31 July 2014

JENIS-JENIS EMAS

Emas terdiri daripada beberapa jenis yang diklasifikasikan mengikut ketulenan emas. Nilai ketulenan emas ini dinamakan sebagai Karat.
Nilai Karat emas bergantung kepada berapa banyak unsur emas yang terdapat dalam emas tersebut. Semakin tulen emas, semakin tinggi peratusan unsur emas di dalamnya, dan semakin tinggi nilai Karat emas itu.
Berikut merupakan nilai Karat dan peratusan unsur emas yang terdapat dalam sesuatu emas.
  • 24 Karat – Mempunyai 99.9% unsurnya terdiri daripada emas. Juga dikenali sebagai emas 999 atau emas tulen. Contoh adalah seperti bar emasdinar emas.
  • 22 Karat – Mempunyai 91.6% unsurnya terdiri daripada emas. Juga dikenali sebagai emas 916 yang biasanya digunakan sebagai barang kemas.
  • 18 Karat – Mempunyai 75.0% unsurnya terdiri daripada emas. Juga dinekali sebagai emas 750.
  • 14 Karat – Mempunyai 58.5% unsurnya terdiri daripada emas. Juga dinekali sebagai emas 585.
  • 9 Karat – Mempunyai 37.5% unsurnya terdiri daripada emas. Juga dinekali sebagai emas 375.


NUFFNANG | CPUV RAYA 1 DAN 2

Assalamualaikum 

Alhamdulillah ..

Selepas meletakkan iklan NUFFNANG balik kat blog .. ambil masa 2 hari je untuk NON-GLITTERATI nak tukar ke GLITTERATI .. sekarang dah Ddapat CPUV RAYA .. Dove Hairfall Rescue DAN Xperia Z2 Launch .. 








TQ INCIK \ CIK NUFFNANG sebab baik sangat ngan deq . hahaha 

ALHAMDULILLAH .. rezeki 

24 July 2014

HADIAH | DARI COMPANY ROKOK DUNHILL

Assalamualaikum ..
Alhamdulillah .. Kedai deq terpilih diantara kedai yang lain sebagai SMART SHOP (pembeli rokok dunhi terbanyak daerah SETIU) .. 

Hanya 4 buah kedai di daerah setiu je yg terpilih .
Dan tauke rokok tu bagi hadiah RAYA dan merangkap hadiah NIKAH terus . Hehe ..

REZEKI ..




22 July 2014

PLANNING BERCUTI LEPAS NIKAH

Assalamualaikum

Lagi 17 hari .. aku dah nak bertukar status ke PUAN .. PUAN u all .. PUAN .. hahaha .. 

Alhamdulillah . Syukur kehadrat illahi .. semua dipermudahkan walaupun ada beberapa hal yang menduga kami .. 

Jadi untuk tenangkan pikiran dan merangkap HONEYMOON .. ececeh . gatai dah .. gatai dah .. aku buat PLANNING nak ke CAMEROON HIGHLAND .. tapi tadi ada aku duk ajak blogger EMAS PUTIH ke sana .. dia bagi idea tuk ke COLMAR BUKIT TINGGI .. 

Wow .. serius .. lepas google image tadi .. terus terpikat . automatik CANCEL ke CAMEROON HIGHLAND  dan terus PLAN nak ke COLMAR BUKIT TINGGI tu .. hahaha

Eh .. tak penah pergi dan takleh bayang ke camne tempat tu ? meh aku saji kan sikit gambar tuk MEMBULAT kan mata . hahahaha 

*semua picture amik kat GOOGLE 




Cantik kan ? HAAAAA .. dengan itu .. aku da bincang dengan CIK TUNANG merangkap CIK SUAMI .. dia setuju ..

Sekarang tumpu untuk kumpul DUIT . kihkih . 

SEKIAN ..

* KALAU ADA TEMPAT2 YANG MENARIK LAGI .. BAGITAHU LA . KOT2 AKU ADA BAJET LEBIH .. BOLEH PEGI . KIHKIH ..

MEKASIH 


21 July 2014

NUFFNANG | DARI NON-GLITTERATI KE GLITTERATI

Assalamualaikum 

CIK NUFFNANG .. tenkiu .. tocey .. terima kasih .. sebab baru letak iklan balik dalam 2 hari lepas .. terus GLITTERATI .. alhamdulillah .. 

