seorang budak perempuan menyalakan empat batang lilin di dalam sebuah bilik yang gelap .. Lalu , terdengarlah lilin yang pertama bersuara : "Namaku DAMAI .. sayangnya manusia tidak mahu menjagaku .. mereka lebih suka huru-hara , mengganggu kedamaian . Lebih baik aku mati daripada terus memberikan sinar ". Lalu padamlah lilin pertama itu ..
Kemudian lilin kedua pula menyambung .. "Namaku IMAN .. sayangnya tidak ramai manusia mahu mengenaliku .. hiburan duniawi lebih berguna daripadaku .. apalah gunanya aku terus menyala". dan padamlah lilin kedua itu ..
Lilin ketiga pula menyambung perbualan .. "Namaku CINTA .. tapi manusia tidak mengganggapku berguna .. mereka saling membenci walaupun darah daging sendiri .. tiada gunanya aku terusmenyala". padamlah lilin ketiga itu ..
budak perempuan itu menangis ketakutan ..
"apakah yang telah terjadi ? mengapa hanya satu yang menyala ? aku tidak mahu begini .. aku takut kegelapan .. sebatang lilin tidak cukup untuk menerangi bilik gelap ini", ujarnya tersedu-sedu ..
melihat budak kecil itu ketakutan .. lilin keempat pun bersuara : jangan takut .. selama aku ada , kau tetap mampu menyalakan ketiga-tiga lilin tadi walaupun banyak mana ia terpadam ".
"siapakah engkau ?" tanya budak kecil itu ..
"Akulah HARAPAN .." jawab lilin keempat ..
budak itu berhenti menangis . diambilnya lilin keempat lalu di cucuhkan untuk menyalakan ketiga-tiga lilin yang mati tadi ..
bilik itu terang-benderang semula .. budak itu tersenyum ..
Wahhh.. hebat2
ReplyDeletekarang sendiri ke ni?
wah! indahnya bahasa.. sob3x.. terharu.. :)
ReplyDeleteharapan mati bila terlalu cepat mengalah :)
ReplyDeleteakulah harapan kedua ibu bapa ku ;)
ReplyDeletesentiasa berharap -___-
ReplyDeletewah... ni yg wat jimur x nak berhenti berharap^^ tq dedeq
ReplyDeletetak salah ade harapn.cuba usaha.mana tahu harapan jd kenyataan kan.
ReplyDeleteso sweet.. banyak pedoman n pengajaran psl harapan dan lilin.. ^_^
ReplyDeleteHarapan sentiasa ader
ReplyDeleteLilin tu cahaya yg bersinar d mlm yg gelap
wow
ReplyDeletebestnye entri ni =)
harapan buat kita terus mengharap/
betol ke? hehe..
waahh.....hebat...
ReplyDeletesalam...Kak Jaja dah pos button tau.. :)
ReplyDeletedah sampai nanti bgtau ok..
msg kat no nie
017-2725674
entri motivasi ni
ReplyDeletebagus