6 January 2013

TERKEJUT JAZAD BAYI ATAS TONG SAMPAH

pengutip barang lusuh jumpa mayat dalam beg plastik

Mayat seorang bayi perempuan masih bertali pusat ditemui di atas tong sampah di lorong belakang sebuah premis makanan segera di jalan Dato Onn Jaafar di sini , malam kelmarin .

Ketua Polis Daerah Ipoh , Asisten Komisioner Sum Chang Keong , berkata mayat bayi diletakkan dalam beg plastik itu ditemua seorang pengutip sampah pada jam 7 malam .

belum potong tali pusat
"mayat bayi ditinggalkan itu dipercayai baru dilahirkan berdasarkan tali pusat yang belum dipotong".

"bagaimanapun , kita masih belum mengetahui bangsanya tetapi bayi itu berkulit cerah , cukup sifat dan tiada kesan cedera pada tubuhnya", katanya disini semalam .

Beliau berkata , polis masih lagi menyiasat sama ada bayi itu meninggal dunia sejurus dilahirkan sebelum mayatnya dibuang atau ditinggalkan dalam beg plastik ketika masih bernyawa .

Katanya , mayat bayi berkenaan dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat dan polis menyiasat kes tersebut mengikut syeksen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran . 

"Polis meminta kerjasama dari orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya tampil membantu siasatan dengan menghubungi balai polis terdekat ," katanya .

disalin balik oleh dEdEQ dE wIshEs dari BERITA HARIAN | 6 januari 2013 | AHAD

14 comments:

  1. kejam!
    adakah ini trend org zaman sekarang?
    tett no komen.

    ReplyDelete
  2. Allahuakbar! manusia tak berperikemanusiaan langsung sanggup buang bayi.. sedihh..

    ReplyDelete
  3. Makin lama.. manusia makin hilang nilai kemanusian dan makin tak ada rasa malu dlm diri.,,
    Ini ke ciri manusia akhir zaman?

    ReplyDelete
  4. alahai sedihnya..tergamak kan diorg nih..minta kite dan kturunan kite djauhkan..

    ReplyDelete
  5. musim buang bayi lak kan :)
    kejam sgt diorg ni

    ReplyDelete
  6. macma macam kes sekarang. Astagha.

    ReplyDelete
  7. nauzubillah.. manusia semakin kejam.. huhuhu

    ReplyDelete
  8. sangat2 kejam...kesian baby tuh... sob sob... x kira lah bangsa apa pown kan?

    ReplyDelete
  9. ksiannye. binatang pon tao syg ank kan akak kan.

    ReplyDelete
  10. kesiannya ..... tak bersalah ke org yg buang tukan Deq!!

    ReplyDelete
  11. baby yg xberdosa tu...sedih bila tahu ada kes2 cmni

    ReplyDelete