MENYESAL sangat sebab buang iklan CIK NUFFNANG dulu .. uwaaaaa ..

LEPAS NI NAK SETIA dengan CIK NUFFNANG dah .. 

Harap-harap MASYUKKKKK . kihkih .. AMIN

20 July 2014

8SHARE | BUAT DUIT TANPA MODAL

Assalamualaikum . 

Mesti dengan sekarang ni .. korung tercari2 peluang untuk buat duit tanpa keluarkan modal walau 1 sen pun kan ? HAAAA .. aku leh jawab pencarian korung tuh .. 

Meh join 8SHARE .. iklan dah disediakan .. cuma perlu share dan kalau orang bukak iklan yang kita share tu .. kita akan dapat rm0.20 .. walaupun nilai sikit .. cuba bayangkan kalau 50 org klik iklan yang kita share tu .. dah dapat rm10 kan .. bila dah cukup rm50 .. dah boleh cashout .. 

Aku dah banyak kali CASHOUT . Tak percaya ? Boleh tengok bukti kat sini --->  http://najihah90.blogspot.com/search/label/8SHARE

Nak JOIN jugak dan buat duit cam aku ? boleh daftar sini -->  DAFTAR 8SHARE

Kalau dah siap daftar tapi tak paham .. boleh tanya aku ..

FB : dedeq de wishes
WECHAT : DEDEQDEWISHES
WHATSSUP : 0133458296


13 July 2014

SPSHOPS PENIPU ? I DON'T THINK SO

Assalamualaikum 

Memang dari mula aku susah nak percaya benda-benda yang perlu keluarkan modal ni .. serius . rata-rata kawan duk ngajak masuk .. tapi aku tolak bulat-bulat sebab aku TAK MINAT ! .. 

Tapi itu DULU dan sehingga SEMALAM .. aku dah TERIMA dan telah JOIN SPSHOPS ni .. alhamdulillah .. dengan bermodalkan RM10 , aku da dapat RM32.80 .. fuhhh .. tunggu RM100 dah boleh cashout .. terus masuk akaun .. dan bonus lain . kita boleh tebus dengan barang . 

dan harini aku dapat ............



Jom tengok penerangan dengan lebih lanjut

Apa itu SPShops? 
SPShops.Com atau SP Club International Sdn diasaskan pada tahun 2008 dan berdaftar dengan ROC di Malaysia dengan nombor pendaftaran 853130-H dan beralamat di No 69 Jalan Cyber 1B/3, Cyber Vally Commercial Centre, Cyberjaya, 43800 Sepang, Selangor.


SPShops diasaskan oleh Encik Adnan Ismail yang juga bertindak sebagai CEO SP Club International. Beliau berpengalan puluhan tahun dalam dunia direct marketing dan juga terbabit dalam membangun software dan backoffice untuk syarikat tertentu malah juga merupakan orang yang bertanggungjawab membangunkan perisian SPShops.
Laman SPShops ini dibina bermula pada tahun 2012 selaras dengan visi beliau untuk memiliki sebuah empayar perniagaan online mirip Mudah.My Ia mengambil masa sekitar dua tahun untuk disiapkan. Namun berbeza dengan Mudah.My En Adnan membangunkan syarikat yang 100% bumiputra ini dan berhasrat untuk berkongsi keuntungan syarikat dengan orang ramai yang menyertai syarikat samada sebagai reseller, merchant atau pelanggan dan membantu perkembangan syarikat ini. Harapan beliau adalah untuk menyaingi Mudah.My secara sihat selain membantu masyarakat .

Modal RM10 sahaja. Dia ada pakej RM10, RM50 dan RM100. Untuk dapat limpahan bonus matriks digalakkan join semua pakej dengan modal RM160.


Tetapi RM10 pun memadai pada peringkat awal ini. Ajak ramai-ramai join. Modal pejam mata pun boleh sertai.


Okay, dah baca dekat atas ni? So macam mana nak join? aku tak macam orang lain, and aku tak paksa pun. Nak boleh, tak nak pun boleh. Senang je! Apa-apa pun, aku lebih suka orang ramai register dulu. Register FREE je, bukannya kena bayar pun.



Register FREE tau! Mcm Sign up FB tu, buat username, password and lain-lain.


Tapi ingat tau, dekat bahagian sponsor tu letak dedeqdewishes sebab tu username aku.

