26 April 2015

TOLONG ! TOLONG ! ..

Assalamualaikum

HEHEHE .. mintak tolong boleh ?


Kalau sudi tolong .. 

Ikut langkah-langkah kat bawah ni eh ..

TERIMA KASIH ^_^

LANGKAH2
LIKE PAGE --> My Beauty Herbs

PASTU LIKE GAMBAR NI -->GAMBAR PRINT SKRIN TESTIMONI


23 April 2015

Cara Meneran Dengan Betul Ketika Bersalin

Assalamualaikum

Ya ALLAH risaunya sekarang ni .. tanda-tanda macam nak bersalin tu da rasa sikit-sikit .. tapi baru 38 week ..

Sekarang ni duk rasa macam memulas nak membuang tapi bila gi tandas .. takde pulak .. pastu macam perit-perit .. cakar-cakar kat dalam perot ni ... menangis jugak menahannya .. manja betolla .. adeh .. 

Terus GUGEL cara-cara nak meneran dengan betol . risau kot malam ni keluar my baby ni . hehe . jemput baca . kot korung pun preggy dan nak tahu cara-cara meneran ..
  • Angkat kepala sehingga mencecah dada
  • Mata pandang ke perut
  • Tangan pegang pergelangan kaki
  • Elakkan mengeluarkan suara ketika meneran. Simpan tenaga untuk meneran
  • Jangan sesekali angkat punggung agar luka koyakan tidak menjadi besar pada vagina
  • Tarik nafas dalam – dalam dan teran seperti keadaan membuang air besar. Pastikan anda tidak keluarkan nafas dengan kuat.
  • Teran sekuat – kuatnya selama yang boleh.
  • Curi nafas dan sambung teran disetiap kontraksi
  • Dengar arahan jurujawat dan doktor
  • Elakkan menjerit – jerit dan ingat pada Tuhan sehingga semuanya selesai.

moga bermanfaat untuk semua .. AMIN


‘CHRISZEN MOIST CAKE’ MURAH

13 SEBAB KENAPA ANDA PERLU MILIKI ‘CHRISZEN MOIST CAKE’

✔ Wajah lebih licin, gebu , glowing & cerah semulajadi.
✔ Jimat masa - tak sampai 3 minit wajah tampil berseri2.
✔ Sesuai utk ibu2 yg sibuk & bekerjaya kerana sangat senang disapu dan mudah untuk diratakan ke seluruh wajah.
✔ Menutupi bintik2 hitam & ton kulit yg tak sekata. Dapat menutupi parut, serta lingkaran hitam sekeliling mata.
✔ Mengecilkan pori2 yg terbuka dan Noncomodogenic – tidak menyumbat pori-pori.
✔ Anti aging - melambatkan proses penuaan kulit..kelihatan jauh lebih muda dr usia sebenar.
✔ Perlindungan sinar matahari – spf 50++, kulit yg lemah akibat terdedah pd cahaya matahari akan menyebabkan kulit anda cepat berkedut, berjeragat & kusam.
✔ Tidak berminyak & sesuai untuk semua jenis kulit (normal, kering & berminyak). Warnanya dicipta untuk orang Asia serta tekstur yg ringan sesuai untuk cuaca panas/tropika.
✔ Nampak sangat natural tak seperti memakai mekap tebal, tidak “comot & bercapuk2”.
✔ Sapuan sedikit sudah memberi hasil maksima seperti dimekap oleh jurusolek professional!
✔ Tahan lama sehingga 10 -12 jam.
✔ Mudah di bawa ke mana shj.
✔ Yang penting MURAH, JIMAT & SENANG utk digunakan.

BEDAK MAGIC ‘CHRISZEN MOIST CAKE’ ini ada 3 warna pilihan
No. 1 - Merah Jambu Cerah - Kulit Cerah ( Sofea Jane )
No. 2 - Merah Jambu - Kulit Melayu ( Zizie Ezzety )
No. 3 - Kuning Langsat - Kulit Sawo Matang/Gelap ( Lisdawati )

PENTING!!
✔ Kesan sepantas 3 minit !! Ini adalah respon biasa yang kami terima dari ribuan pengguna kami. Jadi, anda patut cuba HARI INI JUGA !!
✔ Chriszen Moist Cake telah mendapat kelulusan KKM - NOT140304903K dan selamat digunakan.


