Seorang gadis menghadiri sebuah makan malam di rumah orang tua kekasihnya . Teruja bercampur gelisah kerana ini merupakan perjumpaan pertama dengan keluarga kekasih . Tambahan pula dia mahu memberikan tanggapan yang baik kepada bakal mertua . Maka duduklah mereka di sebuah meja makan sambil menikmati hidangan yang enak .
Beberapa saat kemudian si gadis mula nerasa kurang selesa akibat gugup yang keterlaluan . Tidak cukup dengan itu , sambal petai yang dimakannya tidak begitu membantu . Setelah beberapa minit menahan kentut , akhirnya dia sudah tidak tahan lagi . Tidak mempunyai pilihan lain , dia memutuskan untuk mengeluarkan sedikit kentut agar berasa lega .
Kentut itu tidak begitu nyaring tapi semua orang di meja makan mendengarnya . Belum sempat rasa malu menyerbu si gadis , bapa kekasihnya , melihat ke kucing keluarga yang asyik berpusing-pusing di kaki si gadis . Dalam nada yang agak tinggi , si bapa menjerit , "JACK!" .
Si gadis terfikir dirinya selamat dan segaris senyuman menghiasi wajahnya . Beberapa minit kemudian , dia mula berasa tidak selesa lagi . Kali ini , tanpa segan silu dia melepaskan kentut dengan bunyi yang agak kuat . Bapa kekasihnya kembali menatap kucing keluarga dan berteriak , "CIS , JACK!" .
Sekali lagi si gadis tersenyum dan terfikir dia berjaya melepaskan diri . Selang seketika , si gadis perlu mengeluarkan angin lagi . Namun tanpa berfikir panjang dia melepaskan angin begitu saja , lantas bunyinya begitu kuat sekali .
Sekali lagi bapa kekasihnya terpandang kearah kucing keluarga dengan pandangan jijik dan menjerit , "CIS JACK! CEPAT PERGI DARIPADA PEREMPUAN ITU SEBELUM DIA BERAK DI ATAS KAMU!" ..
p/s : aku taip entry ni sambil makan kopok
wahahha... x senonoh tul.. haishh... kentut kuat plak tu.. eeii...errr... sambil scroll kebawahkan.. ku pikirkan yang berwarna kelabu tu adalah Tuttt!!!.. rupa2nya bukan.. wahahha... ampun..
ReplyDeleteingat nk cite mkn kopok gotey tu ...adeh ! hahahhaha...
ReplyDeletehaha..adeh..tak supan :D
ReplyDeletePergh sodapnya ni.... my faveret!
ReplyDelete