KUANTAN 3 Jan. - Sekumpulan lelaki bertopeng dan
bersenjatakan parang mengambil masa tiga jam untuk menyamun tiga buah
rumah di sekitar bandar ini malam tadi.
Timbalan Ketua Polis Daerah, Supritendan Abdul Aziz Ahmad berkata,
kes samun pertama berlaku kira-kira pukul 8.30 malam apabila empat
penjenayah bertopeng dan membawa parang menceroboh masuk rumah seorang
ahli perniagaan di Lorong Pelindung 33 di sini.
Pengadu iaitu Gow Jun Hor, 22, berkata, hanya ibunya berada di rumah
ketika kejadian dan bergegas pulang sebaik sahaja dimaklumkan oleh
ibunya berusia lingkungan 60-an mengenai kejadian tersebut.
"Suspek menggeledah rumah mangsa dan melarikan barangan kemas serta
sejumlah wang tunai kesemuanya dianggarkan kira-kira RM55,000.
"Ibu pengadu tidak mengalami kecederaan namun dia gagal mengecam
suspek kerana kesemua mereka bertopeng," katanya ketika dihubungi hari
ini.
Beliau berkata, kumpulan suspek tersebut kemudian menyamun sebuah
lagi rumah di Lorong Indera Mahkota 2/90 dekat Bandar Indera Mahkota di
sini kira-kira sejam kemudian.
Tambahnya, ketika kejadian pemilik rumah iaitu seorang ahli perniagaan lelaki berusia 46 tahun tiada di kediamannya.
Kata beliau, mangsa juga menerima panggilan telefon daripada ibunya memaklumkan rumah mereka disamun.
"Suspek merampas barang kemas, wang tunai dan jam tangan berjenama
dengan nilai kerugian dianggarkan RM20,000. Rumah pengadu mempunyai CCTV
(kamera litar tertutup) namun penjenayah turut melarikannya," katanya.
Kira-kira pukul 10.30 malam, Aziz berkata, sebuah rumah di Lorong Tok
Sira 4/2 Taman Melor di sini turut disamun sembilan lelaki
bersenjatakan parang.
Bagaimanapun katanya, suspek hanya sempat melarikan seutas gelang
tangan yang dianggarkan bernilai RM3,000 dan mereka melarikan diri
menaiki dua buah kenderaan.
Tambahnya, polis percaya ketiga-tiga kejadian tersebut didalangi penjenayah yang sama namun masih menyiasat kes berkenaan.
Kata beliau, modus operandi kumpulan ini juga sama iaitu mengumpil pintu hadapan sebelum menceroboh rumah mangsa.
"Polis kini giat memburu penjenayah terbabit dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan," katanya.
Nasib tak diapa apakan... kalau boleh tak mo hilang dua dua...nk buat xam ne dh nasib...
ReplyDeletemacam2
ReplyDeletemacam2 jenayah skrg ni.
ReplyDeletebyk nyer diaorg rompak. jahat la manusia skrang ni
ReplyDeletedunia2.. menakutkan la sekarang..huhu
ReplyDeletesemoga kes ni cepat selesai...biar padan muka diorang tuh....
ReplyDeletemenakutkan
ReplyDelete