RM50 SM / RM55 SS

UNTUK ORDER BOLEH WASSAP 0133458296 ATAU PM KAT FB DEDEQ DE WISHES



18 April 2015

MENANG RM150,000.00 DARI TNB

Assalamualaikum

HAHAHA .. seronoknya kalau semua ni betol kan ? Manyak tu .. memang duk rumah goyang kaki je .. beli tanah .. buat rumah dan kedai .. fuhlamak .. UNTUNG UNTUNG .. tapi semua ni ScAM ScAM .. 

Tenaga Nasional Berhad
(TNB HQ) 129 Jalan Bangsar,
59200 Kuala Lumpur,
Kuala Lumpur,
Malaysia



Ini adalah satu pemberitahuan rasmi daripada ibu pejabat daripada Tenaga 
Nasional Berhad sempena Persatuan Air Malaysia (PAM) untuk memaklumkan anda 
mengenai Hadiah Khas Eksklusif Tenaga Nasional Berhad Akhir Tahun  dan kami 
Kami dengan gembira mengumumkan alamat e-mel anda sebagai salah satu  
daripada 7 alamat e-mel yang dipilih semalam yang diadakan di ibu pejabat di 
Kuala Lumpur.

Dilampirkan disini Nombor Rujukan TNB-1187-48901 dengan Nombor kelulusan, 
TNB / 2012-087 /KL, dan nombor bertuah, TNB / 7071KL-733 yang memenangi MYR 
150,000.00 (Seratus Lima Puluh Ribu Ringgit Malaysia Sahaja), alamat e-mel 
anda dipilih dari pangkalan data ibu pejabat lembaga program Tenaga Nasioanl 
Berhad dan TNB memberi MYR150,000 kepada 7 keluarga yang bertuah menerima 
mesej rasmi ini melalui e-mel sebagai pampasan 1 Malaysia.

Hadiah ekslusif Akhir Tahun TNB berjumlah  MYR150,000.00 akan dikeluarkan 
kepada anda melalui bank antarabangsa. Oleh kerana rombakkan beberapa nombor 
dan nama, kami meminta anda menyimpan mesej ini untuk diri sendiri dan tidak 
akan sama sekali mendedahkan kepada pihak TNB sehingga tuntutan anda telah 
diproses, dan hadiah anda dimasukkan ke dalam akaun anda, kerana ini adalah 
sebahagian daripada protokol untuk mengelakkan penyalahgunaan nombor bertuah 
anda.

Untuk memulakan tuntutan TNB anda, anda dikehendaki mengisi borang pengesahan 
di bawah dan mengemukakannya kepada ejen tuntutan anda,Puan Zailina Bt Zainal 
Abidin bagi membolehkan beliau menjelaskan fail anda dan membayar dengan 
segera.


Jabatan Ganjaran TNB
Zailina Bt Zainal Abidin
TEL: +60163774909
E-Mel: tbn-carelines@outlook.my

Nama Penuh:
Alamat Bil:
Umur:
Warganegara:
Nombor Telefon Rumah:
No. Pengesahan dan Rujukan Hadiah:

NOTA: Untuk mengelakkan kelewatan atau pembatalan, sila lampirkan bersama  
Nombor Rujukan dan Nombor Pengesahan TNB dalam semua urusan surat menyurat 
dengan ejen anda di dalam e-mel ini.

Semua wang hadiah mesti dituntut tidak lewat dari  tarikh 31 Mai, 2015. Apa-
apa tuntutan yang tidak dibuat mengikut tarikh ini akan dikembalikan kepada 
Tenaga Nasional Berhad, Malaysia.

