Oleh
yang demikian, hendaklah menyerahkan pada Yang Maha Kuasa untuk
memilihnya. Sebelum seseorang mengambil keputusan ia dianjurkan solat
istikharah dua rakaat.
Dengan
mengharapkan agar ditunjukkan Allah untuk mendapatkan pilihan yang
terbaik. Jika keraguan masih mempengaruhi fikiran untuk menentukan
pilihan, ulangilah solat istikharah dan membaca doanya, walaupun
pengulangan sampai 7 kali berturut-turut. Selepas itu, bertawakkal
kepada Allah, pilihlah salah satu daripadanya, ambillah yang mana arah
‘hati’ lebih cenderung setelah berdoa. Jangan menimbulkan lagi keraguan,
yakinlah bahawa itu adalah pilihan terbaik dari yang Maha Kuasa.
Jangan
merasa kecewa andai ternyata dalam keputusan yang dipilih menimbulkan
keinginan yang tidak disukai. Ingatlah bahawa ini adalah yang telah
digariskan pada azali yang tidak dapat dielakkan, besar kemungkinan
mengandungi hikmah, membawa kebaikan dimasa akan datang, hendaklah tetap
mempunyai husnuz-zan kepada Allah.
Tata Cara Shalat Istikharah
Tata
cara solat istikharah lebih kurang sama dengan solat subuh, Hanya
niatnya saja yang berlainan, iaitu berniat solat istikharah.
dilaksanakan sebelum tidur ataupun setelah bangun tidur. Sangat baik
dilakukan sesudah lewat tengah malam disaat sunyi, supaya hati lebih
khusyuk dalam mengemukakan permohonan kepada Allah. Solat ini sangat
peribadi sifatnya. Sebab itu harus dikerjakan sendirian. Solat ini tidak
memakai azan atau iqamah.
Lafaz niat:-
Ushalli Sunnatal Istikharaati Rak’ataini Lillahi Ta’aalaSahaja Aku sembahyang sunnat istikharah 2 rakat tunai kerana Allah Ta’ala
Rakaat pertama-
Baca surah Al-fatihah dan surah Al-kafirun
Rakaat kedua-
Baca surah Al-fatihah dan surah Al-ikhlas
Selepas salam, bacalah doa yang disarankan dalam istikharah.
Dalam berdoa sebaiknya menyebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t. misalnya: “Ya Allah, jika hal ini….(sebutkan namanya)”
Doa istikharah
Setelah selesai solat, berdoa seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW:
Allaahumma inkunta ta’lamu anna haadzal amra khairun lii fii diinii wama’aasyii wa ‘aaqibati amrii, ‘aajili amrii wa aajilihi faqdurhu lii wa yassirhu lii tsumma baarikliifiihi. Wa inkunta ta’lamu anna haadzal amra syarrun lii fii diinii wa ma’aasyii wa ‘aaqibatu amrii ‘aajili amrii wa aajilihi fashrif annii washrifni ‘anhu waqdur liyal khairahaytsu kaana tsumma ardhinii bihi, innaka ‘alaa kulli syai-in qadiir
Ertinya:-
“Ya Allah, aku memohon petunjuk memilih yang baik dalam pengetahuanMu, aku mohon ditakdirkan yang baik dengan kudratMu, aku mengharapkan kurniaMu yang besar. Engkau Maha Kuasa dan aku adalah hambaMu yang dhaif. Engkau Maha Tahu dan aku adalah hambaMu yang jahil. Engkau Maha Mengetahui semua yang ghaib dan yang tersembunyi.
Ya Allah, jika hal ini (***) dalam pengetahuanMu adalah baik bagiku, baik pada agamaku, baik pada kehidupanku sekarang dan masa datang, takdirkanlah dan mudahkanlah bagiku kemudian berilah aku berkah daripadanya.
Tetapi jika dalam ilmuMu hal ini (***) akan membawa bencana bagiku dan bagi agamaku, membawa akibat dalam kehidupanku baik yang sekarang ataupun pada masa akan datang, jauhkanlah ia daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya. Semoga Engkau takdirkan aku pada yang baik, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas setiap sesuatu.”
thanks for sharing :)
ReplyDeleteentry yg menarik :)
ReplyDeleteDeq dah buat ke? Dah nampak en buncit ke belum?....he.he...
ReplyDeleteInsyaAllah..
ReplyDeletethanks share =)
nice sharing :)
ReplyDeletebgs entry nie...semoga kita dpt petunjuk dr ILAHI ;) Insyaallah ~
ReplyDeleteNice sharing Deq~!
ReplyDeletesyg dah buat ke? buat la yer mane tahu cepat jodoh kamu pasni..
ReplyDeleteinsyallah shida pun nk buat jiejah :)
ReplyDeletenice sharing deq :)
insyallah shida pun nk buat jiejah :)
ReplyDeletenice sharing deq :)