Sama jugak nanti, korang akan guna username korang untuk jalankan real business ni dan jangan lupe contect aku untuk start (^_^)

Okay next, baca lagi tau! aku copy paste sedikit sebanyak info untuk semua orang baca :)


LEBIH BAIK MENCUBA DAN MATI DARI MATI DAN TIDAK MENCUBA


Anda semua berpeluang bersama-sama untuk menjana income di dalam bisnes ini. 

JOM bersama-sama menjayakan biz iklaneka online ini.. anda akan dibantu sepenuhnya. memang terbaeekkk!!

Bagaimana ianya berfungsi??


 KITA YANG TERAWAL...

Anda patut merasa bangga dan hebatt sebab anda merupakan generasi pertama yang tahu berkaitan dengan biz ini. bukan nak propa atau nak saiko tetapi ianya memang BENAR...

Tiada paksaan untuk sama-sama join biz ini tetapi alangkah indahnya kita dapat bersama-sama menjayakan dan meraih kekayaan di dalam bisnes pengiklanan online ini.


mari kita tengok apa yg menarik kat sini? 


Okay, dalam business SPShops ni ada 3 pakej tau! Memang ketiga-tiga pakej ni berbaloi insyaAllah.

Kita kena yakin sebab aku yakin rezeki memang Allah SWT yang bagi. Kita usaha dan cari peluang untuk dapat rezeki lebih.

Dekat bawah ni, ada diterangkan pakej2 yang ada dan pilihan yang korang boleh buat untuk pilih pakej mana yang paling sesuai. 

Pilih yang terbaik tau! Jangan menyesal nanti :)

Aku copy paste lagi. Baca tau dekat bawah ni.

gambar kat atas nie menunjukkan pelbagai bonus networks yang bakal dinikmati oleh anda jika anda berjaya menaja apa jua jenis pakej yang disediakan oleh spshops.com dan setiap pakej yang diambil oleh pelanggan kita... berpotensi meraih income sehingga 1 juta atau lebih. memang masyukk!!



Berdasarkan jadual diatas, walaupun anda join pakej paling rendah iaitu RM10, namun anda juga berpeluang dan berpotensi untuk meraih sehingga 1 juta dengan syarat dapat menaja 12 orang dalam masa 30 hari. 

Sekiranya anda gagal dan hanya mampu menaja mak dan ayah jer... so anda masih juga berpotensi untuk raih keuntungan sebanyak RM20,000 (cukup 10 level) . 

Dan jika anda gagal / pasif / bosan/ malas nak menaja langsung / memang takder kawan kat dunia ni...anda tetap berpotensi untuk meraih keuntungan sebanyak RM1,000 bila cukup 10 level di bawah anda kerana syarikat mengunakan system matriks. 

Ha, so macam mana? Sebab tu aku tak tunggu, aku terus join sebab modal rendah sangat.

Kalau takda orang nk join pun aku tak kisah, sebab aku dah dapat modal balik.

Takda masalah. Just CUBA! AMBIL PELUANG! 

Pape pertanyaan boleh direct contect dengan deq .. 

FB : dedeq de wishes
WECHAT : DEDEQDEWISHES
WHATSSUP / MSJ : 0133458296


11 July 2014

KHASIAT MEMELUK ISTERI

Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun.

Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.

``Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.

``Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,'' katanya ketika memberi syarahan bertajuk Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit' di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang di sini hari ini.

Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s. a. w.

Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.

``Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap,'' katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu.

Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik.

``Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,'' kata Fadzilah.
Keharmoniaan Rumahtangga Dan Keluarga Muslim 

10 July 2014

GiveAway Ramadhan Syawal by Jaja Sutera



NAK JOIN ? KLIK JE BANNER PINKY KAT ATAS TU (^_^)


7 July 2014

DUGAAN TUNANG

Assalamualaikum

DUGAAN ni betol-betol terjadi kat aku dan betol-betol aku rasa macam nak GILA .. tapi INCIK TUNANG .. tenang je dan siap suruh aku bersabar . ALLAH .. kuatnya tahap kesabaran dia .. beruntung aku .. alhamdulillah .. 