Tahniah !! Sekali lagi
Saya yang menurut perintah,
(Nor Fadilah Binti Samsudin)
Setiausaha Publisiti TNB
© Copyright 2015 Tenaga Nasional Berhad
Semua hak cipta terpelihara.


14 April 2015

Wajah Putih Gebu dengan My Beauty Herbs Whitening Intensive Booster Skincare

Assalamualaikum .. 

Selama ni deq preggy ni .. selalu mengeluh sebab jerawat memang naik macam cendawan tumbuh lepas hujan .. hahaha .. alahan bak kata orang .. da macam-macam produk deq pakai untuk hilangkan jerawat dan parut kesan jari yang gatal nak usik .. tapi tak menjadik .. haish .. ada jugak pikir dan tercari-cari nak try produk ape untuk muke ni .. bila tengok kak mia buat giveaway ni .. deq tryla join .. mana tahu kot rezeki deq .. then jeng jeng jeng .. hahaha ..  antara 50 orang blogger tu .. deq terpilih .. yahoo .. hehe .. dapat jugak try guna .. 


Set ini terdiri daripada : 
MBH Whitening Booster Soap
~Mengalakkan pertumbuhan sel kulit baru.
~Memperbaharui sel-sel kulit mati.
~Membantu menegangkan kulit.
~Mampu menghapuskan parut, jerawat dan jeragat.
~Membekalkan mineral , nutrisi dan asid amino.
~Merangsang pembaharuan dan penjanaan kulit serta pemburu radikal bebas.
~Berfungsi sebagai anti penuaan.
CARA PENGGUNAAN
Basahkan muka, campurkan pembersih dengan air sehingga berbuih, kemudian basuh muka dan leher secara urutan putaran dari bawah keatas. Bilas muka sehingga bersih dengan air. Disyorkan 2 kali sehari, pagi dan malam.

 MBH Whitening Booster Oxygenating Night Cream
~Mencerahkan kulit tanpa pengelupasan.
~Menghilangkan parut jerawat dan jeragat yg tebal.
~Melembabkan dan menyegarkan wajah perbaiki tekstur kulit.
~Menjadikan tona lebih sekata,lembut dan berkilau.
CARA PENGGUNAAN
Sapukan dengan lembut keseluruhan kulit muka dan leher selepas membersihakn kulit waja di waktu    malam.

MBH Whitening Booster Day Cream
~Melindungi daripada sinaran  UV.
~Kulit Nampak cerah dan licin.
~Menegangkan  kulit wajah.
~menghilangkan parut jerawat dan jeragat.
~Melembut dan melicinkan kulit wajah.
~Menganjal dan menghaluskan kulit.
~Menyerikan waja kusam
~Wajah lebih sihat dan lebih muda.
CARA  PENGUNAAN
Sapukan dengan lembut keseluruh kulit muka dan leher selepas membersihkan kulit wajah.


Seawal 3 hari muka deq dah nampak perubahan .. jerawat mula mengecut dan Selama 1 bulan guna produk ni lak .. makin nampak perubahan .. 

Tak caya ? cuba nengok gambar kat bawah ni .. 

Gambar muka deq sebelum dan selepas menggunakan produk My Beauty Herbs Whitening Intensive Booster Skincare 


Perubahan yang berlaku sebelum dan selepas pemakaian produk My Beauty Herbs Whitening Intensive Booster Skincare yang deq nampak ..

Sebelum
  • KULIT muka nampak tak bermaya 
  • WARNA KULIT tak sekata
  • KULIT muka kasar
  • PARUT jerawat banyak disebabkan alahan tengah mengandung
Selepas
  • KULIT muka semakin berseri-seri
  • WARNA KULIT dah menjadi sekata 
  • LEMBUT dan LICINkan kulit muka
  • PARUT jerawat dah mula pudar dan ada yang dah hilang terus 
  • GALAKKAN pertumbuhan sel kulit baru

Kehebatan produk My Beauty Herbs Whitening Intensive Booster Skincare   ni boleh :
  • Mengecilkan pori-pori wajah dan menghaluskan kulit
  • Mampu menghapuskan parut, jerawat dan jeragat
  • Menyerikan wajah kusam
  • Melindungi daripada sinaran  UV.
  • Kulit nampak cerah dan licin.
  • Wajah lebih sihat dan lebih muda
  • Pencerahan seawal 3 hari



Giveaway Whitening Intensive Booster Skincare : Review Produk dianjurkan oleh blogger Mia Liana dan ditaja sepenuhnya oleh My Beauty Herbs. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.

