira duit nak beli kenderaan, beli rumah. Pening!!
Jadi jangan bebankan diri anda dengan majlis perkahwinan yang membazir dan tidak perlu.
Saya bahagia sekarang. Boleh keluar dengan suami tanpa rasa takut dan
malu, disentuh lelaki bukan mahram. Dan suami saya tidak perlu takut
saya diambil lelaki lain seperti dahulu. Apa semua yang pasangan
bercinta lakukan, kini kami lakukan dengan halal. Dan kami boleh
lakukan lebih dari itu, dengan halal. Tidak perlu risau. Kami aman dan
bahagia. Saya dan suami masih bercinta. Masih belajar mengenal sesama
sendiri. Dan percayalah, tak guna bercinta lama-lama.
Seganlah keluar dengan pasangan yang tidak halal untuk anda. Saya dan
suami, masih seperti pasangan yang baru bercinta. Saya mampu tanggung
hidup sendiri, kerja dan cari duit sendiri. Buat apa menyusahkan suami?
Dan suami berusaha belajar bersungguh-sungguh (bagi pelajar perubatan,
anda faham maksud saya), untuk mendapat keputusan yang cemerlang.
Saya tahu ego lelaki tercabar, tetapi saya jujur cintakan suami saya.
Saya tak ingin jadi beban, cukup asal dia berasa senang dengan saya.
Tidak perlu nafkah yang besar, semampu yang ada saya terima.
Bakal-bakal isteri sekalian, bersyukurlah dengan suami anda. Dan
bakal-bakal suami sekalian, hargai isteri kamu. Terima kekurangan dan
kelemahan pasangan anda. Persamaan membina keserasian, perbezaan itu
melengkapkan.
Rezeki Tuhan ada di mana-mana. Jangan putus asa. Berkahwinlah! Semoga anda semua merasa tenang dan bahagia.
"MAMAT" .. insya ALLAH sy takkan bebankan awak ..
COPY FROM http://harianislam.com/2013/01/24/jangan-takut-kahwin-muda/
as salam...salam ukhwah...singgah sini...follow me back ok..
ReplyDeletebertuah la mamat.hehe
ReplyDeletemoga bahagia yea.
done follow sini yunk..
ReplyDeletehttp://tengkubutang.blogspot.com/
hah? dh kawen? hah? mudanya dh kawen?? betul ke ni?
kawin muda pun ok sebenarnya kalau kita sendiri dah betul2 bersedia utk mghadapinya. k.jaa sendiri pun kawin umur 20...hikhik...
ReplyDeletehurm..smua x kena... kalo nk ikot kata org susah la kan...
ReplyDeletekalo ada jodoh tak kemana..hehe..tahniah bakal pengantin..hee(^_^)
ReplyDeleteinsyaAllah moga di permudahkan.. banyak pahala berkahwin ni..
ReplyDeleteSemoga barakah hingga ke akhir hayat :)
ReplyDeletecerita kat atas tu.. ada yg akak setuju.. ada yg tak.. ^_^ tapi terpulang pd diri masing2.. sebab pernikahan sekali seumur hidup.. dan berharap sekali seumur hidup.. ^_^
ReplyDeleteBetul Deq...sekadar yg termampu....moga diberkati niat suci Deq tu..
ReplyDeleteKak MV pun kawen masa umur 20 tahun
ReplyDelete