Rumah rakit best di Tasik Kenyir.
Adoii, dah macam houseboat gayanya.
Terletak tak jauh dari jeti utama Pengkalan Gawi, iaitu pintu masuk utama Tasik Kenyir. Lebih kurang 15 minit sahaja dengan bot laju untuk sampai ke rumah rakit ni.
Berlatar belakangkan air terjun Sg Siput, Toman Raft House ini menyediakan satu percutian inap mesra pelawat.
Unik dan tersendiri, pelawat akan disediakan khemah yang selesa.. Lengkap dengan tilam, selimut dan bantal. Buka je zip pintu khemah, hambekk.. Tasik luas terbentang depan mata.
Boleh menmpung pelawat lebih kurang 20 ke 25 orang pada satu satu masa.
Dapur, tandas, bilik mandi semua cukup tersedia.
Apa nak buat kat sini? Selain menikmati alam semulajadi, pelawat boleh berkayak di sekitar rumah rakit ni, mandi tasik atau kayuh kayak tu sampai sg Sepat. Mandi air terjun. Besttt...
Nak bbq pun boleh. Tempat bbq disediakan.
KENAPA MESTI RUMAH RAKIT ?
- Suasana baru dan cara baru untuk mendapatkan ketenangan di tengah tasik.
- Boleh menginap di rumah rakit dengan bilangan kecil.
- Murah dan berbaloi
- Senang dapat line internet (xperlu stress)
- Kru2 rumah bot yang ramah dan sporting
- Dekat dengan jetty utama / xperlu spend banyak masa diatas bot
-Naik kayak je nak gi mandi air terjun sungai sepat
Aktiviti lain yg boleh dibuat di Rumah Rakit
1. Island hopping
Naik bot, pusing pusing tasik.. Tengok sebahagian dari 340 buah pulau yg ada di sini.
2. Melawat Taman Herba, Taman Orkid, Taman Rama rama.
3. Mandi air terjun Saok atau air terjun Lasir
4. Santuari Kelah Sg Petang.
Wajib lawat ni.. Pelawat boleh lihat, sentuh dan mandi bersama ikan kelah jinak.
5. Taman Negara Terengganu.
Kat sini boleh melawat Gua Bewah, tempat penemuan rangka manusia purba tertua di Malaysia.. Bewah Man.
Melunak Trail.
Bagi peminat rentas hutan, boleh cuba trek Melunak Trail ni.. Trail yg membawa ke Pokok Melunak terbesar yang ada kat sini.
Gambar dan more story tunggu posting lain ye.. Kita cerita detail nanti..
Pakej rumah rakit ada tak ? Ehhh .. mesti la ade .. ni haaaa . Tengok bawahh ..
⛺⛺⛺⛱️⛱️⛱️🚤🚤🚤🚣🏽♂️🏊🏻♀️
*BERCUTI JOMM... NAK REHAT ? NAK TENANG ? NAK LUANG MASA DENGAN YANG TERSAYANG DENGAN KEHIJAUAN ?*
MEH KITE INAP KAT UMAH RAKIT TASIK KENYIR SERENDAH *RM130 JE SEORANG* .. 🥰 🥰🥰🥰🥰🥰
*2hari 1malam*
RM130/pax (Free & Easy)
*2hari 1malam*
RM200/pax (Fullboard)
*3hari 2malam*
RM210.00/pax (Free and easy)
*3hari 2malam*
Rm280/pax (Fullboard)
*Pakej termasuk:*
1)Khemah yg selesa
2)Tilam
3)Bantal
4)Selimut
5)Set cadar dan sarung bantal
6)Tandas / Bilik mandi
7)Dapur
8)Alatan memasak
9)Jaket keselamatan
10)Pelampung keselamatan
11)Umpan sawit
12)Kayak double
13)Boat transfer
Free & easy : tanpa makan
Fullboard : 1x bfast, 1x lunch, 1x dinner @ 2x bfast, 2x lunch, 2x dinner.
*Aktiviti lain boleh add on*
TEMPAHAN RAFT HOUSE TOMAN 2
***Untuk tempahan @ keterangan lanjut boleh hubungi : 0199474903 - jihah
www.wasap.my/60199474903/rumahRAKIT