# SUKA SANGAT SEBAB DIBERI PELUANG TUK MENCUBA PRODUK DARI My Beauty Herbs Whitening Intensive Booster Skincare  NI .. 

TERIMA KASIH ^_^


Segmen Bloglist willYOU readTHIS?


  • 10 blog yang bertuah akan disenaraikan dalam blog list di sidebar blog willYOU readTHIS?
  • 2 blogger bertuah akan menerima doodle hasil lukisan penganjur


TAG : KAK SHIDA DAN KAK JIJAH SERTA PELAWAT BLOG DEQ .. JOM JOIN .. BAGI SUPPORT SESAME BLOGGER .. 

13 April 2015

KURSUS ASAS MEMANAH TRADISIONAL


Tempat : Putera Jaya As-Sakaf Stable . Jalan Pak Kancil Dalam ,Kampung Putera Jaya ,Setiu ,Terengganu . ( Berhampiran UNIVERSITY OF COLLEGE BESTARI )
Masa : 9:00 Pagi - 01:00 Tengahari
Yuran : RM80 ( Termasuk MInum Pagi Dan Makan Tengahari )
Penyertaan : Terhad Kepada 25 Orang Muslimin Dengan Pakaian Yangg Sesuai Dan Sopan
Pendaftaran : SMS Atau Whatssapp
Hantarkan Nama ,No Kad Pengenalan Dan No Telefon di nombor 0136437475 / 0145253931 / 0199308777 
Peralatan : Akan Disediakan . Digalakkan Membawa Peralatan Sendiri . ( Jika Ada )
Kursus Disampaikan Oleh Ustaz Nadzrin Dari Pusat Memanah Al-Bayda
** Sijil Penyertaan Disediakan Oleh Pusat Memanah Al-Bayda

Dari Uqbah bin Amir RA dia berkata: “Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda di atas mimbar:”
“Persiapkanlah semua kekuatan yang kalian miliki. Ketahuilah sesungguhnya kekuatan itu adalah memanah, ketahuilah sesungguhnya kekuatan itu adalah memanah, ketahuilah sesungguhnya kekuatan itu adalah memanah.”
– Sahih Muslim Hadith no. 1917

12 April 2015

VIDEO | GERAKAN MY BABY

Assalamualaikum

Bila azan maghrib berkumandang .. baby pun mula la nak buat gerakan .. hehe

Kebetulan masa baby buat gerakan tu .. mamanya ni tengah pegang HP .. jadi .. terakam la jugak sekejap gerakan dia .. hoho ..

Muat naik sini .. boleh buat simpanan dan kenangan ..

Agak-agak apa la baby tengah buat ni kan ?


video

Sekian ^_^

SENAMAN JANIN DALAM PEROT

Gerakan pada janin ini selalunya dapat dikesan antara minggu ke-18 hingga minggu ke-22. Sudah tentu ibu begitu terharu malah gembira setiap kali merasai gerakan janin.

Secara umumnya, janin akan bergerak pada kiraan normal sebanyak 10 kali dalam satu hari atau sekali dalam satu jam. Gerakannya akan menjadi lebih aktif pada sebelah malam. Keadaan itu sebenarnya dipengaruhi oleh hormon di dalam tubuh ibu yang bertindak lebih aktif pada malam hari. Begitu juga dengan keaktifan gerakan janin juga berbeza antara satu sama lain. Sebab itulah, ibu tidak perlu membandingkan gerakan janin dengan ibu-ibu yang lainnya. Sememangnya gerakan janin itu cukup unik sifatnya.