DUIT 
Haha .. tengok .. siap besarkan dan boltkan sekali tulisan tu .. yes .. DUIT .. antaranya DUIT .. DUIT DUIT dan DUIT .. kihkih .. susah betol kan kalau nak nikah tapi TAKDE DUIT .. opsss .. KURANG DUIT .. hehe . sebab sekarang ni .. segala-galanya duit .. Nak tempah tu tempah ni . DUIT .. takde ke FREE ? uhuk .. sponser ke . ekeke .. 
Persiapan nikah aku hampir siap tapi agak terbengkalai sebab DUIT .. hahaha . DUIT lagi .. sian DUIT .. hurm tapi SLOW2 settle .. dan DUIT pun berpakat-pakat . alhamdulillah . LAGI SIKIT nak settle .. 

PERANGAI
Ni lagi satu dugaan .. PERANGAI .. serius .. PERANGAI aku ni makin baran .. makin INCIK TUNANG takleh nak baca .. hahaha .. mungkin sebab SERABUT ? yes .. sebab tu lah .. memang SERABUT .. serabut sebab ada makhluk-makhluk TUHAN yang tak pernah nak pikir perasaan ORANG LAIN .. dan INCIK TUNANG selalu jadi mangsa aku luah MARAH .. sian dia .. hmmm .. tapi dia tak pernah nak marah aku balik .. siap pesan .. SABAR SABAR dan SABAR .. aku ? ntah kenapa .. susah nak SABAR dengan makhluk camtuh . tapi cuba bersabar PELAN-PELAN dengan mahluk camtuh .. 

okeh .. setakat ni .. 2 tu je dugaan yang aku terima selama jadi TUNANG kepada INCIK tunang aku . hehehe . ALHAMDULILLAH .. dia jaga hubungan kami .. dia tabah dugaan yang dia kena lalui dengan aku .. ALHAMDULILLAH ALHAMDULILLAH .. 



2 July 2014

Hukum Penggunaan Inhaler Ketika Puasa

Assalamualaikum

Hukum Penggunaan Inhaler Ketika Puasa.

بسم الرحمن الرحيم، الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين،

نبينا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين، وبعد:

Menunaikan ibadat puasa dengan sempurna merupakan perkara asas yang perlu diketahui oleh setiap muslim, menjaga puasa dari perkara yang membatalkannya juga tidak kurang pentingnya, oleh itu perbincangan tentang perkara ini adalah perlu untuk menjaga puasa dari terbatal, dan membatalkan puasa dengan perkara yang sebenarnya tidak membatalkannya akan menyempitkan ruang yang telah diperluaskan oleh Allah swt. Ayat 185 dari Surah Al-Baqarah adalah salah satu ayat yang telah disebut oleh Allah swt tentang keringanan syariat-Nya:

[ يُرِيدُ اللهُ بِكُمُ الْيُسْرَ، وَلا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ ]

{Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu.}

Oleh kerana ramai masyarakat yang bertanya tentang hukum penggunaan Inhaler oleh orang yang memerlukannya dan juga beberapa hukum yang berkaiatan dengan kesihatan yang lain, maka kami catatkan di sini beberapa isu tersebut, semoga ianya member manfat untuk menyelesaikan persoalan tersebut.
Perbincangkan isu ini kami pilih dari sebuah buku berjudul: مُفطِرات الصيام المعاصِرة “Mufthirat as-Siyam al-Mu’asirah (Perkara-perkara Semasa Yang Membatalkan Puasa) yang ditulis oleh Dr. Ahmad bin Muhammad al-Khalil, pensyarah Universiti al-Qasim, Arab Saudi, [Dar Ibnu Jauzi, Arab Saudi, Cetakan Pertama, 1426H/2005M / http://saaid.net/book/open.php?cat=97&book=2020.
Video: HUKUM MENGGUNAKAN INHALER & ACCUHALER BAGI ORANG ASMA, BATALKAH PUASA
Perbincangannya seperti berikut;
Antara Isu-isu baru berkaitan dengan perkara membatalkan puasa.
Perbahasan tentang tajuk ini dapat dibahagikan kepadaa dua bahagian iaitu pertama benda-benda yang masuk ke dalam badan orang yang berpuasa. Ia melibatkan beberapa masalah.
A- BENDA-BENDA YANG MEMASUKI BADAN MELALUI MULUT.
Perbahasan di bawah tajuk ini pula dapat dibahagikan kepadaa beberapa persoalan kecil.
1. Penggunaan Inhaler Mulut.
Inhaler merupakan satu alat yang mengandungi ubat dalam bentuk cecair yang mengandungi tiga jenis bahan iaitu ubat-ubatan, air dan juga oksigen. Cara penggunaannya dilakukan di dalam bentuk mengangkat, kemudian menekannya ke dalam mulut atau hidung. Pada masa itu bahan-bahan yang terkandung di dalamnya akan keluar dan memasuki tekak melalui mulut atau melalui bahagian dalam hidung. Sebahagian daripadanya akan kekal berada di dalam tekak. Kadang-kadang satu kuantiti kecil akan berada di dalam kerongkong.
Pendapat Ulama:
Ulama’ masa kini berselisih pendapat tentang penggunaan inhaler ini kepada dua iaitu:
Pendapat Pertama
Penggunaan inhaler tidak membatalkan mahupun merosakkan puasa. Inilah pendapat As-Syeikh Abd Aziz bin Baaz, As-syeikh Muhammad bin Salih al-Uthaimin, As-Syeikh Abdullah bin Jabrin, As-Syeikh Dr. As-siddiq Ad-Darir, Dr. Muhammad Al-Khayyat dan Jawatankuasa Fatwa Tetap Kerajaan Arab Saudi.
Alasan Hukum:
a. Bahan yang terdapat di dalam inhaler yang masuk ke dalam kerongkong dan seterusnya ke dalam perut adalah terlalu sedikit, kerana itu, hukumnya tidak membatalkan puasa, sebagai qiyas kepada berkumur danistinsyaq (memasukkan air ke dalam hidung ketika berwudhu’).
Satu alat inhaler mengandungi 10 ml cecair, yang mengandungi ubat-ubatan. Kuantiti ini cukup untuk digunakan sebnyak 200 kali semburan. Setiap kali semburan, mengeluarkan jumlah yang rendah, tidak sampai 1ml. Setiap semburan tidak sampai 1 titis. Satu titis ini terbahagi kepada beberapa bahagian dan bahagian yang paling besar memasuki bahagian pernafasan. Satu bahagian memasuki kerongkong, manakala bakinya jatuh ke dalam perut. Kuantiti yang jatuh ke dalam perut ini dimaafkan, sebagai qiyas kepada air yang terlekat pada tekak hasil berkumur dan istinsyaq. Malah sisa air yang terlekat pada bahagian tekak lebih banyak daripada kuantiti semburan inhaler yang memasukinya. Dengan ini, jika seseorang berkumur dengan air yang diperkaya dengan bahan-bahan tertentu (seperti mineral atau vitamin, yang hanya boleh dilihat dibawah sinar x), sudah tentu bahan tersebut dapat ditemui tidak berapa lama selepas itu di dalam perut, yang sekaligus membuktikan kewujudan bahan tersebut di dalam perut, tetapi di dalam kuantiti yang sedikit adalah dimaafkan. Kuantiti sisa air dari berkumur dan istinsyaq tersebut dari segi keyakinannya, sudah tentu melebihi kuantiti semburan inhaler yang memasuki kerongkong, jika diandaikan ia memasuki kerongkong.
b. Semburan yang masuk ke dalam perut, satu perkara yang belum pasti, sebaliknya masih diragui. Mungkin masuk dan mungkin juga tidak. Berdasarkan kepada hukum asal, puasa sah dan tidak rosak. Perkara yang yakin, tidak dapat dihilangkan dengan perkara yang masih ragu-ragu.
c. Ia tidak sama dengan makan dan minum, sebaliknya lebih menyerupai pengambilan darah untuk ujian klinikal dan suntikan yang tidak mengandungi makanan (nutritive).