1. Menggeliat
Setiap kali anda bangun daripada tidur, anda akan meng geliat terlebih dahulu. Janin juga begitu. Dia akan mengalami keadaan lenguh selepas beberapa jam tidur bersama ibunya. Gerakan meregangkan otot tubuh itu dilakukan beberapa kali dalam sehari. Perlu diketahui juga, janin yang menge liat di pagi hari mampu untuk membangunkan anda dari tempat tidur. Aksi janin anda akan lebih dirasai jika ibu berbaring dalam keadaan terlentang.

2. Janin Juga Melakukan Senaman
Bagaimana bentuk senaman janin? Janin akan membuat gerakan meluruskan kaki kanan ke hadapan, diikuti kaki kirinya. Ia juga akan meluruskan tangan ke depan, diikuti tangan kirinya. Ibu pula merasai seolah-olah janin membuat gerakan menendang dan menyiku, walhal janin sedang melatih otot tubuhnya untuk meregang.

3. Menghisap Ibu Jari
Gerakan ini bukan sahaja dilaku kan oleh bayi atau kanak-kanak, janin di dalam kandungan juga boleh melaku kan aksi sebegini. Selalunya janin akan memasukkan ibu jarinya ke dalam mulut apa bila ibunya menikmati makanan yang enak. Janin akan menunggu turunnya zat-zat pemakanan yang diambil ibunya untuk sampai ke aliran darahnya melalui plasenta. Indah bukan fakta ini.

4. Berpusing
Ketika anda sedang sibuk bekerja, janin juga mahu menikmatinya. Ketika itulah ia sibuk menggerakkan kedua-dua tangan. Apatah lagi, apabila ia menganggap tali pusat yang menghubungkan janin dengan ibunya adalah sesuatu benda yang menarik. Ia akan memusing-musingkan tali pusat dan menggunakannya untuk berpindah dari satu posisi ke posisi yang lain.

5. Mengetuk Janin
Keadaan ini boleh dikesan atau menerima tindak balas daripada janin apabila ia telah memasuki usia 24 minggu. Lagi pula, dalam usia ini janin sudah boleh memberi tindak balas kepada usapan tangan kerana sistem saraf pusat di seluruh tubuhnya sudah membesar sehingga ia mampu bertindak balas terhadap rangsangan sentuhan yang sedikit menekan. Tindak balas itu menandakan janin kembali menyapa salam dari ibunya.

6. Gerakan Di Tulang Rusuk
Apabila anda cuba berehat ataupun tidur, janin tidak mahu mengikut. Seolah-olah ia masih mahu bergerak dan bermain dengan cecair hangat ketuban. Gerakan itu adakalanya anda dapat rasai sampai ke bahagian tulang rusuk. Itu bermakna, janin sedang meminta ibunya memberi tindak balas agar membelai dan mengusap tubuhnya dari luar sehingga ia tertidur.

7. Aksi ‘Hormat’
Cuaca hangat di luar juga turut dirasai janin. Misalnya ketika berada di pantai yang terdedah dengan bahang mentari dengan mengenakan pakaian yang nipis dan jarang, janin akan melakukan aksi ‘hormat’ iaitu menutup mata atau kepalanya kerana silau tatkala melihat cahaya yang tembus ke dalam perut.
Fahami Kaedah Membaca Gerakan Janin
Waktu terbaik untuk anda mengamati gerakan janin adalah pada sebelah malam iaitu ketika anda sedang berehat di rumah. Apabila kandungan telah memasuki trimester tiga, bacaan yang sesuai adalah bermula daripada sebelah pagi.

Sekiranya anda merasa gerakan janin, sama ada kuat atau perlahan, bermakna janin anda dalam keadaan baik. Apabila janin anda tidak aktif seperti biasa, kemungkinan ia dalam keadaan malas. Seharusnya ibu menggerakkannya dengan mengusap perut untuk beberapa ketika. Jika janin tidak memberi tindak balas terhadap rangsangan anda dan ia berlanjutan sehingga sehari, segerakan ke hospital untuk memantau keadaannya. Kenali gerakan janin sesuai dengan usia mereka.


9 April 2015

MALAM PERTAMA , KEDUA , KETIGA DAN SETERUSNYA

MALAM PERTAMA ~
SETELAH DIKUBURKAN,
PEMBUSUKAN BERMULA PADA
BHGN PERUT & KEMALUAN..
SUBHANALLAH, PERUT & KEMALUAN ADALAH 2 HAL
TERPENTING YG ANAK CUCU ADAM SALING BERGULAT &
MENJAGANYA DI DUNIA..
SETELAH ITU,
JASAD AKAN MULA BERUBAH MENJADI HIJAU
KEHITAMAN..
SETELAH BERBAGAI SOLEKAN & ALAT2 KECANTIKAN
SEMASA HAYAT DI DUNIA,
SETELAH MENINGGAL DUNIA,
MANUSIA HANYA AKAN MEMILIKI 1 WARNA SHJ..
MALAM KEDUA ~
ANGGOTA2 TUBUH YG LAIN SEPERTI LIMPA, HATI & PARU2
AKAN MULA MEMBUSUK..
HARI KETIGA ~
ANGGOTA2 TUBUH MULA MENGELUARKAN BAU YG
BUSUK..
SETELAH SEMINGGU ~
WAJAH & MATA MULA MEMBENGKAK..
SETELAH 10 HARI ~
TETAP TERJADI PEMBUSUKAN PADA PADA ANGGOTA2
TUBUH..
SETELAH 2 MINGGU ~
RAMBUT MULAI GUGUR..
LALAT HIJAU MULAI MENCIUM BAU BUSUK DARI JARAK 5
KM & ULAT2 PUN MULA MENUTUPI SELURUH TUBUH..
SETELAH 6 BULAN ~
SEMUA ANGGOTA TELAH TIADA..
YG TINGGAL CUMA TULANG RANGKA SHJ..
SETELAH 25 TAHUN ~
RANGKA TUBUH INI AKAN BERUBAH MENJADI SEMACAM
BIJI & DI DLM BIJI TERSEBUT, ANDA AKAN MENEMUKAN 1
TULANG YG SGT KECIL YG DIPANGGIL ‘AJBUDZ
DZANAB’ (TULANG EKOR)..
DARI TULANG INILAH KITA AKAN DIBANGKITKAN OLEH
ALLAH SWT PADA HARI KIAMAT..
SAHABAT2 YG DIRAHMATI ALLAH, INILAH TUBUH YG
SELAMA INI KITA JAGA..
INILAH TUBUH YANG KITA BERBUAT MAKSIAT KPD ALLAH
DGN NYA..
OLEH KERANA ITU, JGN BIARKAN UMUR & JASAD KITA DLM
KEADAAN SIA2..
JANJI ALLAH ADALAH BENAR..
YA ALLAH, TETAPKANLAH HATI KAMI DI ATAS AGAMA-
MU..
YA ALLAH, JADIKANLAH KUBURAN KAMI SEBAGAI 1
TAMAN DARI TAMAN2 SYURGA & JANGAN JADIKAN IANYA
SEBAGAI 1 LUBANG DARI LUBANG2 API NERAKA...
AAMIIN... ..
AKU BERDOA..
YA ﺍَﻟﻠّﻪُ :
MULIAKANLAH DIRIKU DAN ORG YANG MENGHANTAR
PESANAN INI
LAPANGKANLAH HATIKU DAN HATINYA
BAHAGIAKANLAH KELUARGAKU DAN KELUARGANYA,
DAN
LUASKANLAH REZEKIKU DAN REZEKINYA SELUAS ENGKAU CIPTAKAN
MUDAHKAN SEGALA URUSANKU DAN URUSANNYA
KABULKANLAH CITA-CITAKU & CITA-CITANYA
JAUHKAN KAMI DARI SEGALA PENYAKIT, FITNAH,
PRASANGKA KEJI, BERKATA KASAR, DAN
JAUHKAN KAMI DARI SEGALA MUSIBAH
SERTA TERIMALAH. SEMUA AMAL IBADAH KU DAN
AMAL IBADAHNYA,
DAN
KELAK JADIKANLAH DIRIKU DAN DIRI DIA SEBAGAI
PENGHUNI SURGA-MU.
ﺁﻣِّﻴْﻦَ ﻳﺎ ﺭَﺏَّ ﺍﻟْﻌَﺎﻟَﻤِﻴْﻦ
ﺁﻣِﻴّﻦْ ... ﺁﻣِﻴّﻦْ ... ﻳَﺎ ﺭَ
ﺏَّ ﺍﻟﻌَـــﺎﻟَﻤِﻴْﻦ . 