Perbahasan kepada alasan ini: Walau bagaimanapun alasan ini boleh dipertikaikan, kerana memang wujud kuantiti tertentu air di dalam kandungan ubatan yang terdapat di dalam Inhaler, sebagaimana yang telah dijelaskan sebelum ini.
d. Bahan semburan akan keluar dalam bentuk wap dan tidak akan sampai ka dalam perut, sebaliknya hanya ke dalam ruang di dalam paru-paru sahaja.
Perbahasan kepada alasan ini: Walau bagaimanapun sebelum ini, kita telah menjelaskan kuantiti kecil semburan Inhaler juga masuk ke dalam perut.
e. Pakar-pakar perubatan memperakui penggunaan siwak (kayu sugi) mengandungi lapan jenis bahan kimia, yang dapat mengawal gigi dan gusi dari serangan penyakit. Bahan kimia ini sudah tentu meresap pada lidah dan memasuki tekak, apabila seseorang bersiwak.
Di dalam Sahih Al-Bukhari daripada ‘Amir bin Rabi’ah, katanya: “Saya melihat Rasulullah s.a.w bersiwak, dalam jumlah yang tidak dapat saya hitung, sedangkan Baginda berpuasa.”
Sekiranya bahan-bahan kimia yang memasuki tekak ini dimaafkan, kerana kuantitinya yang sedikit dan tidak disengajakan, begitu jugalah bahan-bahan daripada Inhaler yang memasuki tekak, juga dimaafkan, di atas sebab yang sama.
Perbahasan kepada alasan ini: Mereka yang bersiwak, berkumur dan beristinsyaq tidak berniat untuk memasukkannya ke dalam tekak, jika masukpun secara tidak sengaja. Berbeza dengan penggunaan inhaler yang mmg disembur ke dalam tekak.
Jawapan: Semua itu kembali kepada qasad dan niat, maka mereka yang menggunakan inhaler juga tidak berniat memasukkannya ke dalam rongga dan perut, mereka menggunakannya untuk melegakan pernafasan iaitu ke paru-paru.
Pendapat Kedua:
Golongan ini berpendapat, penggunaan Inhaler membatalkan puasa dan tidak harus digunakan pada siang hari bulan Ramadhan kecuali pada waktu terdesak dan sangat diperlukan oleh pesakit sahaja. Orang yang menggunakan Inhaler pada siang hari bulan Ramadhan hendaklah mengqada’ puasa untuk hari itu.
Inilah pendapat yang dikemukakan oleh Dr. Fadl Hasan Abbas, As-Sheikh Muhammad al-Mukhtar Sulami, Dr. Muhammad Alfai, As-Sheikh Muhammad Taqiuddin Al-Uthmani, dan Prof. Dr. Wahbah Mustafha Az-Zuhaili.
Alasan Hukum:
Bahan-bahan yang terdapat di dalam Inhaler akan sampai ke dalam perut melalui mulut. Oleh itu, ianya dianggap membatalkan puasa.
Perbahasan ke atas Alasan: Alasan ini boleh dijawab dengan merujuk kepada alasan pertama yang dikemukakan oleh golongan pertama di atas.
PENDAPAT TERPILIH:
Pendapat yang jelas lagi nyata di dalam kes ini -Allah yang Maha Mengetahui hakikat yang sebenarnya- penggunaan Inhaler tidak membatalkan puasa.
Pandangan golongan pertama yang menyatakan penggunaannya tidak membatalkan puasa, adalah sesuai dan logik. Manakala qiyas mereka kepada berkumur, istinsyaq dan siwak, adalah qiyas yang betul. Wallahu A’lam.
Hukum Inhaler Menggunakan Debu.
Adapun hukum inhaler yang menggunakan debu, para ulama semasa berselisih pendapat agak kuat lebih daripada isu inhaher, memandangkan debu tersebut mungkin terlekat di halkum atau kerongkong.
Menurut Kajian Dr. Khalid bin Abdullah Al-Muslih:
Semua jenis penggunaan inhaler dengan pelbagai jenisnya, termasuk yang menggunakan debu yang disedut melalui mulut atau hidung, semuanya tidak membatalkan puasa menurut pendapat yang rajah (kuat hujjahnya).
Alasan Hukum:
1- Sedutan yang dilakukan pergi ke bahagian pernafasan, bukan pergi ke saluran makanan dan minuman.
2- Kalaupun ada yang termasuk ke saluran makanan ianya adalah terlalu sedikit, tidak lebih pada kebiasaannya debu-debu yang masuk melalui pernafasan
(Fiqh Syafieyyah mengatakan: “Sekiranya lalat atau nyamuk, atau debu jalan masuk ke dalam al-Jauf, maka puasa TIDAK batal. Ini kerana untuk menghindarinya adalah tersangat susah (masyaqqah). Begitu juga dengan menelan air liur.”
3- Debu ubat itu tidak dikira sebagai sejenis makanan dan minuman, atau yang bermakna sejenis makanan.
4- Berpegang dengan hukum Asal, bahawa puasa seseorang itu tidak batal sehingga ada dalil yang menentukan perkara itu batal, Wallahu a’lam.