NASIHAT KUBUR:
  • AKU ADALAH TEMPAT YG PALING GELAP DI ANTARA YG GELAP, MAKA TERANGILAH AKU DENGAN TAHAJUD..
  • AKU ADALAH TEMPAT YANG PALING SEMPIT, MAKA
  • LUASKANLAH AKU DENGAN SILATURAHIM
  • AKU ADALAH TEMPAT YANG PALING SEPI MAKA
  • RAMAIKANLAH AKU DENGAN PERBANYAK BACA AL-QUR'AN
  • AKU ADALAH TEMPATNYA BINATANG2 YANG MENJIJIKAN
  • MAKA RACUNILAH IA DENGAN AMAL SEDEKAH
  • AKU YG MENYEPITMU HINGGA HANCUR BILA MANA TIDAK SOLAT BEBASKAN SEMPITAN ITU DENGAN SOLAT
  • AKU ADALAH TEMPAT UTK MERENDAM DGN CAIRAN YG AMAT MENYAKITKAN MU, BEBASKAN RENDAMAN ITU DGN PUASA
  • AKU ADALAH TEMPAT MUNKAR & NAKIR BERTANYA


MAKA PERSIAPKANLAH JAWAPANMU DENGAN PERBANYAK
MENGUCAPKAN KALIMAH "LAILAHAILALLAH"..

5 April 2015

Contest Buy AVON Online

LAI LAI LAI .. SAPE2 PEMINAT BARANG AVON .. JOM JOIN CONTEST NI .. MANA TAHU ADA REZEKI KORANG !

http://avononlinemalaysia.blogspot.com/2015/04/contest-buy-avon-online.html
KLIK BANNER UNTUK JOIN
5 hadiah istimewa untuk 5 yang bertuah.
Hadiah AVON bernilai RM50
Hadiah AVON bernilai RM40
Hadiah AVON bernilai RM30
Hadiah AVON bernilai RM20
Hadiah AVON bernilai RM10

GiveAway tamat pada 30 April 2015.
GiveAway terbatal secara automatik sekiranya peserta kurang 100 orang.. So keep sharing to people u know =) 1 hadiah istimewa untuk individu yang dilihat aktif!!

Selamat mencuba!!!


4 April 2015

GMIE SHOP | DAH NAK MASUK 2 BULAN BEROPERASI

Assalamualaikum ..

Alhamdulillah atas rezeki yang diberikan kepada aku .. syukur sangat-sangat ..

GMIE SHOP .. 


Ye .. itu kedai runcit kecil-kecilan hasil usaha kami berdua dan incik suami serah 100% untuk aku handle ..

Walaupun hanya menjual makanan dan minuman ringan , coklat , roti , aiskrim , topup , rokok dan biskut .. alhamdulillah .. sambutan memuaskan .. 

Kalau bulan pertama hanya pembeli yang sama blok kedai dengan aku dan orang yang datang main badminton serta futsal .. lain pula dengan bulan ke dua ni .. orang yang lalu lalang atas jalan raya pun dah singgah ke kedai aku .. alhamdulillah .. 

Untung niaga barang runcit ni taklah banyak mana .. tapi cukup untuk aku rolling barang serta buat simpanan untuk masa hadapan .. syukur pada rezeki pemberian MU ..


Kanak-kanak maut, jatuh dari tingkat dua

KUALA LUMPUR - Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun maut selepas terjatuh dari tingkat dua di kompleks beli-belah Kenanga Wholesale City Mall di sini, hari ini.

Insiden itu berlaku kira-kira 3.04 petang ketika kanak-kanak itu, yang dipercayai sedang bermain dengan eskalator, terjatuh hingga ke tingkat bawah.
    
Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner (ACP) Zainol Samah berkata, kanak-kanak itu yang dikenali sebagai Nurhayada Sofia Musa, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan teruk di kepala.
    
Dia ke pusat beli-belah itu bersama-sama ibu bapanya.
    
"Punca kejadian masih disiasat," katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.

Zainol berkata kes itu diklasifikasikan sebagai kematian mengejut dan mayat kanak-kanak itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat. - Bernama

2 April 2015

NASI AYAM UNTUK AKU

Assalamualaikum

NASI AYAM UNTUK AKU .. 

Terharu sangat-sangat sebab dapat mertua yang baik , suami yang penyabar dan penyayang serta adik beradik ipor yang sporting dan paham jiwa .. 

Seriusly .. memang tengah lapar .. 

YE ! pagi tadi memang aku dah makan nasi minyak .. tapi disebabkan alahan still ada .. nasi minyak tu keluar balik .. sob sob .. takkan nak tutup kedai pegi beli nasi lagi kan ? Aish leceh .. kalo naik motor takpe .. ni naik kete .. malas malas dan malas ..

Last-last .. ambil roti dan makan .. tapi .. tapi .. lepas je makan .. lapar balik .. ALLAH .. dugaan .. kena cari nasi jugak .. ekeke .. puas dah pikir camna nak makan .. nak tunggu kedai makan kat tepi kedai ni buka .. memang kelaparan la aku jawabnya .. sebab pukul 6 petang baru bukak .. 

Tetiba tengok adik ipor datang kedai .. PELIK .. sebab dia masuk kerja pukul 3 petang .. tapi 2 lebih datang kedai aku .. haha .. tak keje ke budak ni .. TURUN je motor .. dia bawak plastik .. dia cakap nasi ayam .. MAK KIRIM .. 


Masakan mak mertua aku ni sedap taw .. serba boleh .. suruh je masak ape pun . pasti menjadi dan sedap ..

Alhamdulillah .. seronok sebenarnya dapat mertua yang sangat baik dan penyayang ..

TERIMA KASIH MAK .. SAYANG MAK SANGAT-SANGAT 

ABANG .. ABANGG .. ABANGGG

Assalamualaikum

HAHAHA .. dah buang tebiat agaknya aku ni kan ..  

Eh ye la .. tetiba buat tajuk entry ABANG .. ABANGG .. ABANGGG .. kihkihkih

Acegini cerita dia .. incik suami aku ni selalu je suke follow kereta dekat-dekat .. nak nak time kitorang melulu laju atas jalan line belah kanan .. tetiba kereta lain masuk line dan bawak seslow kekura .. hahaha .. masa tu la incik suami aku follow rapat-rapat kereta tu untuk suruh dia masuk line kiri .. wakaka

Aku ni pulak .. dah la seram sejuk .. haaa .. mula la mulut ni .. ABANG .. ABANGG .. ABANGGG .. hahaha .. motif ? motif untuk suruh dia jarakkan sikit kereta dengan kereta depan tu .. tapi still dia buat tak tahu je .. saje nak menyakat aku .. 

Alih-alih semalam .. baru la aku tahu .. 

Kenapa suka sangat dia menyakat aku .. dan tiap kali dia menyakat tu la .. ayat  ABANG .. ABANGG .. ABANGGG akan automatik keluar dari mulut aku .. 

Rupa-rupanya dia cakap "sayang .. abang suka sangat dengan sayang panggil  ABANG .. ABANGG .. ABANGGG .." kihkih .. aku dengan penuh bangga .. tetiba kembang lobang hidung .. ye lah .. jarang nak dengar incik suami aku ni puji .. kalau aku tak tanya .. ekeke ..

Sekian karangan pendek aku ..